Tom Jerry Cheese Cake Versi Mudah Tanpa Oven Tanpa Mixer Dan Tanpa Telur
Alahai comelnya Tom & Jerry cheese cake yang tengah viral ni. Kalau kita tengok dari segi rupa kek yang comel dan cute ni, tentu dalam fikiran kita “susah nak buat ni”. Tapi sebenarnya resipi yang dikongsi sangat mudah dan tak perlu menggunakan oven atau mixer pun.
Jom baca perkongsian resipi ni, mana tahu anda tertarik nak buat.
Assalamualaikum semua
Kali ni Kak Sue nak kongsi resipi kek yang kira Viral jugaklah sekarang ni sebab ramai dah yang buat dan ada yang jual.
Resipi ni asalnya dari korea dan ada jugak yang versi Thailand. Yang ni Kak Sue dah ada modified sikit dari segi filling cheese cakenya.
Yang ni fillingnya Kak Sue guna oreo chocolate cheese sebab Kak Sue memang suka perasa oreo.
Filling kek ni sebenarnya boleh letak perasa apa sahaja yang kita suka, boleh jugak letak sponge cake dalam dia atau letak biskut. Terpulang kreativiti masing-masing..hihi
Oklah gaiss.. Jom kita tengok apa bahan-bahan di perlukan.
Bahan kulit luar:
-250grm white chocolate (sebaiknya yang good quality supaya dia tak jadi keras sangat)
*Boleh jugak guna white choc yang biasa macam kak Sue ni tapi dia ada keras sikit lah..hihi
-Sedikit pewarna Kuning
Bahan isian cheesecake:
-250grm cream cheese (suhu bilik)
-100ml susu full cream
-40grm gula
-7 keping biskut oreo
-70grm dark choc coin/compound
-160ml whipping cream
-7grm gelatine halal
Tools:
silicone cheesecake mould
*Kak Sue guna yang sekali banyak bersambung. Tapi lebih senang guna yang satu-satu.Boleh beli di shopee.
Oklah gais. selamat mencuba! Resepi ni tak susah gais.. Konfirm boleh buat.hihi
Sumber: Kak Sue via Apa Kau Rasa
The post Tom & Jerry Cheese Cake Versi Mudah. Tanpa Oven, Tanpa Mixer Dan Tanpa Telur appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tom-jerry-cheese-cake-resipi-mudah-tanpa-oven-tanpa-mixer-dan-tanpa-telur/