Tony Pua Clare Percaya Jho Low Masih Menyorok Di China


B Nantha Kumar
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown percaya bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho, kini ada di China.
Kedua-dua mereka juga percaya individu yang dikehendaki pihak berkuasa pelbagai negara itu mungkin dilindungi orang tertentu yang mempunyai hubungan baik dengan pihak atasan Beijing.
Menurut mereka pihak yang melindungi Low - atau lebih dikenali sebagai Jho Low - mempunyai kepentingan untuk berbuat demikian kerana mereka juga dipercayai terpalit dengan skandal 1MDB.
"Tiada negara mengakui bahawa Jho Low berada di negara mereka. Kita mempunyai kesangsian, banyak daripada kita percaya dia sebenarnya berada di China.
"Namun, kerajaan China secara rasmi menafikan khabar angin itu sebelum ini. China juga sebelum ini berkata bahawa jika mereka mendapat tahu lokasi Jho Low mereka sedia membantu untuk menahan dia supaya boleh dibawa balik ke Malaysia," kata Pua.
Ahli parlimen DAP itu berkata demikian pada sesi webinar anjuran Persatuan Perlindungan Dana Awam Kuwait dan Persatuan Peguam Kuwait.
Terdahulu Pua ditanya moderator forum Sara N Al-Ateeqi mengenai keberadaan Jho Low. Forum itu membicarakan isu 1MDB dan kesannya terhadap ekonomi Kuwait.
Tiada laporan kukuh
The Wall Street Journal pada 10 Jun lalu melaporkan bahawa Jho Low berjaya meloloskan diri ke Kuwait dan ia berlaku tanpa disedari pihak berkuasa AS dan Malaysia.
Menurut portal berpangkalan AS itu, berdasarkan dokumen yang dilihat mereka dan maklumat daripada individu yang mempunyai hubungan dengan Jho Low, orang buruan berkenaan memasuki Kuwait pada September lalu.
Ia berlaku ketika nama Jho Low berada dalam senarai notis merah Interpol.
Laporan itu turut memetik seorang pegawai penyiasat Malaysia yang memberitahu sehingga enam bulan yang lalu, Jho Low menghabiskan kebanyakan masanya di Wuhan, China.
"Sehingga hari ini kita tidak mendapat sebarang laporan kukuh mengenai lokasi Jho Low," kata Pua.
Tony PuaDengan laporan eksklusif Sarawak Report, katanya lagi, ia mengukuhkan teori bahawa lelaki kelahiran Pulau Pinang itu dilindungi beberapa pihak di China kerana takut lebih banyak maklumat berkaitan skandal 1MDB terdedah dan melibatkan lebih ramai orang.
Pua juga menolak kemungkinan bahawa Jho Low masih berada di Malaysia.
"Tidak, dia tidak berada di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Clare memberitahu beberapa individu sanggup melindungi Jho Low di China bagi mengelakkan dia mendedahkan maklumat mengenai 1MDB di mahkamah luar China.
Clare"Saya percaya Tony (Pua) betul, saya fikir Jho Low ada di China.
"Saya ada beberapa bil hotel bertaraf enam bintang dibayar oleh orang yang sangat berpengaruh bagi pihak Jho Low di Shanghai.
"Jadi, yang pasti dia (Jho Low) pernah berada di sana (Shanghai)," katanya.
Tambah Clare mungkin ada beberapa orang yang mempunyai hubungan baik dengan pihak atasan China memberikan perlindungan kepada Jho Low bagi mengelakkan dia memberi keterangan dalam mahkamah di luar China.
Jho Low dituduh menyalahgunakan berbilion ringgit wang 1MDB bersama bekas perdana menteri Najib Razak. 1MDB merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia yang ditubuhkan oleh Najib dan melibatkan Jho Low juga.
Penyiasat antarabangsa - termasuk Jabatan Kehakiman AS - menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion disalahgunakan dari kantung 1MDB.
Pada Januari lalu, Jho Low menafikan dia menjadi dalang di sebalik skandal 1MDB dan mendakwa hanya menjadi perantara untuk urusan yang melibatkan syarikat itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/tony-pua-clare-percaya-jho-low-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Tahu Jho Low Ada Di China Tunggu Apa Lagi Tangkaplah

Dah Tahu Jho Low Ada Di China Tunggu Apa Lagi Tangkaplah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 271 hits
Tony Pua dan Clare kata Jho Low ada di China dan dia dilindungi oleh orang yang berpengaruh dan ada hubungan baik dengan China Kenapa semasa berkuasa dulu gunakan segala sumber untuk menangkap Jho Low Cerita Jho Low di China bukan hanya bar...
Usaha Buru Jho Low Diteruskan Igp

Usaha Buru Jho Low Diteruskan Igp

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 232 hits
MALAYSIAKINIPolis belum putus asa dalam usaha untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang dituduh mendalangi skandal dana 1MDB Saya masih berusaha mencapai matlamat ini Saya akui bahawa saya telah gagal ...
Igp Police Have Not Given Up Efforts To Bring Back Jho Low

Igp Police Have Not Given Up Efforts To Bring Back Jho Low

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 352 hits
The police have not given up on their efforts to bring fugitive businessperson Low Taek Jho who is accused of masterminding the 1MDB fund inspector general of police Abdul Hamid Bador said I would still work towards this goal I admit that I...
Untouchable Us Legal Firm Still Accepting Money From Known Jho Low Business Associate

Untouchable Us Legal Firm Still Accepting Money From Known Jho Low Business Associate

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 343 hits
Are law firms untouchable when it comes to receiving money from dubious sources The in the United States have revealed that as late as March of this year the from a Thai business associate of the fugitive Malaysian Jho Low to finance PR and...
Pdrm Tak Tahukah Jho Low Di Kuwait

Pdrm Tak Tahukah Jho Low Di Kuwait

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 313 hits
Pengusaha Bachar Kiwan yang kemudian menjadi rakan niaga syeikh tersebut dikatakan memetik kenyataan Jho Low dalam sebuah majlis makan malam Saya memperoleh berbilion dolar di Malaysia Saya akan memperoleh seratus bilion di China minimum WS...
Saya Terpedaya Tipu Helah Jho Low Kata Bekas Ceo 1mdb

Saya Terpedaya Tipu Helah Jho Low Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 478 hits
KUALA LUMPUR Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau terpedaya dengan tipu helah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low dalam ...
Survey Mungkinkah Kegagalan Menangkap Jho Low Memang Di Sengajakan

Survey Mungkinkah Kegagalan Menangkap Jho Low Memang Di Sengajakan

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 445 hits
1MDB adalah skrip utama Pakatan Harapan dalam kempen PRU 14 dan merupakan senjata utama mereka dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional yang sudah memereintah selama lebih 6 dekad Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional denga...
Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang Tak Selamat Untuk Anak

Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang Tak Selamat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 719 hits
Kebenaran untuk merentas negeri dan pembukaan semula sektor perlancongan bukan tiket untuk kita terus membawa anak anak tanpa memikirkan risikonya Biarpun telah dibenarkan oleh kerajaan namun PKPP yang dilanjutkan hingga Ogos nanti perlu me...
Dataran Tinggi Dieng Kembali Disergap Embun Es Obyek Wisata Masih Tertutup Untuk Wisatawan

Dataran Tinggi Dieng Kembali Disergap Embun Es Obyek Wisata Masih Tertutup Untuk Wisatawan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 241 hits
Wah seru juga nih liburan ke Dieng serasa ke Eropa Tapi sebaiknya jangan ke sana dulu ya
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Juadah Hari Raya Sa

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan