Rozaimi Kecewa Di Scam Selepas Pemain Itu Berhabisan Rm14 000 Kembali Ke Sabah
Rozaimi kecewa setelah diberi harapan akan bermain di Sabah, Dalam salah satu hantaran di media sosial, Rozaimi telah berhabisan sebanyak RM14 ribu bagi menguruskan barangan peribadinya ke Sabah.
Sabah Scam Rozaimi Selepas Pemain Itu Berhabisan RM14,000?
Rozaimi Abdul Rahman merupakan pemain yang agak terkenal bagi peminat bola sepak Malaysia. N amanya meningkat ke tahap tetinggi apabila menjadi penjaring terbanyak dalam sesi kelayakan Piala
Pada sesi kelayakkan itu Malaysia gagal mara ke pusingan akhir apabila hanya berada di kedudukan ke-3 dari 6 pasukan kumpulan G.
PENYERANG sensasi Sabah, Rozaimi Abdul Rahman. Namun Rozaimi meledak 10 gol dari 17 jaringan yang dilakukan oleh pasukan Malaysia.
Rozaimi menjaringkan gol dalam 4 dari 5 pelawanan.
4 gol ketika membelasah Filipina 7-0.
2 gol ketika menewaskan Taiwan dan 3 gol ketika mebenam Vietnam 3-0.
Malaysia tewas dalam perlawanan penting terakhir di tangan Myanmar 1-2, jaringan saguhati itu juga dijaringkan oleh Rozaimi.
Imbas kembali Tragedi Hitam Rozaimi terlibat dalam kemalangan bersama sepupunya Mohd Fariss dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Likas. SABAH TIDAK MENYAMBUNG KONTRAKNYA SELEPAS TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN JALANRAYA Rozaimi terus kekal bersama Sabah selepas tamat program bersama Harimau Muda namun penyerang ini tidak disambung kontrak selepas dia mengalami kemalangan jalan raya ngeri.
“Secara peribadi saya tidak terkejut dengan keputusan Sabah dan menerimanya dengan hati terbuka.” Rozaimi, dipetik dari fouthofficcial 2016
“Saya mengakui saya tidak memberi banyak sumbangan kepada Sabah sejak kebelakangan ini.”
Bagaimanapun JDT tampil memberi peluang untuk pemain berbakat ini kembali ke tahap terbaiknya semula.
“Saya bersyukur kerana ada pasukan yang bersedia melabur dengan diri saya walaupun buat masa ini saya cedera.”
“Bahkan mereka sanggup membiayai keseluruhan kos pemulihan saya.” Walau bagaimanapun isu kontraknya di Sabah agak kontroversi kerana Sabah dikatakan mahu mengekalkannya melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh berita harian pada Januari 2016.
“SAFA berunding dengan Rozaimi baru-baru ini dan selepas berbincang, kami bersetuju dengan permintaan beliau termasuk berkaitan gaji… tidak perlulah saya dedahkan berapa banyak.”
“Selepas berbincang, saya anggap semua orang jujur dan dia pun datang menjalani latihan, namun Rozaimi tidak muncul pada sesi latihan pasukan pada beberapa hari lalu dengan memberikan beberapa alasan.
“Kami kemudian memanggil dia lagi (untuk turun menjalani latihan), tetapi tidak juga datang sehinggalah Rabu lalu Rozaimi sepatutnya menandatangani kontrak bersama Sabah,” katanya.
“Apa boleh buat, itu keputusannya… kita ucapkan selamat maju jaya kepada Rozaimi,” katanya.
Rozaimi Usaha Tingkat Prestasi. JDT CUBA MEMULIHKANNYA Rozaimi akhirnya bersama pasukan dari Selatan itu selama 5 musim. Secara keseluruhannya Rozaimi tidak mampu mendapatkan semula reputasinya seagai pemain muda berbakat.
Potensinya tidak dapat dipenuhi namun masih boleh mencapai pemain berkualiti Liga Super.
Pada tahun 2019 Rozaimi menonjol apabila menjaringkan 3 gol dalam 4 perlawanan awal Liga Perdana bersama JDT II. 3 darinya datang ketika dia bermula dari bangku simpanan.
Selepas itu Rozaimi gagal menjaringkan sebarang sehinggalah 2 perlawanan terakhir liga.
2 jaringan penalti bertemu N.Sembilan dan UKM melengkapkan koleksi 5 gol musim itu.
Pada ketika itu JDT sedang menjumpai permata baharu iaitu Ramadhan Saifullah. Pemain berusia 19 tahun itu diberi pendedahan 7 perlawanan pada separuh kedua liga.
Pada tahun 2020 Rozaimi tidak lagi digunakan secara kerap dan hanya terlibat dalam 2(5) perlawanan tanpa jaringan.
Nama pemain ini dikaitkan ke Pulau Pinang sebelum Sabah. Akhirnya Sabah merupakan destinasi terbaharu tetapi telah ditipu oleh pihak pengurusan pasukan itu.
Dalam salah satu hantaran di media sosial, Rozaimi telah berhabisan sebanyak RM14 ribu bagi menguruskan barangan peribadinya ke Sabah.
Sabah Scam Rozaimi Selepas Pemain Itu Berhabisan RM14,000? SABAH TIPU ROZAIMI?
Kemasukan Rozaimi dalam Sabah boleh meningkatkan pasukan itu. Alto Linus menampilkan persembahan hebat namun dia sudah berusia 34 tahun.
Transisi pemain baharu diperlukan di posisi itu ketika Maxius Musa masih mempunyai umur muda untuk menempatkan dirinya di sayap kanan.
Mantap kalau dia kembali balik main Untuk Sabah. 1) Alto Linus sudah berusia. 2)dia sudah biasa bermain di bahagian sayap/penyerang sisi Sabah. Bayangkan Maxius Musa dan Rozaimi di sayap Sabah FC. Sabah mempunyai 2 pilihan sama ada mahu merancang trasisi pemain di sayap kiri menggunakan Azwan Fattah atau Rozaimi.
Anda rasa siapa yang anda mahu? Rozaimi sudah biasa dengan peranan penyerang sayap di JDT II terutamanya di sebelah kiri.
Ia tidak menjadi masalah besar untuk menggantikan Alto Linus.
Rujukanhttps://www.fourthofficial.com/2015/22328/fallen-star-rozaimi-rahman-on-the-verge-of-renaissance/
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3/2016/01/114216/rozaimi-didakwa-tipu-permainkan-safa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2020/12/rozaimi-kecewa-di-scam-selepas-pemain.html