Rci Tabung Haji Akan Ditubuh Untuk Pulih Keyakinan Rakyat


AGENDA DAILY
RCI Lembaga Tabung Haji akan ditubuhkan.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) akan ditubuhkan, ia selaras bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).
Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan isu-isu berbangkit yang timbul hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.
“Penubuhan RCI ini adalah wajar supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan LTH,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, penubuhan RCI juga adalah bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dapat dilaksanakan demi memastikan LTH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam.
Ismail Sabri berkata antara terma RCI yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri adalah skop RCI akan tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit LTH dari 2014 hingga 2020, tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Katanya RCI juga akan menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan, selain mengemukakan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan kepada kerajaan, jika perlu, dalam tempoh tiga bulan.
Ismail Sabri berkata RCI juga akan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, jika mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.
Jelasnya, perincian berhubung penubuhan RCI dari segi terma dan rujukan serta keanggotaannya akan diumumkan dalam masa terdekat dan Jabatan Perdana Menteri akan mengenal pasti senarai keahlian RCI dari kalangan pakar-pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/rci-tabung-haji-akan-ditubuh-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Rci Tabung Haji Mujahid Sedia Dedah

Terkini Rci Tabung Haji Mujahid Sedia Dedah

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 348 hits
Terkini RCI Tabung Haji Mujahid sedia dedah BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersedia mendedahkan langkah dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan Tabung Haji...
Pemuda Umno Gesa Kerajaan Perluaskan Skop Siasatan Rci Tabung Haji

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Perluaskan Skop Siasatan Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 457 hits
Ketuanya Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini bagi memastikan kemurnian institusi Islam itu tercapai PETALING JAYA Pemuda Umno menggesa kerajaan memperluaskan skop Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji bagi memastikan kemurnian ins...
Tpm Umum Kerajaan Setuju Tubuh Rci Tabung Haji

Tpm Umum Kerajaan Setuju Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 350 hits
gemilangdaily comTPM umum kerajaan setuju tubuh RCI Tabung Haji Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga 2020 Timbalan Perdana M...
Rci Tabung Haji Bermotif Politik

Rci Tabung Haji Bermotif Politik

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 338 hits
Siasatan dan penstrukturan semula Tabung Haji yang mengalami kerugian pada era kerajaan BN telah pun selesai dilaksanakan pada 2019 sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan Namun cadangan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Tabu...
Saya Sedia Dedah Jika Dipanggil Rci Tabung Haji Kata Mujahid

Saya Sedia Dedah Jika Dipanggil Rci Tabung Haji Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 333 hits
July 15 2021 11 45 AMMujahid Yusof Rawa berkata beliau sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji PETALING JAYA Bekas menteri di jabatan perdana menteri Mujahid Yusof Rawa bersedia memberi kerjasama ...
Eh Dulu Mujahid Kata Tak Perlu Rci Siasat Tabung Haji Tu Tapi Hari Ini

Eh Dulu Mujahid Kata Tak Perlu Rci Siasat Tabung Haji Tu Tapi Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 444 hits
Semalam mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan mera...
Tabung Haji Perkukuh Keyakinan Tambah Baik Pengurusan Syahir Sulaiman

Tabung Haji Perkukuh Keyakinan Tambah Baik Pengurusan Syahir Sulaiman

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 306 hits
Tabung Haji merupakan sebuah institusi ekonomi terulung kepada umat Islam di Malaysia Tujuan penubuhannya adalah sangat mulia semata mata untuk memastikan simpanan umat Islam terjamin dan bebas riba bagi membolehkan mereka menunaikan ibadat...
Transaksi Penjualan Aset Tabung Haji Era Ph Diteliti Rci

Transaksi Penjualan Aset Tabung Haji Era Ph Diteliti Rci

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 278 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Kerajaan Perikatan Nasional menubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kecacatan yang berlaku dalam Lembaga Tabung Haji selain menghentikan transaksi penjualan aset asetnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdan...
Take Serious View Of Tabung Haji Under Bnm Says Pas

Take Serious View Of Tabung Haji Under Bnm Says Pas

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 364 hits
Idris Ahmad said Tabung Haji does not just handle pilgrimages but was also an institution to strengthen the economy of Muslims PETALING JAYA The Cabinet s decision to place Lembaga Tabung Haji under the purview of Bank Negara Malaysia must ...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Kubis Dan Karot Goreng Simple

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan