Total Lockdown Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik Ketika Ini Kata Mtuc


 
MTUC mencadangkan beberapa langkah agar “Total Lockdown” tidak perlu diperkenalkan antaranya SOP diperketatkan dengan lebih jelas dan konsisten.PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpendirian pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sepenuhnya atau “Total Lockdown” dilihat bukan jalan penyelesaian terbaik ketika ini.
Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata PKP sepenuhnya itu bakal memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi khususnya survival golongan pekerja.
“Ini termasuk ada yang berisiko hilang pekerjaan serta melumpuhkan pendapatan pekerja,” katanya dalam kenyataan.
Kamarul menyarankan kerajaan membuat kajian yang menyeluruh dan melibatkan semua kementerian yang berkaitan terutamanya dari Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum melaksanakan PKP penuh.
MTUC mencadangkan beberapa langkah agar “Total Lockdown” tidak perlu diperkenalkan antaranya SOP diperketatkan dengan lebih jelas dan konsisten.
“Contohnya, mempertingkatkan lagi sekatan jalanraya yang lebih berkesan di lokasi tertentu dan di ‘jalan-jalan tikus’.
“Ini dapat membasmi kes jangkitan dari kluster rentas daerah dan negeri,” katanya.
Kamarul berkata pemerkasaan golongan sukarelawan, Kawasan Rukun Tetanga (KRT), persatuan kebajikan dan mana-mana sukarelawan yang ingin menyumbang khidmat bagi membantu pihak kerajaan juga perlu.
Beliau berkata operasi sanitasi juga boleh kerap dilakukan di premis kediaman, perniagaan dan tempat awam dalam memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
“MTUC mencadangkan agar majikan, kesatuan sekerja dan juga kumpulan pekerja (bagi syarikat yang tidak mempunyai kesatuan sekerja) mewujudkan satu jawatankuasa kerja khas untuk sama-sama mempertingkatkan tahap kesedaran kesihatan dalam kalangan pekerja.
“Sektor dari bukan keperluan utama atau ‘non-essential services’ dapat mengurangkan tenaga kerja mengikut kapasiti dan SOP yang diperkenalkan MKN,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Kamarul berkata jika “Total Lockdown” dilaksanakan juga, MTUC mencadangkan inisiatif membantu golongan pekerja termasuk moratorium automatik untuk golongan yang terjejas.
Katanya, bantuan kewangan lain dan menyeluruh kepada golongan B40 juga perlu diberikan.
“Ia bertujuan melindungi ekonomi golongan peniaga kecil dan sederhana supaya mereka dapat meneruskan perniagaan,” katanya sambil menambah program subsidi upah (PSU) kepada golongan pekerja yang terjejas perlu dipertingkatkan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/total-lockdown-bukan-jalan-penyelesaian.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amirudin Says Mbs Cms Excluded From Tomorrow S Nsc Meeting On Total Lockdown In Malaysia

Amirudin Says Mbs Cms Excluded From Tomorrow S Nsc Meeting On Total Lockdown In Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 380 hits
Selangor Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari speaks during a press conference in Shah Alam May 19 2021 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR May 20 Selangor Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said the National Security Council meeting...
Penting Laksana Total Lockdown Nyawa Mendahului Ekonomi

Penting Laksana Total Lockdown Nyawa Mendahului Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 357 hits
BANGI 8 Syawal 1442H Khamis Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh atau total lockdown penting untuk dilaksanakan susulan kes kini melonjak lebih 6 000 jangkitan Pakar virologi USM Prof Madya Dr Yahya Mat Arip berkata pelaksanaan pen
Rakyat Kecewa Tiada Total Lockdown Diumum Kerajaan

Rakyat Kecewa Tiada Total Lockdown Diumum Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 548 hits
ismaweb netPeniaga kecil merungut terkesan teruk jika pelaksanaan PKP berlanjutanBANGI 10 Syawal 1442H Sabtu Rakyat hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap pengumuman kerajaan yang hanya memperketatkan prosedur operasi standard sektor ekono...
Dmj Cadang Laksana Total Lockdown Di Johor

Dmj Cadang Laksana Total Lockdown Di Johor

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 375 hits
DMJ CADANG LAKSANA TOTAL LOCKDOWN DI JOHOR JOHOR BAHRU Dewan Muda Johor meminta kerajaan negeri mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan dan Majlis Keselamatan Negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan menyeluruh atau total lockdow...
Manufacturers Call For Stricter Sops Not Total Lockdown

Manufacturers Call For Stricter Sops Not Total Lockdown

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 373 hits
The Federation of Malaysian Manufacturers has called on the government to impose stricter standard operating procedures instead of a total lockdown It said a movement control order that is a total lockdown whether nationwide or in states li...
Cara Terbaik Memperkenalkan Diri Ketika Temu Duga

Cara Terbaik Memperkenalkan Diri Ketika Temu Duga

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 537 hits
Cara Terbaik Memperkenalkan Diri Ketika Temu Duga dikongsikan kepada anda semua untuk menghadapi temu duga pekerjaan kemasukan universiti dan sebagainya Perkenalan diri merupakan soalan yang wajib ditanya ketika temu duga Walaupun soalan se...
Kes Cecah 6 000 Rakyat Desak Kerajaan Laksana Total Lockdown

Kes Cecah 6 000 Rakyat Desak Kerajaan Laksana Total Lockdown

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 479 hits
ismaweb netSistem kesihatan dah tenat tapi kerajaan masih bimbangkan ekonomiBANGI 7 Syawal 1442H Rabu Bimbang terhadap peningkatan mendadak kes harian COVID 19 hari ini rata rata rakyat mendesak kerajaan mengambil tindakan drastik menguatku...
Ismail Sabri Justifies Decision Against Total Lockdown As Need To Balance Lives Vs Livelihood

Ismail Sabri Justifies Decision Against Total Lockdown As Need To Balance Lives Vs Livelihood

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 416 hits
Datuk Seri Ismail Sabri explained that a total lockdown this time around would not be prudent and was not the way forward to deal with the soaring infection rates Bernama picKUALA LUMPUR May 22 Putrajaya s decision today to refrain from a t...
Penyelesaian Dua Negara Seolah Ikhtiraf 15r43l Sebagai Sebuah Negara Kata Raja Kamarul

Penyelesaian Dua Negara Seolah Ikhtiraf 15r43l Sebagai Sebuah Negara Kata Raja Kamarul

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 305 hits
May 17 2021 Sokongan kerajaan berhubung cadangan penyelesaian konflik di Palestin mengikut formula Penyelesaian Dua Negara atau Two State Solution seolah olah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Dat...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Bila Virus Influenza Mula Menular Di Sekolah Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Beli Cat Untuk Locker

Cara Ringkas Daftar Akaun Str Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Aktiviti Taklimat Kesihatan Secara Alami Ppim 14 10 2025

Donat Gula Klasik Resipi Sedap Lembut Gebu Yang Wajib Cuba

Tentang Rambut Yang Gugur Dan Keyakinan Yang Tumbuh

Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data Analisis Risiko Setiap Kawasan