Hari Kanser Sedunia 4 Februari 2021 I Am And I Will


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera 



HARI KANSER SEDUNIA 4 FEBRUARI 2021 : I AM AND I WILL ( SAYA AKAN DAN SAYA BOLEH)  Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser.


Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang ditakuti dan boleh memberi impak negatif yang tinggi kepada pesakit, keluarga dan negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes kanser pada tahun 2012-2016 meningkat sebanyak 11% berbanding tahun 2007-2011. 


Secara keseluruhan, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah kanser payudara (19%) diikuti dengan kanser kolorektal atau usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%). Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku (16.9%) dan dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9%).


Pada tahun 2018, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 1 daripada 6 kematian di dunia adalah disebabkan oleh kanser. Menurut Health Facts terbitan KKM, pada tahun 2019, kanser adalah penyebab kematian utama di hospital-hospital swasta (33.19%) dan keempat utama di hospital kerajaan (12.18%).


Satu pertiga kematian kanser adalah dikaitkan dengan amalan berisiko iaitu; berat badan yang berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan tembakau atau merokok serta pengambilan alkohol. Pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22% kematian akibat kanser.


Secara amnya, faktor-faktor risiko kanser adalah serupa dengan faktor risiko penyakit kronik yang lain. Sebagai langkah pencegahan, KKM sentiasa komited dalam menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu, KKM juga menyediakan perkhidmatan immunisasi Human Papilloma Virus (HPV) untuk murid sekolah perempuan di tingkatan satu bagi mencegah kanser serviks dan immunisasi Hepatitis B kepada bayi bagi mencegah kanser hati.


Pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh. Walau bagaimanapun, peratus keseluruhan kes kanser yang dikesan lewat (stage III dan IV) meningkat dari 58.7% pada 2001-2011 kepada 63.7% pada 2012-2016.  Situasi ini adalah membimbangkan dan perlu diberi perhatian sewajarnya.


Bagi mengelakkan kanser dikesan lewat dan peluang untuk sembuh yang lebih baik, orang ramai diminta untuk melakukan ujian saringan serta dinasihatkan supaya mengenali tanda dan gejala awal kanser. KKM menyediakan perkhidmatan saringan kanser payudara, kolorektal, serviks dan mulut di seluruh negara secara percuma. Perkhidmatan saringan kanser juga boleh didapati di fasiliti-fasiliti swasta dengan kadar bayaran tertentu.


Bagi pesakit yang telah disahkan menghidap kanser, mereka perlu mendapatkan rawatan dengan segera. KKM amat prihatin dengan kesihatan dan kesejahteraan pesakit-pesakit kanser terutamanya semasa pandemik COVID-19. Ini kerana pesakit kanser mempunyai sistem daya tahan yang rendah berbanding dengan orang lain dan lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang serius. Oleh itu, KKM telah mengambil langkah-langkah kawalan yang ketat di semua fasiliti kesihatan bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dilaksanakan semasa temujanji dan rawatan pesakit kanser. KKM juga memastikan semua pesakit kanser menerima rawatan sewajarnya mengikut jadual yang ditetapkan.



Hari Kanser Sedunia tahun ini mengekalkan tema I Am and I Will (Saya Akan dan Saya Boleh) yang mengajak semua individu memainkan peranan masing-masing dalam mencegah dan mengawal kanser di negara ini. Pesanan KKM kepada semua:


1. Jadikan pencegahan kanser sebagai salah satu agenda utama dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat;
2. Segera menemui doktor bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut sekiranya mempunyai tanda dan gejala kanser;
3. Jalani ujian saringan kanser yang telah disediakan; dan
4. Dapatkan rawatan yang terbukti berkesan di hospital sekiranya disahkan menghidap kanser dan sentiasa patuh dengan jadual rawatan yang diberikan.


Pencegahan dan pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Mainkan peranan anda untuk memilih yang terbaik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/02/hari-kanser-sedunia-4-februari-2021-i.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Februari 2021 Hari Ini Hari Kanser Sedunia

4 Februari 2021 Hari Ini Hari Kanser Sedunia

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 505 hits
4 FEBRUARI 2021 HARI INI HARI KANSER SEDUNIA Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan sama sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser...
Ini Senarai Kedai Yang Boleh Dibuka Bermula 10 Februari 2021 Boleh Dine In Dalam Kedai

Ini Senarai Kedai Yang Boleh Dibuka Bermula 10 Februari 2021 Boleh Dine In Dalam Kedai

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 569 hits
Kedai Apa Dibuka Semasa PKP Kedai Makan Boleh Dine In Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan dengan korang semua tentang beberapa informasi berkenaan dengan sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi bermula 10 Februari 2021 Seperti ya...
5316 Tak Makan Berhari Hari Tak Kan Nak Lihat Saja Tanpa Membantu Tv Ppim 22 01 2021

5316 Tak Makan Berhari Hari Tak Kan Nak Lihat Saja Tanpa Membantu Tv Ppim 22 01 2021

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 287 hits
Dah masuk tahun 2021 tapi ramai lagi yang masih kebuluran di Malaysia Sejak PKP dilaksanakan kembali ramai yang hilang pendapatan sampai nak beli makanan pun tak mampu Adakah anda mampu melihat saja tanpa menghulurkan sedikit bantuan KAMI P...
Data Terkini Korban Virus Corona Di Indonesia Februari 2021

Data Terkini Korban Virus Corona Di Indonesia Februari 2021

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 220 hits
Setiap hari Merdeka com akan terus memperbaharui data terkini jumlah kasus virus Corona di Indonesia
Pekan Jerteh Lenggang Hari Pertama Pkp 2 0 2021

Pekan Jerteh Lenggang Hari Pertama Pkp 2 0 2021

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 404 hits
Hari biasa tak pernah sunyi dengan kereta jem sokmo pekan Jerteh memasing sibuk mencari barang keperluan termasuklah ciksu yang menulis Ahaks Pekan Jerteh ni jadi laluan wajib ciksu seminggu 5 kali Sejak 2017 ulang alik Pos barang 2018 hing...
Calender Puasa Hari Putih 2021

Calender Puasa Hari Putih 2021

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 464 hits
Calender Puasa Hari Putih 2021 Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua Mari sama sama kita berpuasa tiga hari putih untuk bulan Januari bermula dari tarikh 26 Januari hingga 28 Januari This is a content summary only Visit my website for ful...
5365 Aktiviti Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ppim 04 02 2021

5365 Aktiviti Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ppim 04 02 2021

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 314 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi sebagai ahli panel di Forum Perdana Ehwal Islam sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid Bilal bin Rabah Taman Koperasi Polis semalam
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh