Tongkat Dan Melayu



OPINION  |  MOHSIN ABDULLAHA+     A-Kita gunakan tongkat apabila kita dalam keadaan lemah. Sukar berdiri. Tentunya ketika sakit kaki dan sukar berjalan. Apatah lagi berlari. Jika kita kehilangan kaki memanglah tongkat diperlukan. Itu tongkat secara literal
Bila kerajaan memberi bantuan khususnya untuk ekonomi orang Melayu istilah tongkat kerap digunakan. Antara rupa bentuk tongkat yang dimaksudkan biasiswa, sistem kuota, peluang pendidikan serta pekerjaan, pinjaman dan macam macam lagi, yang disenaraikan sebagai keistimewaan khas atau special privileges untuk orang Melayu
Tongkat itu mula diberi oleh kerajaan BN dulu yang Umno menjadi tunggaknya. Kerajaan Pakatan Harapan nampaknya meneruskan dasar itu. Tongkat masih ada
Namun baru baru ini perdana menteri mengingatkan orang Melayu akan tiba harinya kelak tongkat tidak akan wujud. Hakikatnya tongkat tidak boleh kekal untuk selama lamanya. Lalu Dr Mahathir Mohmad mahu orang Melayu bersedia dan berusaha keras untuk bergerak maju tanpa tongkat
Tongkat tidak dinafikan banyak membantu orang Melayu yang memerlukan. Tidak dinafikan juga ada orang Melayu yang terlalu bergantung kepada tongkat sehingga ia disalahhggunakan dan membawa kesan buruk. Tidak dinafikan juga bukan semua orang Melayu yang dapat tongkat
Hakikatnya tongkat juga ada melekatkan elemen negatif ke atas orang Melayu. Contoh, apabila orang Melayu naik pangkat persepsi umum khususnya di kalangan orang bukan Melayu ialah si polan si polan itu naik kerana dia orang Melayu. Jika si polan si polan berjaya dalam perniagaan kononnya sebab dia orang Melayu, bukan sebab dia bijak
Memang ada yang berjaya atau naik pangkat semata-mata kerana dia orang Melayu. Tetapi ada juga Melayu yang berjaya kerana mereka memang layak berjaya, kerana kebolehan dan kemampuan. Malangnya kelayakan mereka tidak diiktiraf. Sebaliknya dituduh berjaya kerana semata-mata orang Melayu
Bercakap secara peribadi, rasa ramai yang setuju, jika saya dinaikkan pangkat saya ingin percaya saya dinaikkan oleh bos kerana saya benar benar layak dan bukannya kerana saya orang Melayu
Saya pernah menulis mengenai topik ini pada tahun 2016 untuk siaran akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily. Antara komen yang diterima daripada orang Melayu sendiri ialah Melayu mesti berani bersaing dengan semua bangsa untuk memperbetulkan keadaan – jika tidak Melayu tidak akan maju
Dan ada juga orang Melayu yang memberi pandangan bahawa “mindset “ Melayu ialah berlagak bagai tuan yang gemar tongkat dan tanpa tongkat semuanya tidak akan bergerak walaupun realitinya keadaan boleh bergerak
Presiden MelayuBerbalik kepada kisah Umno. Ketika memerintah Malaysia parti itu tidak pernah lupa untuk mengingatkan orang Melayu jika mereka tidak beri tongkat orang Melayu akan susah dan jadi hamba di tanah air sendiri
Dan untuk “memperkukuhkan” hujah, Umno gemar menggunakan Melayu Singapura untuk memomokkan Melayu Malaysia
Melayu Singapura mereka gambarkan sebagai golongan tertindas. Tujuannya kita semua tahu, jadi tak perlulah dibincangkan
Maka persoalannya ialah adakah benar Melayu Singapura tertindas dan ditindas
Saya tidak boleh nyatakan secara pasti. Jawapan sebenar mungkin hanya boleh diperoleh menerusi siasatan dan kajian mendalam. Itu pun apa pun hasilnya akan dipertikai pelbagai pihak
Tapi hakikatnya memang ada rasa ketidakkepuasan hati. Umpamanya saya ada baca laporan mengenai permintaan orang Melayu Singapura supaya mereka menerima kesaksamaan dalam semua sektor angkatan bersenjata Singapura. Ini seolah olah mencermin ada rasa tidak yakin atau percaya pemerintah terhadap orang Melayu
Ada juga saya baca akan laungan peluang pekerjaan penuh untuk wanita Melayu termasuk yang bertudung –mendesak layanan dan peluang sama rata
Ketika “meneliti” keadaan itu perdana menteri Singapura Lee Hsien Loong pada tahun 2016 mengumumkan di parlimen pilihanraya. presiden Singapura yang dijadualkan tahun berikutnya iaitu 2017 akan dikhaskan untuk calon di kalangan orang Melayu. A reserved election katanya
Maknanya hanya orang Melayu boleh bertanding. Tentulah Melayu yang berkelayakkan. Pertandingan khas untuk Melayu. Ini untuk memastikan orang Melayu akan menjadi presiden Singapura setelah 46 tahun berlalu sejak allahyarham Yusof Ishak memegang jawatan berkenaan
Dalam erti kata lain jawatan presiden Singapura akan dihadiahkan kepada orang Melayu
Bagaimanapun ini antara reaksi Melayu Singapura terhadap hadiah kerajaan kepada mereka ketika itu
Bekas wartawan Straits Times Singapura Ismail Kassim menulis di laman Facebooknya:“Terima kasih PM atas hadiah yang tidak diminta. Kami tidak mahu dan tidak perlukannya. Tidakkah kamu sedar hadiah itu hanya mengukuhkan imej negatif ke atas kami dan menjejaskan kemajuan yang kami telah jalin.”Bagi Ismail, pilihan raya khusus untuk Melayu adalah langkah ke belakang dalam kepelbagaian masyarakat, meritokrasi dan demokrasi”
Di samping komen Ismail, satu artikel di akhbar Straits Times Singapura ditulis warga republik itu bernama Nizam Idris menarik perhatian saya
Momok Melayu SingapuraSaya kemudian mendapat tahu Nizam ialah seorang ahli ekonomi dan ketua strategi pasaran di sebuah bank antarabangsa berpusat di Singapura
Kata Nizam beliau dibesarkan pada era “kami orang Melayu diajar untuk menjagai diri sendiri di sekolah dan dalam kerjaya seperti rakyat Singapura yang lain.”Katanya pada mulanya memang ada rasa bimbang bersaing kerana melihat orang Melayu di beberapa negara di rantau ini yang bergantung kepada dasar ras untuk maju. Tetapi “kami keluar daripada sejarah bergantung harap terhadap tongkat”
Dan itu kata Nizam menjadi sumber kebanggaan dan motivasi buat masyarakat Melayu yang membuktikan “kami boleh berdiri di atas kaki sendiri”
Bagi Nizam itu semua adalah hasil tindakan berani pemimpin terdahulu yang “membuat kami bersaing di atas pentas sama rata”
Pun begitu dalam konteks pilihan raya presiden, Nizam mengakui ramai orang Melayu yang tidak boleh menolak hadiah demi memastikan ada di kalangan mereka dipilih sebagai presiden Singapura
Itu sememangnya sifat manusia tetapi katanya lebih memuaskan jika seorang presiden Melayu dipilih berdasarkan kemampuan dan kebolehan bukan berdasarkan apa bangsanya
Perlu diingat dan ulangi pandangan berkenaan dibuat sebelum “all Malay election" diadakan pada tahun 2017. Seperti kita tahu Halimah Yaacob menjadi presiden Singapura kelapan setelah muncul calon tunggal yang menerima sijil layak bertanding
Walaupun pandangan awal, Halimah dilihat menjalankan tugas dengan baik dan kini dihormati ramai
Kesimpulan hujah Ismail dan Nizam ialah Melayu Singapura mahu berjaya tanpa jalan pintas, tanpa jalan senang, tanpa tongkat
Di Malaysia ,walaupun Umno sudah hilang kuasa, Melayu Singapura akan terus dijadikan bahan momokan. Dan tongkat akan banyak diperkatakan
MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiakamu.blogspot.com/2019/01/tongkat-dan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Kedai Tayar Cahaya Masai Kedai Tayar Melayu Islam

Sokong Kedai Tayar Cahaya Masai Kedai Tayar Melayu Islam

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 2189 hits
Kalau sebelum ni aku tiup semboyan untuk sokong kedai spare part milik Melayu di Pulau Pinang dan satu lagi di area Kempas di Johor Bahru Kali ni aku tiup semboyan satu JOHOR lebih lebih lagi yang berada di area Masai untuk terjah kedai tay...
Melayu Cameron Highland Masih Suam Dengan Pakatan

Melayu Cameron Highland Masih Suam Dengan Pakatan

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 297 hits
Melayu Cameron Highland masih lsquo suam rsquo dengan Pakatan
Ketua Dewan Cina Tak Takut Melayu Boikot Tuduh Umno

Ketua Dewan Cina Tak Takut Melayu Boikot Tuduh Umno

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 701 hits
Cina Malaysia Tergugat Mulai Respon Kempen Boikot Besar2an Oleh MelayuWakil Dewan Perniagaan Cina dan Melayu Yeah Kim Leng semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa boikot produk Cina yang di promosikan oleh blogger pro UMNO akan menjeja...
Umno Mainkan Sentimen Orang Melayu Mujahid

Umno Mainkan Sentimen Orang Melayu Mujahid

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 405 hits
Mujahid berkata UMNO Mainkan Sentimen Orang Melayu Datuk Dr Mujahid Yusof berkata perasaan takut dalam kalangan orang Melayu terhadap bangsa lain juga akan meningkat ekoran sentimen yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini ...
Menteri India Jaga Kaum Menteri Cina Kaut Wang Menteri Melayu

Menteri India Jaga Kaum Menteri Cina Kaut Wang Menteri Melayu

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 333 hits
10 Jamadilawal 1440H Rabu Tindakan Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas kepada sebuah kolej swasta yang ditubuhkan Dong Jiao Zong baru baru ini menyerlahkan perangai sebenar menterinya Lim Guan Eng Ketua Pemuda Ikatan Muslim Mala...
Dbp Bukan Untuk Melayu Sahaja Kata Kp

Dbp Bukan Untuk Melayu Sahaja Kata Kp

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 509 hits
January 15 2019 7 26 AMDBP akan menterjemahkan karya dalam Bahasa Melayu kepada bahasa lain KUALA LUMPUR Dewan Bahasa dan Pustaka akan menjadikan institusi itu inklusif kepada semua kaum di negara ini dalam usaha memartabat dan memperluaska...
Peniaga Melayu Di Kawasan Cina

Peniaga Melayu Di Kawasan Cina

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 316 hits
Jalan Kebun Sultan terutama sekali berhampiran Pintu Gerbang Cheng Ho menjadi lokasi peniaga Cina menjalankan perniagaan terutama makanan Malah Jalan Kebun Sultan dikenali sebagai China Town di Kelantan Namun di sebalik penguasaan peniaga C...
Jadikan Budaya Melayu Subjek Wajib Kepada Bukan Melayu

Jadikan Budaya Melayu Subjek Wajib Kepada Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 229 hits
8 Jamadilawal 1440H Isnin Pendakwah bebas Ustaz Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan adat budaya dan cara hidup Melayu dijadikan subjek di semua sekolah yang wajib dipelajari bukan Melayu Mengambil contoh penghinaan terhadap Sultan Kelantan Su...
Mustahil Melayu Akan Bersatu Dengan Kaum Bukan Melayu

Mustahil Melayu Akan Bersatu Dengan Kaum Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 532 hits
Hakikatnya Melayu akan tetap Melayu dan bukan Melayu akan tetap bukan Melayu Dan selagi adanya Islam di muka bumi ini maka bangsa Melayu yang beragama Islam tidak akan menganggap orang bukan Melayu yang bukan beragama Islam itu sebagai umma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities