Doktor Bidas Larangan Bersukan Rekreasi Di Kawasan Pkp


 
Nicholas Chung -May 6, 2021 Pakar perubatan berkata, aktiviti sukan dan rekreasi di luar rumah perlu digalakkan.PETALING JAYA: Doktor membidas langkah kerajaan melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP) buat sementara mulai esok.

Dr Steven Chow, presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), berkata keputusan itu “tidak masuk akal”, manakala Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menggesa Putrajaya mempertimbangkan semula langkah berkenaan.

Chow meminta kerajaan membuktikan bersukan dengan mematuhi SOP Covid-19 di kawasan terbuka merupakan punca penularan Covid-19.

“Tidak rasional untuk menggunakan pendekatan ‘duduk di rumah’ secara membuta tuli pada tahap ini. Ini memudaratkan kesihatan fizikal dan mental rakyat. Aktiviti berasaskan keluarga di luar rumah perlu digalakkan,” katanya kepada FMT.

Yii berkata, aktiviti kecergasan dan sukan tanpa sentuhan dapat meningkatkan sistem imum dan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, jika dilakukan dengan mematuhi SOP.

Katanya, Putrajaya sepatutnya membuat keputusan berdasarkan sains dan data.












Dr Steven Chow

“Sains jelas menunjukkan risiko jangkitan lebih rendah di kawasan terbuka dan bersukan baik untuk gaya hidup sihat secara menyeluruh.

“Ironinya orang ramai dibenarkan berjalan di pusat beli-belah, malah di bazar Ramadan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak dibenarkan berjalan di taman terbuka.”

 
Beliau menekankan sukan dan bersenam perlu dilakukan dengan pematuhan terhadap nasihat kesihatan awam, contohnya mengelakkan tempat sesak dan melakukannya secara individu atau dalam kumpulan kecil.

“Amalkan kebersihan peribadi sebelum dan selepas bersenam serta cuba elak menyentuh peralatan bersukan di taman rekreasi awam.

“Apabila berlari atau joging, sentiasa pastikan anda tidak lari terlalu rapat dengan orang lain. Juga, balik rumah terus selepas itu dan mandi,” nasihatnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan semua aktiviti sukan dan rekreasi di dalam premis atau kemudahan komersial, awam dan kawasan terbuka di bawah PKP digantung mulai esok.




Dr Adeeba Kamarulzaman.



Keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira cabaran serta perkembangan semasa demi kepentingan kesihatan awam dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Tetapi, Kementerian Belia dan Sukan berkata, operasi di kemudahan atau premis sukan dan rekreasi yang terhad kepada urusan pengurusan dan penyelenggaraan dibenarkan, selain program latihan berpusat secara kuarantin Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri menggunakan konsep “Camp Based Training”.

Sementara itu, pakar penyakit berjangkit, Dr Adeeba Kamarulzaman turut menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana risiko dijangkiti Covid-19 di luar bangunan kira-kira 18 kali ganda lebih rendah daripada di dalam bangunan.

“Tolong biarkan rakyat terus berjoging, berbasikal atau melakukan mana-mana sukan di luar demi kesihatan fizikal serta mental kita,” katanya yang baru-baru ini dilantik menganggotai Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/doktor-bidas-larangan-bersukan-rekreasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daerah Di Selangor Kawasan Pkp 2021

Daerah Di Selangor Kawasan Pkp 2021

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 436 hits
Daerah Di Selangor PKP 2021 Asslamualaikum dan salam sejahtera kepda semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingign berkongsi dengan anda semu...
Kelam Kabut Muhyiddin Laksana Pkp 3 0 Larangan Balik Raya

Kelam Kabut Muhyiddin Laksana Pkp 3 0 Larangan Balik Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 275 hits
POSTED BY AMIR WRLRSetiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan larangan balik Raya berada dalam keadaan tunggang langgang Katanya ia berbeza dengan pendekatan Presid...
Ziarah Aidilfitri Di Kawasan Pkp Hanya Pada 1 Syawal

Ziarah Aidilfitri Di Kawasan Pkp Hanya Pada 1 Syawal

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 224 hits
MALAYSIAKINI Aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut 13 Mei ini hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah ...
Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 346 hits
nbsp KUALA LUMPUR Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditutup mulai Isnin ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman
Keputusan Pkp Menyeluruh Diumum Petang Ini Atau Selewat Lewat Esok Ismail Sabri

Keputusan Pkp Menyeluruh Diumum Petang Ini Atau Selewat Lewat Esok Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 445 hits
Ismail Sabri Yaakob JERANTUT Kerajaan tidak bercadang melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara setakat ini sebaliknya meneruskan perintah itu secara bersasar kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Kerajaan Gagal Semuanya Sebab Mahiaddin Gagal

Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Kerajaan Gagal Semuanya Sebab Mahiaddin Gagal

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 310 hits
Shahbudin HusinKes baru Covid19 terus menunjukkan peningkatan dengan angkanya hari ini sebanyak 4 498 Ini adalah angka tertinggi sejak Februari lalu Ini tentunya sesuatu yang menyedihkan kerana peningkatan itu berlaku ketika PKP sudah diada...
Kerajaan Laksanakan Pkp Di Daerah Kuantan Berkuatkuasa Bermula 10 Mei Hingga 23 Mei

Kerajaan Laksanakan Pkp Di Daerah Kuantan Berkuatkuasa Bermula 10 Mei Hingga 23 Mei

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 335 hits
nbsp PUTRAJAYA Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh daerah Kuantan Pahang tiga daerah dan tiga mukim di Pulau Pinang serta tiga mukim di Perak Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKP
Buat Pkp Seperti Fasa Pertama Tutup Semua Sektor Baru Kes Turun

Buat Pkp Seperti Fasa Pertama Tutup Semua Sektor Baru Kes Turun

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 264 hits
BANGI 26 Ramadan 1442H Sabtu Sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan seperti fasa pertama ekoran peningkatan kes harian COVID 19 yang kini mencecah angka lebih 4 000 Selain itu PKP menyeluruh perlu dibuat...
Cara Isi Masa Lapang Ketika Pkp Dilaksanakan

Cara Isi Masa Lapang Ketika Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 434 hits
Masa PKP nih kadangkala boleh jadi bosan juga lama terperap dekat rumah Nak keluar pun bukannya boleh berjalan jauh sebab sempadan daerah pun ditutup Jadi masa yang terluang ni saya gunakan untuk tonton cerita baru di Netflix ataupun main o...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini