Tpm Larangan Masuk M Sia Diperluas Pada Wilayah Lain Disekat Keluar Masuk


BERNAMA



Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) oleh kerajaan China.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan malam ini, berkata, langkah itu diputuskan setelah mengambil kira status semasa berhubung wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

“Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan sekatan perjalanan sebaik sahaja kerajaan China mengisytiharkan sesebuah wilayah di ‘lockdown’,” kata Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Dr Wan Azizah berkata kawalan sempadan negara juga akan diperketatkan lagi dengan menambah bilangan mesin pengimbas suhu badan dan makmal untuk mempercepatkan keputusan sampel.
 Beliau berkata, selain hospital kerajaan, Kementerian Kesihatan akan memperluaskan kemudahan menjalankan ujian pengesanan 2019-nCoV selain dari 18 makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), empat Makmal Kesihatan Awam di negeri dan 12 makmal hospital kerajaan seluruh negara kepada makmal swasta.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat khas mengenai jangkitan novel koronavirus di Putrajaya petang tadi, berkata Kementerian Luar juga sedang menyelaraskan 212 kakitangan tertentu dari Kedutaan/Konsulat Jeneral untuk balik ke Malaysia dengan segera.

Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau berkata mereka akan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan termasuk pengambilan sampel klinikal.

“Mereka yang mempunyai gejala akan terus dibawa ke hospital manakala yang tiada gejala akan dibenarkan pulang dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh selama 14 hari.

“Mereka dikehendaki segera melaporkan diri ke klinik atau hospital berdekatan jika mempunyai gejala seperti batuk, selesema, demam, sesak nafas atau masalah kesihatan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, sehingga pukul lapan malam tadi, 10 orang (dua keluarga) kakitangan tertentu berkenaan daripada Guangzhou telah tiba di KLIA dan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan.

Beliau berkata, mereka telah dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani proses pengawasan dan pemantauan.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga sedia membantu 34 warganegara Malaysia di Wuhan yang tidak dapat kembali ke Malaysia bersama 107 yang dibawa pulang pada 4 Feb lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini mereka tidak boleh keluar dari wilayah tersebut, berikutan sekatan keluar masuk yang dikenakan oleh kerajaan China.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran program atau aktiviti rasmi di tempat awam masih boleh diteruskan kecuali pihak penganjur sendiri berhasrat untuk membatalkannya.

Setakat ini, dilaporkan terdapat 27,636 kes koronavirus di seluruh dunia dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 564 orang.

Di Malaysia, terdapat 14 kes yang dikesan positif koronavirus.-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/tpm-larangan-masuk-msia-diperluas-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekatan Perjalanan Diperluas Meliputi Wilayah Lain Di China Dikenakan Lockdown

Sekatan Perjalanan Diperluas Meliputi Wilayah Lain Di China Dikenakan Lockdown

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR 6 Feb Sekatan perjalanan ke Malaysia yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan akan diperluaskan meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk oleh kerajaan China Timb...
Tahun Ini Operator Tri Rencanakan Masuk Wilayah Papua

Tahun Ini Operator Tri Rencanakan Masuk Wilayah Papua

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 395 hits
Indonesia Timur akan menjadi perluasan wilayah baru operator Tri Indonesia di tahun 2020
Jokowi Resmi Batasi Kunjungan Masuk Dan Keluar China

Jokowi Resmi Batasi Kunjungan Masuk Dan Keluar China

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 249 hits
Presiden Joko Widodo resmi membatasi kunjungan masuk dan keluar China Pembatasan tersebut berkaitan dengan penyebaran virus corona
Mufti Wilayah Beri Penjelasan Hukum Mak Nyah Masuk Tandas Perempuan

Mufti Wilayah Beri Penjelasan Hukum Mak Nyah Masuk Tandas Perempuan

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 385 hits
Ada di antara kita yang sering terjumpa atau terlihat golongan mukhannas ini di dalam tandas wanita pasti akan ada yang tidak selesa dengan kehadiran mereka Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuqan Dr Zulkifly Mohamad Al Bakri dalam perbincang...
Sekat Pelancong Dari Wilayah Zhejiang Dan Jiangsu Masuk Malaysia Berkuatkuasa Serta Merta

Sekat Pelancong Dari Wilayah Zhejiang Dan Jiangsu Masuk Malaysia Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR 9 Feb Sekatan perjalanan ke Malaysia yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan pusat penularan novel koronavirus 2019 kini diperluaskan kepada Wilayah Zhejiang dan Wilayah Jiangsu berkuat kuasa...
Kuwait Gantung Penerbangan Keluar Masuk Dari China Hong Kong

Kuwait Gantung Penerbangan Keluar Masuk Dari China Hong Kong

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 263 hits
Kuwait gantung penerbangan keluar masuk dari China Hong Kong Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Jan 2020 1 58
Bila Nak Bersalin Ibu Hanya Harap Anaknya Selamat Keluar Yang Lain Dia Tak Fikir

Bila Nak Bersalin Ibu Hanya Harap Anaknya Selamat Keluar Yang Lain Dia Tak Fikir

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 492 hits
Setiap ibu mempunyai pengalaman melahirkan anak yang berbeza Masing masing ada ujian dan sakitnya tersendiri Biarpun begitu insan bergelar ibu tidak pernah takut untuk bersalin Apa yang penting bayinya selamat dilahirkan Gambar hiasan Berko...
Tpm Situasi Terkawal Tak Perlu Sekat Warga China Ke M Sia

Tpm Situasi Terkawal Tak Perlu Sekat Warga China Ke M Sia

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 402 hits
B NANTHA KUMAR Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tiada keperluan untuk menyekat kedatangan warga China ke Malaysia selepas Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa situasi semasa wabak penyakit itu di Malaysia adalah...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Mixed Thoughts Prevail Among Malays Non Malays To Pmx S Unreadiness To Step Down

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Pertama Kali Beli Handbag Dato Aliff Syukri

Ikan Bakar Kak June