4 Februari 2021 Hari Ini Hari Kanser Sedunia






4 FEBRUARI 2021 :HARI INI HARI KANSER SEDUNIA : Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser.


Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang ditakuti dan boleh memberi impak negatif yang tinggi kepada pesakit, keluarga dan negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes kanser pada tahun 2012-2016 meningkat sebanyak 11% berbanding tahun 2007-2011. 


Secara keseluruhan, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah kanser payudara (19%) diikuti dengan kanser kolorektal atau usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%). Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku (16.9%) dan dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9%).


Pada tahun 2018, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 1 daripada 6 kematian di dunia adalah disebabkan oleh kanser. Menurut Health Facts terbitan KKM, pada tahun 2019, kanser adalah penyebab kematian utama di hospital-hospital swasta (33.19%) dan keempat utama di hospital kerajaan (12.18%).


Satu pertiga kematian kanser adalah dikaitkan dengan amalan berisiko iaitu; berat badan yang berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan tembakau atau merokok serta pengambilan alkohol. Pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22% kematian akibat kanser.


Secara amnya, faktor-faktor risiko kanser adalah serupa dengan faktor risiko penyakit kronik yang lain. Sebagai langkah pencegahan, KKM sentiasa komited dalam menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu, KKM juga menyediakan perkhidmatan immunisasi Human Papilloma Virus (HPV) untuk murid sekolah perempuan di tingkatan satu bagi mencegah kanser serviks dan immunisasi Hepatitis B kepada bayi bagi mencegah kanser hati.


Pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh. Walau bagaimanapun, peratus keseluruhan kes kanser yang dikesan lewat (stage III dan IV) meningkat dari 58.7% pada 2001-2011 kepada 63.7% pada 2012-2016.  Situasi ini adalah membimbangkan dan perlu diberi perhatian sewajarnya.


Bagi mengelakkan kanser dikesan lewat dan peluang untuk sembuh yang lebih baik, orang ramai diminta untuk melakukan ujian saringan serta dinasihatkan supaya mengenali tanda dan gejala awal kanser. KKM menyediakan perkhidmatan saringan kanser payudara, kolorektal, serviks dan mulut di seluruh negara secara percuma. Perkhidmatan saringan kanser juga boleh didapati di fasiliti-fasiliti swasta dengan kadar bayaran tertentu.


Bagi pesakit yang telah disahkan menghidap kanser, mereka perlu mendapatkan rawatan dengan segera. KKM amat prihatin dengan kesihatan dan kesejahteraan pesakit-pesakit kanser terutamanya semasa pandemik COVID-19. Ini kerana pesakit kanser mempunyai sistem daya tahan yang rendah berbanding dengan orang lain dan lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang serius. Oleh itu, KKM telah mengambil langkah-langkah kawalan yang ketat di semua fasiliti kesihatan bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dilaksanakan semasa temujanji dan rawatan pesakit kanser. KKM juga memastikan semua pesakit kanser menerima rawatan sewajarnya mengikut jadual yang ditetapkan.



Hari Kanser Sedunia tahun ini mengekalkan tema I Am and I Will (Saya Akan dan Saya Boleh) yang mengajak semua individu memainkan peranan masing-masing dalam mencegah dan mengawal kanser di negara ini. Pesanan KKM kepada semua:


1. Jadikan pencegahan kanser sebagai salah satu agenda utama dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat;
2. Segera menemui doktor bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut sekiranya mempunyai tanda dan gejala kanser;
3. Jalani ujian saringan kanser yang telah disediakan; dan
4. Dapatkan rawatan yang terbukti berkesan di hospital sekiranya disahkan menghidap kanser dan sentiasa patuh dengan jadual rawatan yang diberikan.


Pencegahan dan pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Mainkan peranan anda untuk memilih yang terbaik.
Kredit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2021/02/4-februari-2021-hari-ini-hari-kanser.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Kanser Sedunia 4 Februari 2021 I Am And I Will

Hari Kanser Sedunia 4 Februari 2021 I Am And I Will

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 437 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan sama sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser Kanser m...
Pkp Dilanjutkan Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Dari 5 Hingga 18 Februari 2021

Pkp Dilanjutkan Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Dari 5 Hingga 18 Februari 2021

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 496 hits
PKP Dilanjutkan Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Dari 5 Hingga 18 Februari 2021 Hari ini di Sidang Media khas Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumunkan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 bermula pad...
Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga 15 Februari 2021

Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga 15 Februari 2021

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 385 hits
Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga 15 Februari 2021 Kalau sesiapa yang mengikuti pembentangan Belanjawan 2021 tempoh hari pasti tertunggu berita bila agaknya Bantuan Prihatin Rakyat yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan akan dib...
Berita Baik Tarikh Bayaran I Sinar Bulan Kedua Februari 2021 Seterusnya

Berita Baik Tarikh Bayaran I Sinar Bulan Kedua Februari 2021 Seterusnya

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 398 hits
Many may wonder when iSinar payment of the second month will be credited to their respective bank accounts for February and beyond
Isyarat Perdagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 02 03 Februari 2021 Buka Pesanan Menjual Di Bawah 1 3690

Isyarat Perdagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 02 03 Februari 2021 Buka Pesanan Menjual Di Bawah 1 3690

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 229 hits
Pasangan mata wang GBP USD kini diniagakan di zon SMA 21 sekitar tahap 1 3687 Ia tetap berada di atas saluran menaik pada carta 4 Jam Sementara itu indikator eagle menunjukkan isyarat penurunan harga dan mencapai tahap oversold Tahap 1 3705...
Analisis Teknikal Gbp Usd Untuk 03 Februari 2021

Analisis Teknikal Gbp Usd Untuk 03 Februari 2021

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 233 hits
Gambaran keseluruhan Analisis pasangan GBP USD Ulasan Kesan Brexit dan perintah sekatan di dalam negara akibat pandemik Coronavirus terus mempengaruhi pasangan GBP USD Oleh itu pound Britain tetap berada di bawah tekanan terhadap Dollar AS ...
Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri 4 Februari 2021

Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri 4 Februari 2021

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 390 hits
Panjang lebar Bapa Perutusan Negara baca teks petang ni mcm bentang bajet plak Dia sedar tak yang dia berdiri tu sebagai PM tanpa majoriti Dia kata hentikan tohmahan kepada Agong tentang pengistiharan darurat Siapa yang buat tohmahan kepada...
Pendaftaran Muet Sesi 2 Tahun 2021 Dibuka Bermula 9 Februari Ini

Pendaftaran Muet Sesi 2 Tahun 2021 Dibuka Bermula 9 Februari Ini

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 606 hits
Berita baik kepada pelajar yang ingin mendaftar bagi MUET sesi 2 untuk tahun 2021 Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh pendaftaran untuk pelajar yang ingin mengambil MUET sesi kali ini Pengumuman dibuat menerusi laman facebo...
Ramalan Terkini Eur Usd 2 Februari 2021

Ramalan Terkini Eur Usd 2 Februari 2021

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 262 hits
Data ekonomi yang lebih baik daripada yang dijangkakan mungkin menyokong Euro berbanding mata wang utamanya dalam beberapa minggu akan datang Kadar EUR USD terus digabungkan di atas titik utama Pasangan EUR USD melantun di sekitar 1 2060 te...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord