Tolong Kami Bantu Kami 33 Hari Terdampar Di Pulau Tidak Berpenghuni
TIGA warga Cuba terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni di Bahamas selama 33 hari berjaya diselamatkan.
Laporan BBC, pengawal pantai Amerika Syarikat (AS), berkata, kelibat mereka disedari oleh pasukan udara pengawal pantai yang sedang melakukan rutin rondaan yang kemudian melihat kibaran kain di Anguilla Cay.
Mereka memberitahu anggota penyelamat bagaimana mereka hidup dengan memakan kelapa.
Salah seorang anak kapal yang terlibat dalam operasi menyelamat berkata, dia kagum kerana mereka dapat bertahan begitu lama.
Kumpulan ini pertama kali dilihat di pulau yang terletak di antara Florida Keys dan Cuba pada Isnin lalu.
Pegawai pengawal pantai, Riley Beecher berkata, kibaran kain itu menarik perhatian hingga mendorong pasukan tersebut berpusing pada ketinggian yang rendah.
Ketika itu pasukan penyelamat ternampak ada orang di pulau berkenaan.
Namun ketika itu, kru tidak dilengkapi peralatan untuk melakukan penyelamatan segera, bagaimanapun makanan, air dan alat perhubungan dijatuhkan sehingga dapat berkomunikasi.
“Malangnya, kami tidak boleh bertutur bahasa Sepanyol dengan fasih tetapi saya dapat mengetahui bahawa mereka berasal dari Cuba dan mereka memerlukan bantuan perubatan.
”Mereka telah berada di pulau itu selama 33 hari,” kata Beecher sambil memberitahu pulau itu mempunyai beberapa pokok renek.
#BreakingNews @USCG is assisting 3 people who have reportedly been stranded on Anguilla Cay, Bahamas for 33 days. An Air Station Miami HC-144 Ocean Sentry aircrew has dropped a radio, food and water. More to follow.#D7 #Ready #Relevant #Responsive #searchandrescue #USCG pic.twitter.com/D263ptTarz
— USCGSoutheast (@USCGSoutheast) February 9, 2021
Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita telah berenang ke pulau tersebut selepas bot yang dinaiki karam.
Untuk meneruskan hidup, selain kelapa mereka terpaksa makan tikus dan kerang.
Ketiga-tiga mereka berjaya dibawa keluar dari pulau tersebut menaiki helikopter pada Selasa dan diberi rawatan di pusat perubatan Florida.
Mereka kemudian diberikan kepada pihak Imigresen dan Kastam.
Sumber: CBS News
The post “Tolong kami, bantu kami!” 33 hari terdampar di pulau tidak berpenghuni appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/02/11/tolong-kami-bantu-kami-33-hari-terdampar-di-pulau-tidak-berpenghuni/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tolong-kami-bantu-kami-33-hari-terdampar-di-pulau-t