Mahathir Salahkan Semua Orang Kecuali Diri Dia
 
1) Semalam selepas program "Bersatu Blackout" di Alor Setar Mahathir  buat perangai nyanyuk lagi sewaktu sessi soal jawap. Perlukah dia jawap  soal mudah nak kerjasama lagi dgn DSAI atau tidak dengan cara dia  mengutuk, menghina dan memburuk-burukkan Pengerusi Pakatan Harapan itu?  Nampak sangat dendam dan kebencian dia kepada DSAI setelah rancangan dia  mahu jadi PM dan sailang lagi digagalkan.
 2) BerMORAL sangatkah  Mahathir ni bila dia terus menerus sailang DSAI dan khianat pada janji?  Ada MORALkah seorang manusia yg apabila bercakap dia suka berDUSTA, bila  berjanji dia MUNGKIRI, apabila diberikan amanah dia KHIANATI? Inilah  ciri-ciri yg terang-terang ada pada Mahathir. Nak panggil apa makhluk  jenis ini?
 3) Yang kita "kenot brain" ialah mengapa ada pemimpin-pemimpin #K3 dari Amanah dan DAP tertentu bersungguh-sungguh mempertahankan makhluk  ini sehingga tergamak mengherdik, menghina dan setiap hari perli  Pengerusi Pakatan Harapan itu sendiri? Di mana sikap hormat dan disiplin  dalam berMuafakat? Sebab dia sudah dianggap "Out of the Race" maka  mereka mencalonkan pula calon PM SEBULU dengan Orang Tua 95 thn (OT95)  yang gila nak jadi PM semula dan tak tahu malu itu.
 4) Rakyat termasuklah penyokong-penyokong PH sedang memerhati #GELAGAT pemimpin-pemimpin Amanah dan DAP. Mereka ini sebenarnya menyebelahi  siapa? Adakah sebenarnya pimpinan Amanah dan DAP yang terlibat sedang  BERSUBAHAT dengan OT95 untuk sailang DSAI? Sungguh memusykilkan kita  kerana Ini bukanlah kali pertama OT95 mengutuk DSAI sebagai "GILA-GILA  nak jadi PM", kali ini terkeluar juga perkataan "Masalah Moral" yang  sudah lama disimpan di lubuk hati IBLISnya yang hitam legam tanpa  kompromi.
 5) Cuba perhatikan, bila DSAI dicerca dan dihina oleh  OT95 sejak dulu lagi, pemimpin-pemimpin Amanah dan DAP tidak bersuara  pun untuk mempertahankan DSAI. Tapi bila Wan Saiful mendedahkan  KESETANAN Org Tua yang merancang menjatuhkan PH, kelam kabut Khalid  Samad melompat macam KERA kena belacan mahu menjadi JUARA mempertahankan  OT95. Apa hujah "hebat"  Khalid Samad? Hujahnya ialah Wan Saiful adalah PENIPU..!! Patut le DSAI  pernah berkata ada yang sekonyong-konyongnya mahu jadi JUARA dan tokoh  "HYBAT" konon jadi pendamai dan pemeterai?
 6) Dulu bila Farhash  Wafa Salvador Pengerusi PH Perak dan  Setpol DSAI mengingatkan Amanah  dan DAP tentang pejuangan REFORM dan semangat Muafakat dalam PH, Khalid  Samad dan Faiz Fadzil meloncat dan menyerang Farhash dengan "hujah"  kononnya dia Pengecut dan Tidak Matang? Perhatikan betul-betul #K3 sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat "Defensive", Sensitif tak  ketahuawan punca dan mudah melatah mahu mempertahankan OT95. Mereka juga  kadang-kadang jadi "Offensive" dan "Hostile" terhadap apa sahaja atau  sesiapa sahaja yang terkait rapat dengan DSAI. Kenapa? Why? Soal orang  kampung saya.
 7) Ramai bersetuju bahawa kerana OT95 meletak jawatanlah maka semua kemelut ini berlaku tapi #K3 dengan anai-anai mereka berusaha mengubah Naratif itu kononnya desakan  DSAI  supaya OT95 meletak jawatanlah menjadi punca Kerajaan PH jatuh.  Ini TEMBERANG..!! Walhal kita boleh melihat rekod yang DSAI dan DS  Saifuddin Nasution berusaha menegur dan menghentikan desakan penyokong.  Sebaliknya, lihat OT95 sendiri, setiap hari pemimpin dan ahli-ahli  Bersatu mengherdik DSAI dan terang-terang menolak konsensus PH utk DSAI  jadi PM seterusnya tapi apa yg OT95 buat? Langsung tidak ditegur  provokasi oleh penyokong-penyokong dia. Mungkin dia seronok hari-hari  DSAI dihina, dicaci, dimaki dan direndah-rendahkan malah dibuli meskipun  status DSAI ketika itu ialah KETUA UMUM PH.
 8) OT95 meroyan sana  sini menyalahkan DSAI, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak di atas  kegagalan dia sendiri untuk menjadi PM semula lalu dengan  bersungguh-sungguh "pemuja-pemujanya" di kalangan PH sendiri  mempertahankan EGO Org Tua itu. Ramai dalam PH, Bersatu, PA$ dan BN  sendiri bersetuju bahawa berpunca dari perletakan jawatan OT95 lah  masalah seperti hari ini berlaku, Bertubi-tubi MP-MP BN mengherdik OT95  di Dewan Rakyat mengenai perletakan jawatan itu kenapa #K3 Amanah dan DAp masih buat pekak badak?
 9) Lihat apa yang dikatakan Najib Razak, mungkin tidak tahan dengan  sikap OT95 asyik menyalahkan orang lain kecuali dirinya sendiri......
 Kata Najib Razak :
 "𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗶𝘁𝘂, 𝗣𝗠𝟳 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶  𝗣𝗠 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻  (𝘂𝗻𝗶𝘁𝘆 𝗴𝗼𝘃𝗲𝗿𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁) 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵  𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻  𝗱𝗶𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸  𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶.
 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗶𝗻𝗶 :
 - 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿
 - 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗗𝗔𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗞𝗥 𝗹𝗮𝗴𝗶
 - 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮  𝗕𝗡/𝗠𝗡 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗕𝗡/𝗠𝗡 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻  𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.
 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮-𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵  𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗴𝘂𝘀 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗮  𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻  𝗶𝗱𝗮𝗺𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮".
 10) Anda boleh menilai sendiri secara  rasional dan logik. Tidak mungkin semua orang yang salah kecuali diri  dia. Sikap anai-anai dan #K3 yang terus menyokong, menjadi alata dan perkakas Org Tua itu  semata-mata memberikan kepuasan kepada EGO IBLISnya sambil  memecahbelahkan PH.
 Wallahualam.
 - Zus Din 
 19 Julai 2020 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/mahathir-salahkan-semua-orang-kecuali.html