Resort Taman Eko Rimba Komanwel Jadi Pilihan Fam Trip Tourism Selangor 2022


 



Tourism Selangor merupakan Agensi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum ditemui. Banyak inisiatif diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan luar negara, jerayawara tempatan dan banyak lagi.




 

Kali ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menghadiri program FAM (Familiarization) Trip atau Open Day yang dianjurkan oleh Tourism Selangor yang bertempat di Resort Taman Eko Rimba di Rawang. RESORT TAMAN EKO RIMBA KOMANWEL terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

 




Resort Taman Eko Rimba di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi.







Commonwealth Eco Forest Park & ​​Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

 




RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

 

YB Tuan Hee Loy Sian, dalam satu kenyataan berkata,” Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya mempromosikan industri pelancongan di Negeri Selangor. Komitmen yang dizahirkan oleh rakan-rakan media ini, amat penting bagi memastikan industri pelancongan dapat berkembang maju terutamanya dalam persediaan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik. Telah terbukti, sepanjang tahun 2021 dan 2022 rakan-rakan media kita telah memberikan liputan media yang tinggi bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif bantuan kerajaan Negeri, Kempen-kempen promosi, penganjuran acara dan program pelancongan dan juga menyertai program seperti FAM Trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.”
 


Encik Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata,” Untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komenwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kita jalankan pada sesi pagi, dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi petang/malam”.


 
Bagi AM program seumpama ini sangat efektif kerana selain mempromosikan Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini , AM juga dapat menghirup udara segar, melakukan aktiviti yang menyihatkan badan, dan yang paling dapat merapatkan silaturrahim sesama penggiat media.

 




Terima kasih diucapkan buat Tourism Selangor atas penganjuran FAM Trip Tourism Selangor 2022 ini dan semoga lebih banyak program diadakan dengan aktiviti yang lebih padat dan menarik. Tahniah Tourism Selangor atas penganjuran kali ini.


 

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2022/08/Resort-Taman-Eko-Rimba-Komanwel-Jadi-Pilihan-FAM-Trip-Tourism-Selangor-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Fam Trip 2022 Tourism Selangor Di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Media Fam Trip 2022 Tourism Selangor Di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 275 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTourism Selangor pada 1 Ogos 2022 telah menganjurkan Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 ini mendapat...
Kehijauan Dan Keindahan Resort Taman Eko Rimba Komenwel Rawang Tarikan Percutian Di Selangor

Kehijauan Dan Keindahan Resort Taman Eko Rimba Komenwel Rawang Tarikan Percutian Di Selangor

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 323 hits
Back to Nature Meluangkan masa menikmati keindahan alam semulajadi di Resort Taman Eko Rimba Komanwel Rawang Keindahan dan kehijauan di hutan rimba pasti dapat menenang jiwa kita seketika setelah masing masing sibuk dengan urusan kerja di i...
Jabatan Perhutanan Pahang Tutup Taman Eko Rimba Beserah Akibat Ada Kes Kencing Tikus

Jabatan Perhutanan Pahang Tutup Taman Eko Rimba Beserah Akibat Ada Kes Kencing Tikus

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 323 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertindak menutup sementara Taman Eko Rimba Beserah di sini berikutan terdapat kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus Penolong Pengarah Kanan JPNP Regina Mariah Jong berkata pihaknya terpaksa...
Iltizam Anak Selangor 2022 Syarat Cara Permohonan

Iltizam Anak Selangor 2022 Syarat Cara Permohonan

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 467 hits
ILTIZAM SELANGOR SIHAT Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang Ia menyasarkan 30 000 orang anak anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022 Berikut dikongsikan ...
Birmingham 2022 Bonnie Juara Powerlifting Sukan Komanwel

Birmingham 2022 Bonnie Juara Powerlifting Sukan Komanwel

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 259 hits
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional di Birmingham pada Khamis Kejayaan jaguh dunia itu dalam kategori lightweight bawah 72 ...
Pingat Sukan Komanwel 2022 Malaysia Kedudukan Carta Pungutan Terkini

Pingat Sukan Komanwel 2022 Malaysia Kedudukan Carta Pungutan Terkini

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 536 hits
Pingat sukan Komanwel 2022 Malaysia kedudukan carta pungutan terkiniSukan Komanwel menyaksikan Birmingham England menjadi negara bandar tuan rumah pada edisi ke 22 bagi tahun 2022 Sukan Komanwel edisi ke 22 secara rasminya akan berlangsung ...
Komanwel 2022 Pm Ucap Tahniah Kepada Ng Joe Ee

Komanwel 2022 Pm Ucap Tahniah Kepada Ng Joe Ee

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 196 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada atlet gimrama negara Ng Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawa...
Sukan Komanwel Birmingham 2022 Bermula 30 000 Penonton Saksi Pembukaan Penuh Warna

Sukan Komanwel Birmingham 2022 Bermula 30 000 Penonton Saksi Pembukaan Penuh Warna

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 302 hits
Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 30 000 penonton saksi pembukaan penuh warna Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitk
Senarai Atlet Malaysia Di Sukan Komanwel 2022

Senarai Atlet Malaysia Di Sukan Komanwel 2022

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 407 hits
Sukan Komanwel 2022 atau juga dipanggil Birmingham 2022 akan membuka tirai kejohanan pada 28 Julai 2022 sehingga 8 Ogos 2022 yang bakal berlangsung di Birmingham England selaku tuan rumah Untuk edisi kali ini lebih kurang 6 500 atlet daripa...
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Beto Tolak Babak Atas Katil Watak Lgbt Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga