Tolak Perang Saraf Media Kelirukan Rakyat Anwar Tidak Boleh Jadi Pm




Tolak perang saraf media kelirukan rakyat Anwar tidak boleh jadi PMOleh: PentadbirOctober 18, 2020SharePerang saraf media mengelirukan rakyat Malaysia pasca majlis mengadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober lalu semakin menjadi-jadi.
Timbul spekulasi di luar lunas Perlembagaan Persekutuan kononnya Agong perlu melantik Perdana Menteri interim dan sebagainya semata-mata mahu menafikan fakta bahawa Datuk Seri Anwar telah pun memiliki majoriti sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat.
Sehubungan itu, Gabungan Reformasi Malaysia (GRM) menolak perang saraf media yang digerakkan melalui blog, laman web atau media sosial yang pro kerajaan Perikatan Nasional
Menurut Jurucakap GRM, Mustaffa Kamil Ayub, usaha mengelirukan rakyat bagi mengumpul pendapat menentang Datuk Seri Anwar tersebut merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
“GRM menginsafi wujudnya perang saraf dan meningkatnya serangan politik terhadap Datuk Seri Anwar setelah diterima mengadap KDYMM Tuanku pada 13 Oktober 2020.
“Kami ingin mengulangi pendirian bahawa dengan sesi mengadap KDYMM Tuanku serta penyerahan dokumen sokongan oleh Datuk Seri Anwar menandakan proses perlantikan PM9 Malaysia mengikut lunas Perlembagaan telah pun bermula dengan lancar dan baik.
“GRM faham dalam senario yang ada, kesemua pimpinan politik yang terlibat dalam episod ini adalah daripada kalangan yang senior dalam politik Malaysia dan antarabangsa. GRM yakin kesemuanya sedia memegang amanah mengutamakan kepentingan negara dan rakyat serta mempertahankan akhlak politik yang baik,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, GRM turut menolak propaganda media arus perdana dan media sosial yang menggambarkan Datuk Seri Anwar tamak serta gila kuasa kerana ingin menukar kerajaan dalam suasana pandemik Covid 19.
Menurut Mustaffa, Datuk Seri Anwar merupakan pemimpin yang matang dan amat bersabar menanti gilirannya menjadi PM selama 22 tahun. Justeru, tuduhan yang dilemparkan merupakan tohmahan semata-mata.
“GRM yakin Datuk Seri Anwar adalah ahli politik yang matang dengan daya tahan dan daya juang politiknya, serta telah teruji sekian lamanya. Tidak timbul soal beliau gelojoh dan seumpamanya dalam proses ini.
“Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menapis maklumat-maklumat yang disebarkan. Marilah sama-sama kita membawa budaya “Politik Berakhlak” dalam menangani krisis politik negara hari ini.
“GRM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia terus bertenang, memperbanyakkan doa dan solat hajat agar Allah swt menganugerahkan keselamatan dan kesihatan ke Bawah DYMM Tuanku,” katanya lagi.
GRM terdiri daripada 12 NGO reformasi dan memperjuangkan perubahan total buat rakyat Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/tolak-perang-saraf-media-kelirukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Main Perang Saraf Sebab Rancangan Rampas Kuasa Sudah Gagal

Anwar Main Perang Saraf Sebab Rancangan Rampas Kuasa Sudah Gagal

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 567 hits
Anwar hopes that if he calls a donkey a stallion the Agong will believe that the donkey is a stallion But only a donkey will believe a donkey is a stallion and His Majesty is no donkey So all these letters and documents are going to continu...
Sidang Media Khas Anwar Ibrahim Selepas Menghadap Agong Pada Jam 2 00 Petang Ini

Sidang Media Khas Anwar Ibrahim Selepas Menghadap Agong Pada Jam 2 00 Petang Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Komunikasi Keadilan Fahmi Fadzil memaklum bahawa satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pasca sesi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pet...
Anwar Buat Sidang Media Pengumuman Penting 2 Petang

Anwar Buat Sidang Media Pengumuman Penting 2 Petang

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 301 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan akan membuat sidang akhar khas 2 petang ini Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil sidang media kh...
Selesai Menghadap Anwar Enggan Beri Komen Sidang Media Petang Ini

Selesai Menghadap Anwar Enggan Beri Komen Sidang Media Petang Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 271 hits
Firdaus AzilOktober 12 2020 20 55 MYTUsaha media mendapatkan sebarang komen daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal Gambar fail BACA
Pihak Istana Negara Belanja Pihak Media Makan Sementara Menunggu Ketibaan Anwar Ibrahim

Pihak Istana Negara Belanja Pihak Media Makan Sementara Menunggu Ketibaan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 323 hits
837 total views 837 views today Hari in dijangkakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Yang Di pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billa...
Berhenti Adakan Sidang Media Harian Jika Tiada Pengumuman Yang Dapat Membantu Rakyat Hannah Yeoh

Berhenti Adakan Sidang Media Harian Jika Tiada Pengumuman Yang Dapat Membantu Rakyat Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 235 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa berhenti mengadakan sidang media harian sekiranya tiada pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata sidang media bukanlah tempat untuk memp...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm