Sekatan Perjalanan Diperluas Meliputi Wilayah Lain Di China Dikenakan Lockdown


KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) oleh kerajaan China.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan malam ini, berkata, langkah itu diputuskan setelah mengambil kira status semasa berhubung wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
“Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan sekatan perjalanan sebaik sahaja kerajaan China mengisytiharkan sesebuah wilayah di ‘lockdown’,” kata Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.
Dr Wan Azizah berkata kawalan sempadan negara juga akan diperketatkan lagi dengan menambah bilangan mesin pengimbas suhu badan dan makmal untuk mempercepatkan keputusan sampel.
Beliau berkata, selain hospital kerajaan, Kementerian Kesihatan akan memperluaskan kemudahan menjalankan ujian pengesanan 2019-nCoV selain dari 18 makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), empat Makmal Kesihatan Awam di negeri dan 12 makmal hospital kerajaan seluruh negara kepada makmal swasta.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat khas mengenai jangkitan novel koronavirus di Putrajaya petang tadi, berkata Kementerian Luar juga sedang menyelaraskan 212 kakitangan tertentu dari Kedutaan/Konsulat Jeneral untuk balik ke Malaysia dengan segera.
Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau berkata mereka akan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan termasuk pengambilan sampel klinikal.
“Mereka yang mempunyai gejala akan terus dibawa ke hospital manakala yang tiada gejala akan dibenarkan pulang dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh selama 14 hari.
“Mereka dikehendaki segera melaporkan diri ke klinik atau hospital berdekatan jika mempunyai gejala  seperti batuk, selesema, demam, sesak nafas atau masalah kesihatan yang lain,” katanya.
Beliau berkata, sehingga pukul 8.00 malam ini, 10 orang (dua keluarga) kakitangan tertentu berkenaan daripada Guangzhou telah tiba di KLIA dan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan.
Beliau berkata, mereka telah dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani proses pengawasan dan pemantauan.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga sedia membantu 34 warganegara Malaysia di Wuhan yang tidak dapat kembali ke Malaysia bersama 107 yang dibawa pulang pada 4 Feb lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini mereka tidak boleh keluar dari wilayah tersebut, berikutan sekatan keluar masuk yang dikenakan oleh kerajaan China.
Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran program atau aktiviti rasmi di tempat awam masih boleh diteruskan kecuali pihak penganjur sendiri berhasrat untuk membatalkannya.
Setakat ini, dilaporkan terdapat 27,636 kes koronavirus di seluruh dunia dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 564 orang.
Di Malaysia, terdapat 14 kes yang dikesan positif koronavirus.
Sumber: BERNAMA
The post Sekatan Perjalanan Diperluas Meliputi Wilayah Lain Di China Dikenakan ‘Lockdown’ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/07/sekatan-perjalanan-diperluas-meliputi-wilayah-lain-di-china-dikenakan-lockdown/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tpm Larangan Masuk M Sia Diperluas Pada Wilayah Lain Disekat Keluar Masuk

Tpm Larangan Masuk M Sia Diperluas Pada Wilayah Lain Disekat Keluar Masuk

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 175 hits
BERNAMA Sekatan perjalanan ke Malaysia yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan akan diperluaskan meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk oleh kerajaan China Timbalan Perdan...
Wabak Selesema Burung H5n1 Landa Wilayah Hunan China

Wabak Selesema Burung H5n1 Landa Wilayah Hunan China

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 311 hits
BEIJING Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China melaporkan tentang penularan wabak selesema burung H5N1 yang mengandungi patogen di sebuah ladang penternakan di bandar Shaoyang Selatan wilayah Hunan Menurut laporan kes berkenaan meli...
Koronavirus Sabah Perluas Sekatan Perjalanan Berkuat Kuasa Esok

Koronavirus Sabah Perluas Sekatan Perjalanan Berkuat Kuasa Esok

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 234 hits
KOTA KINABALU 7 Feb Kerajaan Sabah memperluaskan sekatan perjalanan ke semua pintu masuk melalui udara laut atau darat berkuat kuasa serta merta mulai esok Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata langkah berkenaan bagi m...
Khawatir Virus Corona Raffi Ahmad Dan Nagita Batalkan Rencana Perjalanan Ke China

Khawatir Virus Corona Raffi Ahmad Dan Nagita Batalkan Rencana Perjalanan Ke China

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 214 hits
Wabah virus Corona menjadi perbincangan hangat di seluruh dunia Virus yang berasal dari Wuhan Cina telah menginfeksi lebih dari 2 ribu orang di China dan menyebabkan korban jiwa sebanyak 106 orang
Koronavirus Msu Tangguh Perjalanan Pelajar Kakitangan Ke China

Koronavirus Msu Tangguh Perjalanan Pelajar Kakitangan Ke China

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 244 hits
SHAH ALAM 31 JAN Universiti Pengurusan dan Sains menangguhkan semua aktiviti mobiliti membabitkan perjalanan pelajar dan kakitangannya ke China susulan penularan koronavirus 2019 berkuat kuasa serta merta kata presidennya Prof Tan Sri Dr Mo...
Matta China Gantung Perjalanan Gugat Pelancongan Seluruh Dunia

Matta China Gantung Perjalanan Gugat Pelancongan Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR 27 JAN Halangan perjalanan oleh kerajaan China ke atas Wuhan dan tujuh bandar raya lain di negara itu susulan wabak koronavirus memberi kesan buruk kepada Malaysia kata Datuk Tan Kok Liang Presiden Persatuan Ejen Ejen Pelancong...
Citing Wuhan Lockdown And Who Dpm Says No Need To Bar China Tourists

Citing Wuhan Lockdown And Who Dpm Says No Need To Bar China Tourists

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 327 hits
CORONAVIRUS The current situation concerning the novel coronavirus is under control and Putrajaya will continue to allow the entry of China tourists into Malaysia said Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah Wan Ismail We take into consideratio...
Tiada Sekatan Penerbangan Dari China Anthony

Tiada Sekatan Penerbangan Dari China Anthony

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 277 hits
SEREMBAN Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk menyekat kemasukan penerbangan dari China ke negara ini biarpun Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan nove...
Saintis Gesa Sekatan Perjalanan Keras Bendung Virus

Saintis Gesa Sekatan Perjalanan Keras Bendung Virus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 224 hits
Kerajaan kerajaan perlu melaksanakan sekatan perjalanan drakonian bagi menghentikan koronavirus misteri di China daripada menjadi wabak sejagat kata sekumpulan pakar yang memetakan wabak itu semalam Sepasukan saintis di Universiti Hong Kong...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah