Ktmb Umum Tamat Operasi Perkhidmatan Ekspres Selatan Bermula 1 Januari


KTMB Umum Tamat Operasi Perkhidmatan Ekspres Selatan Bermula 1 Januari
KUALA LUMPUR — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan bahawa operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas-JB Sentral-Gemas akan ditamatkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.
Ia selepas sembilan tahun tren berkenaan beroperasi dan berkhidmat kepada penumpang di sektor Selatan.
“Dahulunya, perkhidmatan ini dikenali sebagai Shuttle Selatan, yang membuat perjalanan dari Gemas ke Woodlands dengan nombor tren 61 dan 62.
“Enam perkhidmatan Ekspres Selatan yang kini beroperasi iaitu No. 41, 42, 43, 44, 45 dan 46 akan tamat operasi mulai tarikh berkenaan.
“Penamatan ini merupakan sebahagian daripada penyelarasan perancangan dan pengoptimuman operasi perkhidmatan penumpang di jajaran selatan, sejajar dengan kemajuan serta kesiapsiagaan infrastruktur Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru,” maklum KTMB  dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam masa yang sama, KTMB memaklumkan bahawa keperluan perjalanan penumpang di sektor Selatan akan terus diperkukuh melalui pengoperasian penuh perkhidmatan tren elektrik (ETS) sehingga ke JB Sentral dengan lapan perkhidmatan sehari, mulai 1 Januari 2026.
“Dengan lengkapnya perkhidmatan ETS ini, para penumpang kini menikmati perjalanan yang lebih moden, mesra pengguna dan mesra alam, di samping menawarkan masa perjalanan yang lebih efisien, serta pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa.
“Walau bagaimanapun, perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral akan terus beroperasi seperti biasa dan kekal sebagai pilihan perjalanan utama penumpang dari sektor selatan ke Pantai Timur.
BACA: Ulama Malaysia, Sheikh Muhammad Fuad Raih Pengiktirafan Tertinggi Di Universiti Muhammad V, Rabat “Di samping itu, perkhidmatan Shuttle Timuran turut disediakan sebagai alternatif perjalanan secara henti-henti bagi laluan Gemas -Tumpat,” maklum KTMB lagi.
Menurut Ketua Pegawai Teknikal (Menanggung Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan) KTMB, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Ami merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua penumpang dan pengguna setia Ekspres Selatan atas sokongan berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan ini beroperasi.
“KTMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penumpang dan pengguna setia Ekspres Selatan atas sokongan berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan ini beroperasi.
“Setiap perjalanan, kenangan dan nostalgia bersama Ekspres Selatan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga kerja KTMB.
“Kami mengalu-alukan orang ramai untuk terus memilih dan menyokong perkhidmatan KTMB sebagai pilihan pengangkutan awam yang selamat, selesa dan diyakini,” katanya.
Sehubungan itu, KTMB menasihatkan semua penumpang untuk membuat semakan jadual perjalanan terkini melalui saluran rasmi KTMB.
Penumpang juga digalakkan merancang perjalanan lebih awal melalui platform jualan tiket rasmi atau mendapatkan bantuan melalui Pusat Panggilan KTMB.
“Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau merujuk makluman terkini melalui saluran media sosial rasmi KTMB,” maklum kenyataan itu.

Sumber: KTM Berhad
The post KTMB Umum Tamat Operasi Perkhidmatan Ekspres Selatan Bermula 1 Januari appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/29/ktmb-umum-tamat-operasi-perkhidmatan-ekspres-selatan-bermula-1-januari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkhidmatan Ets Padang Besar Jb Sentral Bermula 1 Januari 2026 Jualan Tiket Dibuka Esok

Perkhidmatan Ets Padang Besar Jb Sentral Bermula 1 Januari 2026 Jualan Tiket Dibuka Esok

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 170 hits
Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menambah kekerapan perkhidmatan tren bagi sektor Selatan dan Pantai Timur bermula 1 Januari 2026 Bagi sektor Selatan sebanyak empat perkhidmatan ETS tambahan akan diperkenalkan untuk laluan KL Sentral 8211 ...
Bas My Baharu Berwarna Merah Jambu Memulakan Operasi Secara Berperingkat Bermula Hari Ini Gantikan Rapidkuantan

Bas My Baharu Berwarna Merah Jambu Memulakan Operasi Secara Berperingkat Bermula Hari Ini Gantikan Rapidkuantan

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 169 hits
KUANTAN Bas berwarna merah jambu Bas My baharu yang menarik perhatian di jalan jalan di ibu negeri hari ini mengendalikan 55 bas termasuk bas satu tingkat bersaiz sederhana dan bas mini tingkat rendah Syarikat konsesi baharu itu menggantika...
Amaran Luruan Monsun Bermula 1 Januari Ini Metmalaysia

Amaran Luruan Monsun Bermula 1 Januari Ini Metmalaysia

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 40 hits
Amaran Luruan Monsun Bermula 1 Januari Ini MetMalaysia Jabatan Meoteorologi Malaysia mengeluarkan amaran luruan monsun yang dijangka berlaku pada 1 Januari hingga 5 Januari 2026 Menurut kenyataan itu fenomena ini berpotensi menyebabkan huja...
Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 174 hits
Original Content Saluran muzik ikonik dunia Music Television yang pernah menjadi nadi budaya pop global kini secara rasmi menghampiri noktah penamatnya Selepas lebih empat dekad bersiaran syarikat induknya Paramount Global mengesahkan bahaw...
Pnm Perkenal Pusat Pembelajaran Imersif Bermula Januari

Pnm Perkenal Pusat Pembelajaran Imersif Bermula Januari

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 101 hits
Pengunjung Perpustakaan Negara Malaysia bakal menikmati pengalaman pembelajaran digital berteknologi tinggi menerusi pengenalan Pusat Pembelajaran Imersif Aaron Ago Dagang melawat Pusat Pembelajaran Imersif yang akan dibuka pertengahan Janu...
Lokasi Kamera Awas Di Lebuhraya Utara Selatan

Lokasi Kamera Awas Di Lebuhraya Utara Selatan

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 95 hits
LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA SELATAN Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS ambil perhatian Kamera AwAS dipasang di beberapa lokasi strategik bagi mengesan dan merakam kesalahan lalu lintas secara automatik termasuk had laju dan p...
Occ Seru Kebertanggungjawaban Penuh Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjamin Keselamatan Kanak Kanak Dalam Talian

Occ Seru Kebertanggungjawaban Penuh Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjamin Keselamatan Kanak Kanak Dalam Talian

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 174 hits
OCC Seru Kebertanggungjawaban Penuh Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjamin Keselamatan Kanak Kanak Dalam Talian KUALA LUMPUR Pejabat Pesuruhjaya Kanak Kanak dibawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menyambut baik dan menyokong inisiatif ...
Kebakaran Menara Komunikasi Di Kuala Kangsar Jejas Liputan Perkhidmatan Telekomunikasi

Kebakaran Menara Komunikasi Di Kuala Kangsar Jejas Liputan Perkhidmatan Telekomunikasi

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 85 hits
Kebakaran Menara Komunikasi Di Kuala Kangsar Jejas Liputan Perkhidmatan Telekomunikasi IPOH 28 Dis Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan liputan perkhidmatan telekomunikasi khususnya bagi pengguna CelcomDigi Maxis dan U...
Mindef Rancang Beberapa Perolehan Modenkan Perkhidmatan Atm Di Bawah Rp1 Rmk 13

Mindef Rancang Beberapa Perolehan Modenkan Perkhidmatan Atm Di Bawah Rp1 Rmk 13

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 122 hits
Terdapat beberapa perolehan yang dirancang dalam usaha melengkapkan dan memodenkan perkhidmatan perkhidmatan angkatan tentera di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke 13 Menteri Pertahanan Dato Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sem
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu

Tiada Bunga Api Tahun Baru Di Indonesia Kerana Negara Meratapi Mangsa Banjir Di Sumatra