Rumah 4 Tingkat Jadi Kediaman Semua Ketua Keluarga Terbesar Di Dunia Ini Ada Hampir 100 Orang Anak


Pada sebelum ini, keluarga Radfords di Britain pernah menjadi tajuk utama dada akhbar kerana mempunyai anak seramai 22 orang.
Pun begitu, jika nak dibandingkan dengan sebuah keluarga besar di India ini, keluarga Radfords nyata mempunyai banyak perbezaan.
Ini kerana, seorang lelaki bernama Ziona, 74, dilaporkan merupakan bapa kepada 94 orang anak.

Menurut Daily Star, Ziona adalah ketua keluarga terbesar di dunia yang semuanya tinggal bersama dalam satu rumah empat tingkat yang mempunyai 100 bilik.
Lelaki itu juga dilaporkan mempunyai seramai 39 orang isteri.
Hasil daripada hidup berpoligami, dia juga mempunyai 14 menantu perempuan dan 33 cucu. Secara keseluruhannya, Ziona mempunyai 180 orang ahli keluarga.
Namun begitu, anak-anak perempuannya yang telah berkahwin dikatakan tinggal berasingan dengan suami masing-masing.


“Saya menganggap diri saya sebagai seorang lelaki yang bertuah kerana dapat menjadi suami kepada 39 wanita dan menjadi ketua keluarga terbesar di dunia.”
Ziona mula berkahwin dengan isteri pertamanya , Zathiangi, ketika dia berusia 17 tahun. Isteri pertamanya itulah yang bertanggungjawab menguruskan rumah tersebut.
Zathiangi juga turut mengaturkan tugas untuk madu-madunya seperti mencuci, membersihkan serta memasak di rumah tersebut.
Bagaimana pula kuantiti makanan mereka dalam sehari dan bagaimana pula mereka dapat menampung keperluan makanan untuk keluarga mereka itu?
Menurut Daily Mail, satu sesi makan malam memerlukan 30 ekor ayam, 132lb kentang dan 220lb nasi.

Kebanyakan daripada sumber makanan mereka juga banyak di tanam di kebun yang terletak di belakang rumah mereka. Antara tanaman yang terdapat di kebun mereka itu adalah bayam, kubis, mustard dan brokoli. Mereka juga dilaporkan tidak kerap memakan daging.
Menurut portal Life Beyond Numbers, Ziona banyak terima sumbangan daripada pengikutnya bagi membantu membiayai perbelanjaan keluarga besarnya itu.
Ziona mengahwini sepuluh isterinya dalam jangka masa hanya satu tahun, lapor The Telegraph.
Walaupun dia mempunyai ramai isteri, namun katanya semua isteri-isterinya itu hidup bersama dengan harmoni.
Isterinya yang paling muda difahamkan tidur berdekatan dengan bilik tidurnya, manakala bilik isteri yang tua terletak jauh dengannya.
22 isteri Ziona rata-ratanya berusia di bawah 40 tahun.
Ziona juga turut membuat sistem penggiliran untuk bermalam bersama kesemua isterinya bagi berlaku adil.
Sumber: Daily Star

Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan
Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.
Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.
Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.
Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.
Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.
The post Rumah 4 Tingkat Jadi Kediaman Semua, Ketua Keluarga Terbesar Di Dunia Ini Ada Hampir 100 Orang Anak appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ketua-keluarga-terbesar-di-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wah Meriah Betul Lelaki Berusia 74 Tahun Ini Memiliki Keluarga Terbesar Di Dunia Dikurniakan Hampir 100 Anak

Wah Meriah Betul Lelaki Berusia 74 Tahun Ini Memiliki Keluarga Terbesar Di Dunia Dikurniakan Hampir 100 Anak

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 66 hits
Sebelum ini keluarga Radford yang berada di Britain amat dikenali keranan mempunyai seramai 22 anak tetapi kini warga net pasti terkejut kalau tahu tentang sebuah keluarga besar di India Ziona Chana seorang lelaki berusia 74 tahun mempunyai...
Buaian Gergasi Dipercayai Tertinggi Di Dunia Setinggi Bangunan 30 Tingkat Mula Dibuka Di China

Buaian Gergasi Dipercayai Tertinggi Di Dunia Setinggi Bangunan 30 Tingkat Mula Dibuka Di China

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 189 hits
Salah satu destinasi pelancongan di China telah membuka satu tarikan pelancong iaitu buaian dipercayai tertinggi didunia Menambahkan pengalaman ekstrim buaian ini terletak di tepi tebing yang curam yang setinggi 2 300 kaki atau kira kira 70...
Alasan Anak Anak Tidak Keluar Rumah Pada Waktu Magrib

Alasan Anak Anak Tidak Keluar Rumah Pada Waktu Magrib

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 74 hits
Berikut adalah kelanjutan dari surat Al Falaq Di dalam bahasan ini akan disinggung tentang kejahatan makhluk dan keburukan pada waktu malam termasuk kenapa anak anak kita tidak dibolehkan keluar rumah pada waktu Magrib Posting ditampilkan l...
Resipi Bubur Ayam Sedap Ala Mc D Guna 5 Bahan Je Hidangan Seisi Keluarga Anak Makan Bertambah Tambah

Resipi Bubur Ayam Sedap Ala Mc D Guna 5 Bahan Je Hidangan Seisi Keluarga Anak Makan Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 101 hits
Makanan seperti bubur memang digemari oleh anak anak terutamanya yang masih kecil Tambah pula bubur yang macam jual dekat restoran makanan segera seperti Mcdonald s Ada kalanya bila nak beli bubur tu sold out Jadi kalau nak makan seisi kelu...
5 Ide Seru Ajak Anak Liburan Ke Australia Dari Rumah Setelah Pandemi Bisa Ajak Langsung Bertemu Binatang Favoritnya

5 Ide Seru Ajak Anak Liburan Ke Australia Dari Rumah Setelah Pandemi Bisa Ajak Langsung Bertemu Binatang Favoritnya

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 66 hits
Anak bisa bertemu aneka reptil koala sampai ikan nemo Seru banget jadi agenda habiskan waktu bareng di rumah
Istana Kaca Terbesar Di Dunia Roboh Selepas Dua Kanak Kanak Terlanggar Di Muzium Shanghai

Istana Kaca Terbesar Di Dunia Roboh Selepas Dua Kanak Kanak Terlanggar Di Muzium Shanghai

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 127 hits
Istana kaca dikatakan terbesar di dunia yang terletak di muzium kaca di Shanghai telah hancur sebahagiannya selepas dua orang kanak kanak yang bermain disekitar muzium telah terlanggar objek berkenaan lapor Shanghaiist Fantasy Caslte merupa...
Asia Ialah Rantau Dengan Pasaran Esukan Terbesar Dunia Dan Tidak Terjejas Akibat Covid 19

Asia Ialah Rantau Dengan Pasaran Esukan Terbesar Dunia Dan Tidak Terjejas Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 78 hits
Esukan ialah fenomena yang tidak dijangka kerana permainan video selama ini dipandang sebagai hobi yang sia sia dan hanyalah untuk kanak kanak Namun dengan kepopularan permainan video seperti Dota 2 PUBG dan Starcraft 2 menjadi atlet esukan...
Dari Hidup Berdua Sampai Dapat Anak Suami Rajin Buat Kerja Rumah Isteri Makin Sayang

Dari Hidup Berdua Sampai Dapat Anak Suami Rajin Buat Kerja Rumah Isteri Makin Sayang

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 114 hits
Tanyalah mana mana isteri perkataan pertama yang keluar dari mulut isteri bila ditanya apa yang diinginkan daripada seorang suami adalah memahami ringan tulang dan boleh membimbing Tiga ciri ini jika ada kira lengkap dan boleh mengembirakan...
Apa Rahsia Panjang Umur Sampai 100 Tahun Atok Ini Jawab Dia Merokok Setiap Hari

Dalam Iklan Nampak Macam Mata Dewi Bila Pakai Sendiri Mata Nampak Juling

Kanak Kanak 7 Tahun Putus Kepala Gara Gara Pemandu Mabuk

Jenazahnya Masih Utuh Dan Wangi Usai Dikubur 3 Tahun Lalu Ternyata Ini Amalan Almarhum Semasa Hidup

Ogah Ditemani Ambil Buah Nangka Halim Fauzan Tewas Usai Jatuh Terpeleset

Kerepek Batang Pisang Kudapan Rare Zaman Sekarang

Mt Umno Desak Gabenor Bank Negara Dan Ceo Kwsp Letak Jawatan Kerana Menyusahkan Rakyat

Wanita Dari Miri Sarawak Rela Tidur Di Jalanan Dari Berkongsi Bilik Di Singapura



Resepi Kerepek Bayam Brazil Paling Rangup dan Tahan lama

Info Dan Sinopsis Drama Isteri Misteri TV3

Kisah Penyokong Flat Earth Cari Penghujung Bumi

Mengapa Lelaki Lebih Sukakan Wanita Bermata Besar

Kenapa Babi Sering Dijadikan Bentuk Tabung Duit


Ragam Praktikum Beberapa Perubahan Poster Pengenalan Diri Di Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Tak Punya Hati Pedagang Kaki Lima Ini Ditabrak Lari Sampai Dagangannya Kocar Kacir Di Jalan Raya

Habib Rizieq Terancam Penjara Fpi Beri Warning Demi Allah Kami Akan Mati Matian Membela

Alang Nak Tukar Presiden Terus Sahaja Yang Muda

Yang Benar Kasi Ajar

Level Up On The Table With Chef Sherson Lian