Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan




Barangkali Pas adalah satu-satunya parti politik yang pelik, celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini.


Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran, Pas sebaliknya menjadi pelik, celaru dan memeningkan kepala kerana ia kini membenarkan pembohongan, walaupun Islam adalah perjuangannya.


Ada pemimpinnya berkata, dia berbohong setelah mendapat kebenaran dan izin daripada Tuan Presidennya.


Kemudiannya daripada itu, demi menghalalkan pembohongan yang sudah dilakukan itu, tergamak pula pemimpin tertentu Pas mengatakan Nabi Ibrahim AS pun pernah berbohong sama.


Bertepatan dengan sifat para Nabi yang antaranya ialah benar, tindakan Nabi Ibrahim dalam peristiwa yang disebutkan itu sebenarnya ialah suatu tindakan berdalih untuk menyelamatkan nyawa.


Soalnya, apakah Pas berbohong dan dibenarkan melakukan pembohongan itu untuk menyelamatkan nyawa atau hanya kerana ingin menyelamatkan harga diri yang telah terjual disebabkan dakwaan menerima dedak daripada UMNO?


Jika hanya kerana adanya dakwaan menerima wang telah membuatkan Pas sanggup berbohong, maka di manakah kata-kata pemimpin parti itu yang masih boleh dipercayai?


Terbaru, berdepan dengan siasatan SPRM berhubung dakwaan pernah menerima wang daripada UMNO, Pas tiba-tiba tampil menyatakan sokongan terbuka kepada kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.


Sokongan itu tidak saja jika kononnya ada usul undi tidak percaya di Parlimen, tetapi juga mahukan Tun Mahathir terus mengetuai pentadbiran negara sehingga tarikh PRU15 akan datang.


Ini satu lagi sikap pelik, celaru dan memeningkan kepala yang ada pada Pas.


Menyokong kepimpinan Tun Mahathir bukan saja suatu kepelikan berdasarkan kedudukan Pas yang sedang bekerjasama dengan UMNO, tetapi juga kerana Perdana Menteri sendiri pernah mengaku tentang peranan DAP dalam pentadbiran kerajaan PH ini.


Kata Tun Mahathir, DAP mempunyai peranan penting dalam kerajaan, termasuk dalam menentukan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.


Pertama, bagaimanakah Pas boleh terus bekerjasama dengan UMNO dalam PRK Semenyih untuk menentang calon Bersatu, sedangkan dalam waktu yang sama parti itu menyokong kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15?


Bukankah jika setelah menyokong kepimpinan Tun Mahathir, Pas sepatutnya menarik diri daripada terus bekerjasama dengan UMNO?


Kedua, bagaimana Pas boleh menzahirkan sokongan kepada Tun Mahathir sedangkan Perdana Menteri sendiri mengakui pentadbiran kerajaan pimpinannya adalah dibayangi oleh DAP yang merupakan musuh utama parti Islam itu?


Adakah ini bermakna Pas sudah boleh menerima DAP?


Atau demi menyelamatkan kedudukannya yang sedang disiasat SPRM, bermakna Pas sanggup melakukan apa saja?


Tetapi, oleh kerana berbohong adalah dibenarkan dalam Pas, siapakah - antara UMNO dan Tun Mahathir - yang merupakan mangsa pembohongan Pas seterusnya? (ShahbudinHusin 22/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/menyokong-tun-mahathir-adakah-bererti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Awang Perlu Beri Penjelasan Segera Atau Beliau Mahu Tun Mahathir Dedahkan Surat Yang Ditandatanganinya

Hadi Awang Perlu Beri Penjelasan Segera Atau Beliau Mahu Tun Mahathir Dedahkan Surat Yang Ditandatanganinya

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 649 hits
Dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa Hadi Awang membuat perakuan kepadanya Pas tidak akan memberi sokongan kepada UMNO dalam PRK Semenyih adalah suatu tuduhan yang serius Kata Tun Mahathir perakuan itu dibuat oleh Hadi kepad...
Dap Makin Marah Dengan Percaturan Mahathir Menerima Ahli Parlimen Umno Menyertai Bersatu Viralhancing

Dap Makin Marah Dengan Percaturan Mahathir Menerima Ahli Parlimen Umno Menyertai Bersatu Viralhancing

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 644 hits
Sejak menjadi kerajaan tanggal 9 Mei 2018 Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia fana ini Tetapi Mahathir mendapat masalah kerusi Melayu amatlah kurang dalam PH parti barunya bernama PPBM hanya mampu menang 13 kerusi ...
Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 395 hits
Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak l...
Siapa Berkuasa Dap Atau Tun M Keputusan Ppbm Ke Sabah Mesti Ph Tentukan Guan Eng

Siapa Berkuasa Dap Atau Tun M Keputusan Ppbm Ke Sabah Mesti Ph Tentukan Guan Eng

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 405 hits
GEORGE TOWN Isu kemasukan PPBM ke negeri Sabah seharusnya dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Harapan kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Lim yang juga menteri kewangan berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu pe...
Pas Bersama Tun M Jika Kafir Dap Sekutu Khianati Beliau

Pas Bersama Tun M Jika Kafir Dap Sekutu Khianati Beliau

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 314 hits
MARANG Surat perakuan bertulis berbentuk contoh yang diserahkan PAS kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Pengerusi BERSATU itu jika berlaku pengkhianatan daripada mana mana pa...
Komplot Gulingkan Tun Mahathir Hanyalah Cerita Dongeng Pas

Komplot Gulingkan Tun Mahathir Hanyalah Cerita Dongeng Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 324 hits
Tiada mana mana pihak mahu menggulingkan Dr Mahathir Mohamad kerana beliau sudah menyatakan akan meletakkan jawatan apabila sampai tempoh dijanjikan kata Mahfuz Omar Apa gunanya menjatuhnya beliau sedangkan beliau sudah kata akan menyerahka...
Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 302 hits
Setiausaha Pas Pusat Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya Malah jelas beliau bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenar...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara