Tony Roma S Perkenal Menu Lamb Lover S Platter


Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter | Assalamualaikum semua.. Sape sini peminat kambing?? Angkat tangannn.. Ha, sis pasti ramai yang suka makan kambing kan. Actually sis pun sama. Antara kambing dengan lembu, sis lagi suka kambing. Tu sebab kalau ada mana-mana restoran yang menyediakan menu kambing seperti Lamb Chop, sis akan pergi cuba. Terbaru bila sis dengar je Tony Roma's memperkenalkan menu untuk Lamb Lover's Platter apa lagi terus la sis cuba kan. Ha, kalau korang nak tau apa rupa dan rasa menu-menu ni, meh baca sampai habis


Ok, untuk pengetahuan korang, sempena bulan Julai dan Ogos ni Tony Roma's akan menawarkan menu-menu istimewa khas untuk mereka yang gemarkan kambing. Menu Lamb Lover's Platter ni dipilih khas bagi mereka yang inginkan kepuasan dalam merasai keenakan daging kambing yang telah dimasak oleh tukang masak professional. Ha, jangan tak tau ye yang Lamb Ribs kat Tony Roma's ni pernah menag anugerah tau iaitu anugerah 'Brand Innovation' dari Romacorp. Uish, mesti korang tak sabar kan nak tengok apa menu tu kan. Nah, ni la menu-menu yang boleh korang pilih iaitu :
Lamb Lover's Platter (RM158.80 nett) - Amacam?? menggoda tak tengok Lamb Lover's Platter ni?? Ha, takkan tengok je kan. Korang kena la pergi cuba juga. Hidangan ni sesuai untuk 3-4 orang makan. Dalam hidangan ni ada Lamb Shoulder, Lamb Ribs dengan sos Honey and Plum, Lamb Cevapi dengan pickle onion dan dihidangkan bersama Crispy Potato Chips.

Bila tengok Lamb Lover's Platter ni sis jadi tak keruan, mana satu nak cuba dulu sebab semuanya nampak menggiurkan. Akhirnya sis pilih untuk mencuba Lamb Cevapi bersama pickle onion. Rasa kambing dalam Lamb Cevapi ni agak kuat tapi bila dimakan bersama pickle onion rasa dia jadi balance. Tak sangka pulak yang bawang jeruk ni mempunyai rasa yang manis-manis masam dan mampu mengurangkan rasa kambing pada Lamb Cevapi dan menjadikan rasanya lebih sedap. Lepas tu sis cuba pula dengan Lamb Shoulder. Ternyata Lamb Shoulder di sini dimasak dengan sempurna. Serius tau, tekstur dagingnya tak kering dan masih mengekalkan rasa juicy pada daging kambing tu. Sama juga macam Lamb Ribs, walaupun dipanggang dalam masa yang lama sehingga dagingnya empuk dan mudah dileraikan tetapi masih juicy dengan rasa perapan yang telah meresap elok ke dalam dagingnya


Ternyata bila makan Lamb Lover's Platter ni boleh membuatkan kita teringat-ingat keenakannya. Tak mustahil akan datang dan repeat semula makan. Tapi, macam mana kalau pergi seorang atau berdua? mampu ke nak habiskan semua tu? Jangan risau ye kawan-kawan kerana Tony Roma's juga ada menawarkan hidangan secara berasingan iaitu Grilled Lamb Shoulder dan Lamb Rib

Grilled Lamb Shoulder (RM85.80 nett) - Hidangan yang istimewa di mana daging kambing yang lembut berjus dan penuh denga rasa perapan yang enak dihidangkan bersama Cruchy Onion Rings.

Lamb Rib (RM70.80 nett) - Hidangan ini pula menampilkan keistimewaan rasa daging yang telah diperap dan dipanggang dengan sempurna serta di salut dengan sos honey plum dan perahan jus serta potongan halia. Hidangan ini juga dihidangkan bersama Crunchy Onion Rings sebagai side dishes


Nakkan kelainan?? Ha, ada juga menu lain tapi masih menggunakan daging kambing iaitu Lamb Burger (RM55.00 nett). Bayangkan patty daging kambing yang tebal dipanggang sehingga mengeluarkan rasa daging yang juicy bersama salad, tomato, keju serta sos istimewa dan diapit dengan roti bun yang lembut. Sis pasti akan menggoda setiap yang melihatnya


Selain tu, Tony Roma's juga ada menawarkan Lamb Flatbread (RM55.00 net). Nampak tak roti yang leper berbentuk 4 segi kemudian diletakkan topping yang mewah dengan daging kambing panggang, harvati cheese, blue cheese, cendawan liar, lada merah dan diselaputi dengan chive & creamy horsedish sauce. Serius hidangan ni lain dari yang lain dan sedap


Tak cukup lagi?? ha, boleh la pesan menu edisi terhad iaitu Crunch Tower (RM18.80 nett). Hidangan ni menggabungkan 4 jenis pembuka selera iaitu Crunchy Onion Rings, Crisp & Juicy Tomato Citrus Potato Chips, Rich & Flavorful Spicy Salted Egg Potato Chips dan Fluffy Potato Tots dengan Sweet and spicy Glaze. Pertama kali tengok pembuka selera yang tinggi macam ni. Menarik kan. Tapi ni confirm tak boleh habis makan sorang so kena la kongsi. Konsep "Makan sama-sama".. hehe

Lebih menarik, kalau makan Crunch Tower ni jangan lupa ambil gambar tau sebab Tony Roma's tengah adakan "Crunch Tower Photo Contest" di mana kita perlu mengambil gambar Crunch Tower dan muat naik di Instagram. Jangan lupa gunakan #JomTonyRomas dan peserta yang terpilih akan memenangi hadiah mingguan iaitu voucher Free Lunch. Bestnyaaa, sis dah upload dah. Mudah-mudahan ada rezeki, boleh la makan kat Tony Roma's lagi


Dah kenyang??? eh, jangan balik dulu tau. Tak lengkap la kalau makan di Tony Roma's tapi tak order air minuman dan juga pencuci mulut kan. Ha, apa kata cuba order antara menu minuman dan pencuci mulut yang ada iaitu :

Menu Minuman Baru :
Strawberry Float (RM11.90 nett)
Sarsaprilla Float (RM11.90 nett)
Menu Minuman Terhad :
Red Ruby Slush (RM19.90 nett)
Banana Slurpee (RM19.90 nett)
Mango Blackcurrent Jelly (RM19.90 nett)

Pencuci Mulut :
Whippy Berry (RM8.90 nett)
Whippy Blackcurrant (RM8.90 nett)

Kek :
Premium Carrot Walnut Cake (RM10)
Rich Double Chocolate Treat (RM10)



Tudiaa.. best kan tengok minuman dan pencuci mulut tu. Aritu sis order Strawberry Float dan Premium Carrot Walnut Cake & Rich Double Chocolate Treat. Memang sedap tau especially cake tu sebab ia diabuat menggunakan bahan-bahan yang premium so rasa dia memang lebih enak. Masa sis makan kat Tony Roma's rupanya ada kejutan Hari Lahir juga. Wah, happy birthday to July Babies. So, kalau korang nak celebrate birthday kesayangan boleh la bawa ke Tony Roma's ye.


Ok, secara keseluruhannya memang sis puas hati sangat makan kat sini. InshaAllah nanti nak repeat lagi dengan kesayangan.. eh, hehe. So kalau korang nak juga merasai keenakan Lamb Lover's Platter ni moh la datang ke Tony Roma's. Promosi ini akan berlangsung dari 1 Julai 2019 hingga 31 Ogos 2019. Bila dah rasa confirm boleh tidur lena. hehe..

Untuk maklumat lanjut layari :http://www.tonyromas.com.my/





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/07/tony-romas-perkenal-menu-lamb-lovers.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidangan Kambing Terbaik Lamb Lover S Platter Hanya Di Tony Roma S

Hidangan Kambing Terbaik Lamb Lover S Platter Hanya Di Tony Roma S

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 433 hits
Siapa kat sini minat makan daging kambing Sure ramai jugak kan Saya dulu tak berapa suka daging kambing ni sebab bau dia yang hamis tapi itu cerita dulu dulu lah bila dah start makan dan tersuka susah pulaknak berhenti Sekarang ni The post ...
Ini 5 Menu Ikan Masin Boleh Buat Korang Kecur Air Liur

Ini 5 Menu Ikan Masin Boleh Buat Korang Kecur Air Liur

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 841 hits
Ikan masin juadah pemecah selera di bulan puasa terutamanya semasa bersahur Rasa masin pedas dan masam sememangnya mengundang selera terutamanya waktu sahur Memang memang terbaik senang pulak tu nak masak Apa tunggu lagi jomlah masak IKAN M...
Menu Ketam Gerenti Kecur Air Liur Tengok Rupa Dah Tahu Sedap

Menu Ketam Gerenti Kecur Air Liur Tengok Rupa Dah Tahu Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 545 hits
Ni min kongsi tiga resepi ketam yang sedap Masaknya pun senang Apapun sajian nak dibuat kena pastikan ketam segar dan berisi pejal Timang timang ketam tu ada terasa berat bukan ringan Kalau yang ada telur tu lagi baik Haah pilih ketam betin...
Menu Sarapan Ringkas

Menu Sarapan Ringkas

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 453 hits
MENU SARAPAN RINGKAS Haritu aku buat menu ni untuk makan lunch sebenarnya Aku teruja dengan telur goyang yang aku buat sendiri Rasa macam comel cantik je telur tu Awalnya aku buat untuk Is makan dengan roti canai banjir dia tu Berbalik pada...
Menu Serawa Durian

Menu Serawa Durian

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 900 hits
Assalamualaikum semua Sekarang tengah musim durian Dekat area Mantin ni memang gudang durian Terkenal dengan tempat jual durian Ada 1 kedai yg famous sangat dekat sini namanya Durian Mantin Gemuk Durian Gemuk Mantin atau Mantin Gemuk Durian...
Menu 30 Hari Untuk Dicuba

Menu 30 Hari Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 192 hits
Bulan puasa hari tu ada kawan whatsapp senarai menu untuk 30 hari ni So pindah masuk kat sini lah takde kredit sbb tak tau siapa pengasasnya Tapi satu pun senarai ni Mama Yan belum cuba masak kihkihkih Lom sempat tengok satu satu pun Lepas ...
Kfc Menu Baru Kfc Golden Egg Crunch

Kfc Menu Baru Kfc Golden Egg Crunch

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 603 hits
KFC MENU BARU KFC GOLDEN EGG CRUNCH Assalamualaikum Selamat pagi semua Pepagi ni saje nak bagi korang terliur sket hahaha Okay sapa dah rasa KFC GOLDEN EGG CRUNCH BARU ni Sep sket lah ye Mummy pun dah makan dah Siapa pulak yang belum rasa C...
Menu Baru Discover The World Mcdonald S Malaysia Portuguese Chicken Burger

Menu Baru Discover The World Mcdonald S Malaysia Portuguese Chicken Burger

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 745 hits
Menu Baru Discover the World McDonald s Malaysia Portuguese Chicken BurgerMenu Baru Discover the World McDonald s Malaysia Portuguese Chicken Burger Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Baru sahaja mengejutkan kita dengan kehadiran Spicy Ko...
5 Cara Enak Masukkan Kedelai Di Menu Sehari Hari

5 Cara Enak Masukkan Kedelai Di Menu Sehari Hari

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 259 hits
5 Cara enak masukkan kedelai di menu sehari hari Konsumsi tahu miso tempe dan edamame bisa menjadi alternatif
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri