Tolong Kami Dah Penat Rayu Doktor Frontliner



SISTEM penjagaan kesihatan Malaysia sekali lagi hampir mencapai tahap kritikal dan pekerja kesihatan barisan hadapan bekerja keras sehingga kepenatan, kata doktor, menyamakan keadaan mereka dengan pekerja migran.
Kali terakhir sistem penjagaan kesihatan mencapai tahap kritikal pada Januari ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan. Kali ini, kata mereka keadaannya lebih teruk kerana jumlah pesakit Covid-19 jauh lebih tinggi.
Beberapa doktor dari hospital di Lembah Klang memberitahu, orang ramai dan kerajaan tidak belajar daripada kesilapan lalu.
Bercakap dengan syarat nama tidak didedahkan, kata mereka ventilator tidak cukup untuk pesakit dan kadang-kala alat pelindung diri (PPE) untuk kakitangan perubatan juga tidak cukup.

Mereka memilih untuk bersuara setelah tularnya memo daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kepada pengarah kesihatan negeri baru-baru ini.
Noor Hisham mengarahkan hospital di seluruh negara bersiap siaga bagi menghadapi peningkatan mendadak kes Covid-19 dengan simptom serius.
Beliau turut memerik statistik membimbangkan mengenai kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU), yang meningkat 44% dalam jangka masa dua minggu.
Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak merupakan negeri dengan peningkatan drastik pesakit memerlukan rawatan kritikal.
Kadar katil ICU telah melebihi 70% di 22 hospital awam dan ada sehingga 90%.
Doktor juga memberitahu keadaan sekarang mempengaruhi kesihatan diri mereka.
“Kami tidak cukup tidur dan ia tidak elok bagi kesihatan kami, tetapi sebagai doktor, tiada siapa yang peduli. Risiko jantung meningkat apabila anda kurang tidur tetapi kami terus bekerja kerana peningkatan jumlah kes,” kata seorang doktor yang hanya ingin dikenali sebagai Arif.
Katanya, doktor bekerja lebih daripada 12 jam dan ada kalanya beliau berbuka puasa pada pukul 10 malam, bukannya 7.20 malam kerana tidak boleh meninggalkan pesakit nazak.
“Kami juga sangat kecewa dengan situasi Covid-19. Bagi menguruskan pesakit Covid-19, doktor dari jabatan lain seperti dermatologi, pembedahan atau ortopedik digerakkan,” kata Arif.
“Bayangkan tidak dapat melakukan kerja dalam bidang kepakaran anda selama lebih setahun, untuk bekerja di wad Covid-19.”
Katanya pekerja kesihatan mendapat cuti sekitar enam hari sebulan walaupun selepas bekerja dalam tempoh yang panjang.

Seorang doktor lain, yang hanya mahu dikenali sebagai Sathya berkata kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih 36 jam berturut-turut.
Beliau menyalahkan keadaan sekarang ini kepada sikap sambil lewa orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
“Walaupun PKP, mereka masih ingin berjalan dan beri pelbagai alasan.
“Mereka tidak sedar, hanya satu jangkitan ketika perjalanan akan menyebabkan sesiapa yang dekat dengan mereka, merana. Ini kesan domino.
“Pada pendapat peribadi saya, kerajaan sedang bergelut untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tetapi rakyat tidak memberi respons dengan cara sepatutnya,” kata Sathya.

Katanya keadaan sekarang kembali seperti asal tetapi kali ini di lebih besar.
Sathya berkata sebahagian besar masa, doktor tertidur di kaunter kerana tidak mahu terlepas jika apa-apa terjadi pada pesakit.
Semalam 11hb Mei, Kementerian Kesihatan melaporkan 434 kemasukan ke ICU dalam 24 jam terakhir dan daripada jumlah ini, 224 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Negara juga mencatatkan 3,807 kes dengan 17 kematian.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan PKP untuk seluruh negara dari 12 Mei hingga 7 Jun ~ TheMalaysianInsight


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/tolong-kami-dah-penat-rayu-doktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mengaku Hamil Selepas Buat Ujian Kehamilan Doktor Syak Lucinta Luna Hidap Kanser Testis

Hiburan Mengaku Hamil Selepas Buat Ujian Kehamilan Doktor Syak Lucinta Luna Hidap Kanser Testis

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 280 hits
Penyanyi transgender yang pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana suatu ketika dahulu ini nampaknya telah menggemparkan industri hiburan Indonesia apabila dia mendakwa dirinya hamil hasil hubungan bersama teman l...
Video Lucinta Luna Dakwa Dirinya Hamil Anak Mat Saleh Doktor Dedahkan Dia Sebenarnya Alami Kanser Testis

Video Lucinta Luna Dakwa Dirinya Hamil Anak Mat Saleh Doktor Dedahkan Dia Sebenarnya Alami Kanser Testis

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 342 hits
6 582 total views 6 582 views today Belum genap seminggu mengumumkan dirinya dihamilkan oleh teman lelaki orang puteh Lucinta Luna sekali lagi mencetuskan gelak ketawa netizen dengan video terbarunya di Instagram Lucinta Luna yang pernah di...
Doktor Bidas Larangan Bersukan Rekreasi Di Kawasan Pkp

Doktor Bidas Larangan Bersukan Rekreasi Di Kawasan Pkp

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 222 hits
May 6 2021 Pakar perubatan berkata aktiviti sukan dan rekreasi di luar rumah perlu digalakkan PETALING JAYA Doktor membidas langkah kerajaan melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan perintah kawalan pergerakan buat sementara mu...
Kesan Astrazeneca Kalau Tak Percaya Menteri Ini Cakap Doktor

Kesan Astrazeneca Kalau Tak Percaya Menteri Ini Cakap Doktor

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 543 hits
KUALA LUMPUR Tiada kesan sampingan yang teruk sebaliknya hanya demam sahaja yang dialami beberapa penerima suntikan vaksin AstraZeneca kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Beberapa individu jelas b...
Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama Doktor Ini Tinggal Pesanan

Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama Doktor Ini Tinggal Pesanan

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 388 hits
3 398 total views 3 398 views today Pengorbanan seorang isteri dan ibu memang tidak boleh disangkal lagi Membawa kandungan selama sembilan bulan serta bertarung nyawa untuk melahirkan anak sudah cukup menggambarkan betapa kuatnya seorang ib...
Klip Audio Doktor Nafi Suaranya Dakwa 10 000 Kes Jika Benar Ziarah Raya

Klip Audio Doktor Nafi Suaranya Dakwa 10 000 Kes Jika Benar Ziarah Raya

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 320 hits
MALAYSIAKINI Pakar perubatan Dr Musa Mohd Nordin menafikan suaranya di sebalik klip audio tular yang mendakwa Malaysia akan menghadapi minimum 10 000 kes sehari pada akhir bulan jika membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri Doktor pediatrik ...
Boleh Ke Cyst Pada Ovari Jadi Kanser Doktor Zubaidi Kongsi Jawapan

Boleh Ke Cyst Pada Ovari Jadi Kanser Doktor Zubaidi Kongsi Jawapan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 418 hits
Takutnya Ovarian cyst ini sebenarnya kanser ke Berbahaya atau tidak Macam macam persoalan dalam minda wanita apabila mereka didiagnosis dengan ovarian cyst Tak dinafikan ramai wanita menjadi panik dan takut kerana kebanyakan mereka mengangg...
Masalah Pada Mulut Tekak Sinus Punca Mulut Anak Berbau Kena Rujuk Doktor Segera

Masalah Pada Mulut Tekak Sinus Punca Mulut Anak Berbau Kena Rujuk Doktor Segera

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 281 hits
Sedang anda berborak bersama si kecil anda perasan bahawa mulut anak berbau Apakah punca nafas berbau busuk pada si manja anda Ini satu keadaan yang disebut sebagai halitosis Nak tahu apakah ia Baca ini Artikel Menarik Apakah halitosis Hali...
Buah Yang Lembut Pun Boleh Buat Anak Tercekik Doktor Kongsi Cara Potong Pilih Buah Yang Sesuai

Buah Yang Lembut Pun Boleh Buat Anak Tercekik Doktor Kongsi Cara Potong Pilih Buah Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 335 hits
Buah buahan sangat baik untuk kesihatan anak Rasanya yang manis dan lembut membuatkan buah menjadi antara makanan kegemaran si kecil Namun buah yang lembut juga boleh membahayakan si kecil jika ibu ayah tidak memotongnya dalam saiz yang kec...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations