Saya Terpedaya Tipu Helah Jho Low Kata Bekas Ceo 1mdb


KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beliau terpedaya dengan tipu helah ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dalam penubuhan Brazen Sky Ltd bagi tujuan mendapatkan kembali dana pelaburan negara itu.
Peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah mencadangkan kepada saksi itu, meskipun Jho Low berkata syarikat itu ditubuhkan bagi tujuan mendapatkan kembali wang 1MDB, ia sebenarnya untuk memberikan gambaran sejumlah wang yang sah akan diperolehi Brazen Sky.
Brazen Sky ialah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 bagi mendapatkan kembali wang 1MBD.
Bagaimanapun, saksi ke-9 pendakwaan itu berkata, beliau tidak menyedarinya ketika itu.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas Shafee pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dalam skandal 1MDB.
Shafee: Mengapa perlu ada Brazen Sky? Bukankah ia (wang) boleh dipindahkan secara terus ke akaun 1MDB?
Shahrol Azral: Jho Low beritahu saya keadaan pasaran tidak memihak kepada 1MDB untuk mencairkan semua unit sekaligus dan mencadangkan ia dilakukan sedikit demi sedikit.
Shafee: Namun berdasarkan pengalaman, anda kini tahu perkara ini tidak benar dan dana itu diuruskan Jho Low.
Shahrol Azral: Ya.
Saksi itu berkata, Jho Low mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mampu meyakinkan orang lain yang beliau bertindak demi kepentingan mereka.
Peguam itu mencadangkan Najib juga sebenarnya ditipu Jho Low dan Shahrol Azral berkata, beliau tidak boleh memberikan komen mengenai perkara itu.
Pada akhir prosiding hari ini, Shafee berkata, beliau akan menyentuh isu lain yang lebih besar dan meminta perbicaraan diteruskan esok pagi.
Hakim Collin Lawrence Sequerah bertanya kepada peguam itu berapa lama masa yang akan diambilnya untuk menyoal balas Shahrol Azral.
Shafee berkata, beliau mempunyai 3 fasa lagi untuk menyoal balas saksi itu dan akan mengambil masa 3 minggu untuk menyelesaikannya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pendakwaan mempunyai 55 saksi lagi, termasuk dari luar negara.
Najib, 67, berdepan 4 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai sama.
Perbicaraan bersambung esok.
The post Saya terpedaya tipu helah Jho Low, kata bekas CEO 1MDB appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/30/saya-terpedaya-tipu-helah-jho-low-kata-bekas-ceo-1mdb/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=saya-terpedaya-tipu-helah-jho-low-kata-bekas-ceo-1mdb

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Survey Mungkinkah Kegagalan Menangkap Jho Low Memang Di Sengajakan

Survey Mungkinkah Kegagalan Menangkap Jho Low Memang Di Sengajakan

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 402 hits
1MDB adalah skrip utama Pakatan Harapan dalam kempen PRU 14 dan merupakan senjata utama mereka dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional yang sudah memereintah selama lebih 6 dekad Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional denga...
Tony Pua Clare Percaya Jho Low Masih Menyorok Di China

Tony Pua Clare Percaya Jho Low Masih Menyorok Di China

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 258 hits
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown percaya bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho kini ada di China Kedua dua mereka juga percaya individu yang dikehendaki pihak berkuasa pelbagai negara itu mungki...
Govt Seeks To Amend Forfeiture Notice Against Jho Low S Dad

Govt Seeks To Amend Forfeiture Notice Against Jho Low S Dad

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 218 hits
The government is seeking to amend its forfeiture notice against the father of fugitive tycoon Low Taek Jho to recover over RM48 million in the businessman s accounts citing differences from the original application in the amount in the acc...
Usaha Buru Jho Low Diteruskan Igp

Usaha Buru Jho Low Diteruskan Igp

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 191 hits
MALAYSIAKINIPolis belum putus asa dalam usaha untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang dituduh mendalangi skandal dana 1MDB Saya masih berusaha mencapai matlamat ini Saya akui bahawa saya telah gagal ...
Igp Police Have Not Given Up Efforts To Bring Back Jho Low

Igp Police Have Not Given Up Efforts To Bring Back Jho Low

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 282 hits
The police have not given up on their efforts to bring fugitive businessperson Low Taek Jho who is accused of masterminding the 1MDB fund inspector general of police Abdul Hamid Bador said I would still work towards this goal I admit that I...
Maklumat Akademik Dan Pengalaman Kerja Bekas Ceo Pnb Bercanggah

Maklumat Akademik Dan Pengalaman Kerja Bekas Ceo Pnb Bercanggah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 425 hits
SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia masih lagi menantikan maklum balas daripada Permodalan Nasional Bhd berhubung percanggahan dalam serahan maklumat syarikat bagi pelantikan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan itu Baru baru ini suruhanja...
Tidak Bersetuju Dengan Muhyiddin Punca Ceo Petronas Letak Jawatan Kata Sumber

Tidak Bersetuju Dengan Muhyiddin Punca Ceo Petronas Letak Jawatan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 382 hits
Pengunduran Ketua Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin pada bulan ini didakwa tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan memberi lebihan bayaran petronas kepada Sarawak Beliau tid...
Untouchable Us Legal Firm Still Accepting Money From Known Jho Low Business Associate

Untouchable Us Legal Firm Still Accepting Money From Known Jho Low Business Associate

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 258 hits
Are law firms untouchable when it comes to receiving money from dubious sources The in the United States have revealed that as late as March of this year the from a Thai business associate of the fugitive Malaysian Jho Low to finance PR and...
Bekas Ceo Yayasan Ditahan Disyaki Salah Guna Kuasa

Bekas Ceo Yayasan Ditahan Disyaki Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 326 hits
Bekas CEO yayasan ditahan disyaki salah guna kuasa Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Jun 2020 2 31PM
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Visit Peaks Of Malaysia This Merdeka Day

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur

Rekomendasi 5 Aplikasi Akuntansi Terbaik Di Indonesia Tahun 2024

Maszsz Legal Bb 12 Sz Zal Kkal Kell Emelni A Legkisebb B Reket