Tony Roma S Lamb Lover S Platter


Tony Roma's Lamb Lover's Platter
Tony Roma's Lamb Lover's Platter | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tony Roma's kembali dengan promosi terbaru untuk pencinta kambing (lamb) dengan memperkenalkan Lamb Lover's Platter. Promosi Lamb Lover's Platter ini berlangsung sekitar Julai dan Ogos 2019. Jadi Momi tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri lamb rib dari Tony Roma's. 
Untuk pengetahuan anda, Tony Roma's telah memperkenalkan 'lamb rib' (tulang rusuk kambing) sekitar tahun 2013 dan menjadi kegemaran ramai. Lamb ribs di Tony Roma's ini pernah memenangi anugerah 'Brand Innovation' dari Romacorp. Wah no wonder, ramai orang suka dengan lamb ribs ini. Jom Momi kongsikan apa yang menariknya Lamb Lover's Platter ini

Tony Roma's Lamb Lover's Platter
Lamb Lover's PlatterHarga : RM158.80 nett
Untuk Lamb Lover's Platter ini, ia termasuk Lamb Shoulder, Lamb Ribs dengan sos Honey and Plum, Lamb Cevapi dengan pickle onion dan dihidangkan bersama Crispy Potato Chips. Ia sesuai untuk dimakan seramai 3-4 orang. Untuk set ini memang puas makan sebab ada gabungan 3 menu yang memang menyelerakan.

Tony Roma's Lamb Lover's Platter
Grilled Lamb Shoulder
Harga : RM85.80 nett

Selain dari Lamb Lover's Platter, Tony Roma's menyediakan single plate jika anda rasa nak cuba salah satu hidangan. 'Grilled Lamb Shoulder' ini adalah daging kambing yang lembut, juicy dan rasa perapan yang enak dihidangkan pula bersama Cruchy Onion Rings.

Tony Roma's Grilled Lamb Shoulder
Lamb Rib
Harga : RM70.80 nett

Rasai 'Lamb Rib' yang penuh dengan rasa daging yang telah diperap dan dipanggang dengan sempurna serta di salut dengan sos honey plum dan perahan jus serta potongan halia. Hidangan ini juga dihidangkan bersama Crunchy Onion Rings.

Tony Roma's Lamb Rib

Lamb Burger
Harga : RM55.00 nett

Terasa nak makan burger? Jangan risau, Tony Roma's turut menyediakan 'Lamb Burger' untuk anda cuba. Patty daging kambing yang tebal dipanggang sehingga mengeluarkan rasa daging yang juicy bersama salad, tomato, keju serta sos istimewa dan diapit dengan roti bun yang lembut. Siapa yang suka makan burger mesti teruja, lagi-lagi ia dihidangkan bersama Cruchy Onion Rings. Yumm!

Tony Roma's Lamb Lover's Platter
Lamb Flatbread
Harga : RM55.00 nett

Antara menu lain yang boleh anda cuba ialah 'Lamb Flatbread'. Roti leper berbentuk  diletakkan topping yang mewah dengan daging kambing panggang, harvati cheese, blue cheese, cendawan liar, lada merah dan diselaputi dengan chive & creamy horsedish sauce.

Tony Roma's Lamb Lover's Platter
Crunch Tower 
Harga : RM18.80 nett

Sementara nak menunggu Lamb tu, boleh la pesan Crunch Tower. Crunch Tower ini menggabungkan 4 jenis pembuka selera iaitu Crunchy Onion Rings, Crisp & Juicy Tomato Citrus Potato Chips, Rich & Flavorful Spicy Salted Egg Potato Chips dan Fluffy Potato Tots dengan Sweet and spicy Glaze. Menariknya, jika anda cuba Crunch Tower ini, apa kata anda cuba sertai "Crunch Tower Photo Contest". Caranya mudah sahaja,dimana anda perlu mengambil gambar Crunch Tower dan muat naik di Instagram. Pastikan anda letak #JomTonyRomas pada bahagian kapsyen dan peserta yang terpilih bakal memenangi hadiah mingguan iaitu voucher Free Lunch. Seronoknya!

Tony Roma's Lamb Lover's Platter
Review
Untuk Lamb Lover's Platter ini, disarankan untuk cuba Lamb Cepavi dengan pickle onion dulu tau. Rasa kambing yang sedap dicampur pula dengan jeruk bawang yang manis, buat Momi rasa nak makan lagi dan lagi. Tapi terpaksa makan sedikit dulu sebab nak fokus pada 'Lamb Shoulder' dan 'Lamb Ribs'. 'Lamb Shoulder' ini dimasak dengan sempurna dan paling penting, rasa juicy-nya yang sememangnya lazat. Dengarnya 'Lamb Ribs' di Tony Roma's dipanggang dalam masa yang lama sampai dagingnya empuk. Menariknya rasa juicy-nya masih lagi kekal dan ia mudah dileraikan. Jadi terpaksa berebut lah dengan kawan-kawan ni sebab sedap sangat haha. 
Lamb Lover's Platter di Tony Roma's pastinya buat anda rasa gembira dan kenyang makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Set menu ini bermula dari 1 Julai 2019 hingga 31 Ogos 2019. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram dan Twitter. Selamat menjamu selera guys



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2019/07/tony-romas-lamb-lovers-platter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tony Roma S Perkenal Menu Lamb Lover S Platter

Tony Roma S Perkenal Menu Lamb Lover S Platter

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 334 hits
Tony Roma s Perkenal Lamb Lover s Platter Assalamualaikum semua Sape sini peminat kambing Angkat tangannn Ha sis pasti ramai yang suka makan kambing kan Actually sis pun sama Antara kambing dengan lembu sis lagi suka kambing Tu sebab kalau ...
Good Morning Coffee Lover S Smoothie

Good Morning Coffee Lover S Smoothie

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 310 hits
Learn how to make the best coffee smoothie with brewed coffee This delicious easy coffee smoothie recipe has a hint of chocolate flavor from cacao powder a boost of protein from collagen peptides and peanut butter and makes a great morning ...
Apa Istimewanya Makan Di Bbq Lamb Kl Kemensah

Apa Istimewanya Makan Di Bbq Lamb Kl Kemensah

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 772 hits
Sebelum ni ana selalu terlihat ramai yang update di media sosial malahan di kaca tv makan makan dalam sungai di BBQ Lamb KL Kemensah ni Alaa tempat yang makan dalam sungai tu laa Siapa sangka akhir nya kami sekeluarga pula di rezeki kan men...
Beli Biskut Kelapa Jenama Roma

Beli Biskut Kelapa Jenama Roma

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 1431 hits
Beli Biskut Kelapa Jenama Roma Assalamualaikum selamat tengahari Korang tengah buat apa Fiza pulak lepas lunch hadap tablet kejap Sebelum terlupa Fiza nak berkongsi tentang satu produk biskut jenama Roma Itula Bila terlihat iklan di tv meng...
Tajuddin Succeeds In Application To Strike Out Suit By Tony Pua Anthony Loke

Tajuddin Succeeds In Application To Strike Out Suit By Tony Pua Anthony Loke

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 339 hits
The High Court here today allowed Pasir Salak Member of Parliament Tajuddin Abdul Rahman s application to strike out a suit filed by Damansara Member of Parliament Tony Pua Kiam Wee and Transport Minister Anthony Loke Siew Fook over his cla...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

The Bolt A Retro Yamaha Scrambler That Harkens Back To Simpler Times


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Sambut Kelahiran Bayi Di Tepi Jalan Dalam Hujan Renyai

Sampai Hati Pengasuh Didakwa Seksa Bayi Kerana Menangis

Setiap Kesilapan Boleh Ditegur

Apakah Maksud Perintah Injuksi

Orang Hilang Mereka Pergi Tanpa Jejak Kita Menunggu Tanpa Jawapan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul