Tolong Jangan Hantar Anak Ke Sjkc Kalau Nasihat Sangat Berguna Kepada Ibubapa Rileks Media


Saya yakin sebab utama ibubapa Melayu memasukkan anak ke SJKC kerana inginkan anak mereka boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin atau sekolah itu paling hampir dengan rumah mereka.
Jangan hantar anak ke SJKC jika anda tidak bersedia. Apa persediaannya?
1. Jelaskan kepada anak anda apakah tujuan anda menghantar mereka.
Anak sulung saya, Faqihuddin pernah menangis ketika berumur 6 tahun ketika pra-sekolah SJKC kerana tidak dapat menjawab soalan peperiksaan Bahasa Cina manakala anak kedua saya pernah mempertikaikan “Kenapa Abah hantar Saifullah ke sekolah CIna? Saifullah tak nak”. Oleh itu, ibubapa jangan ‘remote’ anak sesuka hati tanpa memahami perasaan anak. Hantarkan sahaja anak ke SK jika anda mahu mereka lebih berjaya.
2. Siapkan ilmu agama sebaiknya, bukan harapkan ustazah di SJKC
Kalau di SK, sebelum masuk tandas dan sebelum makan di kantin, ada la juga doa ditulis sebagai peringatan untuk pelajar muslim. Suasana dan persekitaran di SK tidak sama dengan SJKC. Saya biasa menemani anak saya makan berbekal di kantin ketika waktu rehat. Sambil makan sambil dengar lagu cina didendangkan.
Itu mungkin budaya mereka, saya hormati kerana SJKC suka kepada nyanyian dan tarian sebagai aktiviti sekolah. Cikgu dan pelajar biasanya dengan pakaian skirt pendek, berbeza dengan SK yang lebih nampak sopan dengan berkurung. Nampak atau tidak perbezaan suasana tersebut?
3. Bahasa dan Komunikasi
Isu ini saya nak ulas panjang sedikit. Harap bersabar dalam membaca.
Tidak ada komunikasi rasmi di antara pelajar dan guru menggunakan bahasa kebangsaan(Bahasa Melayu) dalam perhimpunan pagi dan majlis-majlis rasmi. Proses pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas pun masih diterjemahkan ke dalam bahasa mandarin.
Maka, wajarlah orang cina di SJKC sukar berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik dan orang Melayu boleh berbahasa mandarin kerana suasana ini.
Bila saya baca titah Sultan Perak yang meminta sekolah vernakular ini memastikan pelajarnya menguasai BM, gesaan NGO dan wakil rakyat meminta supaya kerajaan atasi segera masalah BM di SJKC, saya jadi gelisah. Saya hanya terfikir bahawa semua gesaan ini tidak akan berjaya jika pelajar itu sendiri yang tidak berminat atau bersungguh-sungguh untuk menguasainya.
Kerap kali di SJKC, saya suka bersembang dengan pelajar cina dalam bahasa Melayu. Kanak-kanak cina ini biasanya muka ‘blur’ sekejap bila saya bercakap dengan mereka. Biasanya mereka akan senyap atau memanggil kawan lain untuk menterjemahkan bahasa saya. Yang lari terus pun ada. Kelakar betul, kadang-kadang saya minta anak saya sahaja terjemahkan jika mampu. Kalau tidak, kami sama-sama buntu.
Pada sisi yang berbeza, saya melihat pelajar Melayu akan berusaha untuk faham dan berkomunikasi dalam bahasa cina kerana mereka tahu jika mereka tidak menguasainya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.
Bila anak saya mendapat semua semua A dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini, saya dipuji oleh semua guru yang saya kenal bila berjumpa. Ironinya, pelajar Melayu pasti ketinggalan ketika darjah 1 kerana masalah bahasa. Mereka kata anak saya pandai, pandai awak ajar anak. Guru besar ingatkan kami boleh berbahasa cina.
Sebenarnya, Isteri saya yang bersungguh-sungguh mengajar anak menggunakan ‘google translate’, membuat tekaan soalan dan melihat contoh soalan peperiksaan SJKC di internet. Saya hanya membantu sekadar termampu dan biasanya menyerah awal terutama pada subjek Sains dan Bahasa Cina supaya diri ini tidak stres.
Baru-baru ini, ketika hari keputusan UPSR diumumkan, saya bersembang dengan guru besar sekolah anak saya. Beliau biasanya akan mencadangkan pelajar Melayu yang masih lemah dalam bahasa cina pada tahap 2 untuk ke SK demi masa hadapan mereka. Ya, saya akui kata guru besar tersebut.
Kalau ibubapa Melayu sendiri tidak mampu membantu pembelajaran bahasa cina anaknya, saya cadangkan terus sahaja hantar ke SK bermula darjah 1 lagi, tidak perlu buang masa untuk jadikan anak bahan eksperimen.
Tidak lupa juga untuk saya cadangkan kepada ibubapa Cina yang mahu anaknya menguasai bahasa Melayu, hantar sahaja anak ke SK. Kerajaan pun tidak perlu fikirkan perkara yang mustahil untuk diselesaikan.
Kesimpulannya, jangan hantar anak ke SJKC jika…
-Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak-
Bapa yang baru mengenal SJKC
Sumber: Facebook Syed Mohd Aizuddin Al-Qassam
Kredit: blogmazeer
Source link
The post Tolong Jangan Hantar Anak Ke SJKC Kalau…Nasihat Sangat Berguna Kepada Ibubapa – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/tolong-jangan-hantar-anak-ke-sjkc-kalaunasihat-sangat-berguna-kepada-ibubapa-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Di Buang Lebihan Nasi Dan Roti Expired Ikut 2 Petua Ni Sangat Membantu Rileks Media

Jangan Di Buang Lebihan Nasi Dan Roti Expired Ikut 2 Petua Ni Sangat Membantu Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 404 hits
Sudah dibaja dan sudah disiram tapi tanaman masih tidak mahu berbunga atau berbuah Pernah mengalami masalah begini Hasil perkongsian dari Normala Saad yang banyak memberi tip untuk membuat plant booster penggalak tumbesaran dan kesuburan se...
7 Doa Terbaik Untuk Anak Anak Ibu Bapa Boleh Cuba Amalkan Rileks Media

7 Doa Terbaik Untuk Anak Anak Ibu Bapa Boleh Cuba Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 642 hits
DOA TERBAIK UNTUK ANAK Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka ...
Viiral Video Anak Kecil Ini Tiba Tiba Menangis Kuat Di Klinik Alasannya Meng3jutkan Ramai Rileks Media

Viiral Video Anak Kecil Ini Tiba Tiba Menangis Kuat Di Klinik Alasannya Meng3jutkan Ramai Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 862 hits
Bagi seorang anak kecil bertudung boleh jadi bukan pilihannya Kebanyakan anak kecil bertudung tentu saja karena dipakaikan oleh orangtuanya Sudah tentu kebanyakan anak kecil belum tahu apa makna memakai tudung Tapi video yang satu ini membu...
Sampai Hati Anak Buat Mcmtu Emak Tua Ni Kongsi Cerita Dia Terasa Hati Dgn Anak Rileks Media

Sampai Hati Anak Buat Mcmtu Emak Tua Ni Kongsi Cerita Dia Terasa Hati Dgn Anak Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 448 hits
Ahad 30 Disember 2018 2 45 petang Nak boleh tak tukar seat bas dengan makcik makcik tak boleh duduk dekat seat 1B ni nampak jalan Nanti makcik sakit dada sepanjang jalan Boleh makcik aku balas dengan senyuman Bas transnasional bergerak menu...
Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 414 hits
Anak anak ini bukan tahu apa yang mereka nak itu elok atau tak Apa yang penting mereka tunjuk dapat Anak tak kan fikir harganya kesan pada kesihatan dan sebagainya Sebagai ibu bapa kita kena main peranan ini Jangan terlalu ikut sangat apa a...
Baca Ayat Quran Ni Allah Hantar 1000 Malaikat Datang Bantu Insyaallah Rileks Media

Baca Ayat Quran Ni Allah Hantar 1000 Malaikat Datang Bantu Insyaallah Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 569 hits
Seperti yang diceritakan oleh seorang ustaz Tersebutlah seorang laki laki yang menempuh perjalanan dari Damsyik ke Zabadani Di tengah jalan ada laki laki lain yang berniat menyewa keldainya Meskipun tak dikenali ia membenarkan laki laki asi...
Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu Rileks Media

Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Mengejar Kamu Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 477 hits
Perasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv Allahu Semasa saya di taman petang tadi telah datang seorang lelaki Kami pun be...
10 Tips Mudah Buat Anak Suka Solat Rileks Media

10 Tips Mudah Buat Anak Suka Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 495 hits
Cara Ajar Anak Solat 1 Ajar anak suka dengar azan Sewaktu azan suruh anak diam dengar dan menghayati sama sama Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar Jelaskan kepada anak anda tentang azan iaitu panggilan untuk solat Ke...
Ikuti 8 Panduan Ini Ketika Mengandung Insha Allah Anak Bijak Dan Mendengar Kata Rileks Media

Ikuti 8 Panduan Ini Ketika Mengandung Insha Allah Anak Bijak Dan Mendengar Kata Rileks Media

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 352 hits
8 Panduan yang boleh dilakukan ketika mengandung jika mahu anak bijak dan mendengar kata 1 Pemakanan Sihat Makanan Yang Boleh Membu nuh Parasit Dalam Badan Secara Semulajadi Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan ota...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice