Tourism Selangor Menghargai Sumbangan Dan Jasa Penggiat Media
Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 mendapat sambutan yang baik dan hangat!
Sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Tourism Selangor menganjurkan program FAM (Familiarization) Trip atau Open Day dan Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel pada 1 Ogos 2022 yang lalu. Program tersebut pada majlis makan malam telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Seramai lebih 180 orang penggiat media dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan banyak lagi telah menyertai program ini yang bermula dari pagi hingga malam pada 1 Ogos 2022 yang lalu.
YB Tuan Hee Loy Sian, dalam satu kenyataan berkata,”Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya memrpomosikan industri pelancongan di Negeri Selangor. Komitmen yang dizahirkan oleh rakan-rakan media ini, amat penting bagi memastika nindustri pelancongan dapat berkembang maju terutamanya dalam persediaan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.Telah terbukti, sepanjang tahun 2021 dan 2022rakan-rakan media kita telah memberikan liputan media yang tinggi bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif bantuan kerajaan Negeri, Kempen-kempen promosi, penganjuran acara dan program pelancongan dan juga menyertai program seperti FAM Trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.”
Encik Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata,”Untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komanwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kitajalankan pada sesi pagi, dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi petang/malam”.
“Untuk tahun ini, sebanyak 26 kategori anugerah dan penghargaan yang kita perkenalkan untuk diberikan kepada rakan-rakan media yang hadir pada malam ini. Sesi penilaian diambil kira, jumla hliputan serta nilai konten yang diwar-warkan dalam pelbagai platform media.” Tambah beliau.
Antara kategori penghargaan dan anugerah yang diberikan pada tahun ini adalah seperti Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik, Program TV Terbaik dan banyak lagi.
Berikut merupakan senarai kategori anugerah dan senarai nama-nama pemenang bagi Tahun 2022.
BIL.
KATEGORI ANUGERAH
PENERIMA ANUGERAH
MEDIA / INDIVIDU
1.
Liputan Media Terbaik : Kategori Bahasa Melayu
SelangorKini
2.
Liputan Media Terbaik : Kategori Bahasa Cina
Sin Chew Daily
3.
Liputan Media Terbaik : Kategori Bahasa Tamil
MakkalOsai
4.
Liputan Media Terbaik : Kategori Bahasa Inggeris
The Star
5.
Liputan Media - Majalah Pelancongan Terbaik
Gaya Travel Magazine
6.
Liputan Media – Kategori Majalah Fotografi Terbaik
PCP Publications
7.
Liputan Media MelaluiTelevisyenTerbaik
TV3(Media Prima)
8.
Liputan Media Melalui Radio Terbaik
Bernama Radio
9.
Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik :
Portal Berita (Bahasa Melayu)
SinarHarian
10.
Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik :
Portal Berita (Bahasa Inggeris)
Free Malaysia Today
11.
Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik :
Portal Berita (Bahasa Cina)
China Press
12.
Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik :
Portal Gaya Hidup
mStar Online
13.
Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik :
Portal Hiburan
Budiey
14.
Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik :
Portal Viral
Oh! Media
15.
Wartawan Media Massa Terbaik
Zareef Muzammil(SelangorKini)
16.
Wartawan Media PelanconganTerbaik
Datuk Azlie Halim(Santai Travel)
17.
Konten Media SosialTerbaik : Facebook
Backpackerz
18.
Konten Media SosialTerbaik : Youtube
FikriZamri
19.
Konten Media SosialTerbaik : TikTok
Selangor TV
20.
Konten Media SosialTerbaik : Twitter
Jomkitamy
21.
Konten Media SosialTerbaik : Instagram
Nazirul Hakim(@iamnazirul)
22.
Konten Travelog Terbaik : KategoriYoutube
Rare TV
23.
Konten Travelog Terbaik : Kategori Program TV
TV Alhijrah
24.
Liputan Di Blog Terbaik
Travellah.my
25.
Program Lawatan (FAM Trip) Terbaik
Locco.my
26.
Personaliti Media Sosial Global Terbaik
Kumaar Family
Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program dan isu-isu berkaitan pembangunan dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor dalam memacu kemajuan dalam bidang pelancongan.
Resort Taman Eko Rimba Komanwel di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi.
Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies diterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Commonwealth Eco Forest Park & Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.
RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Baca juga : Luangkan Cuti 'Staycation' Anda di 8 Tempat Glamping
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2022/08/tourism-selangor-menghargai-sumbangan.html