Tolak Pelarian Rohingya Ngo Gesa Kerajaan Pertimbangkan Keputusan



Beberapa NGO menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan keputusan untuk tidak lagi menerima pelarian Rohingya ke negara ini

NGO hak migran Tenaganita berkata sangat penting bagi Malaysia untuk membincangkan perkara tersebut dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bagi mendapatkan penyelesaian sementara

Pengarah eksekutifnya, Glorene A Das juga merayu supaya kerajaan tidak menghantar orang Rohingya pulang ke Myanmar atau ke kem pelarian di Bangladesh kerana pelarian tersebut akan sekali lagi terperangkap dalam modus operandi yang melibatkan pemerdagangan manusia

“Ya, sekarang memang ada pihak yang menggesa untuk penempatan semula mereka (etnik Rohingya), tetapi dalam keadaan pandemik kini ia bakal menyukarkan proses tersebut

"Jadi penting buat kerajaan untuk bekerjasama dengan UNHCR bagi mendapatkan penyelesaian sementara,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini

Selain itu, Glorene turut mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia tidak mengadakan perbincangan bersama Myanmar dan mendakwa Asean telah ‘menutup mata’ atas tindakan zalim negara itu


“Mengapa kerajaan Malaysia tidak bercakap dengan kerajaan Myanmar tentang tanggungjawab mereka terhadap orang Rohingya dan di mana Asean

“Asean seperti tutup mata tentang isu kekejaman Myanmar terhadap Rohingya

“[…] pada masa yang mencabar kini, kita harus tetap bersatu padu dan bantu orang Rohingya dari memusnahkan mereka melalui tindakan kita,” katanya lagi

Pada 8 Jun lalu, sebuah bot yang membawa seramai 269 pelarian Rohingya ditahan pihak berkuasa polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba memasuki perairan Langkawi

Pelarian terbabit terdiri daripada 80 lelaki, 138 perempuan, 26 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan.yang dipercayai menempuh perjalanan selama hampir empat bulan dari kem pelarian Cox's Bazar di Bangladesh

Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan bot berkenaan ditunda ke Jeti Teluk Ewa Langkawi. Kesemua 269 orang pelarian itu kini ditahan dan diletakkan sementara di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi

Sehubungan itu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob semalam menegaskan bahawa kerajaan tidak akan lagi menerima pelarian Rohingya yang menceroboh masuk ke negara ini, sebaliknya akan menghantar mereka pulang ke negara Bangladesh

"Jadi di sini kerajaan menegaskan tidak lagi menerima pelarian-pelarian ini dan kami akan berbincang dengan negara terlibat untuk urusan penghantaran pulang. 
"Kerajaan lebih selesa jika negara-negara ini dapat menerima pelarian Rohingya dari Malaysia," katanya

Bagaimanapun, Bangladesh pula menegaskan bahawa pihaknya menolak untuk menerima semula 269 pelarian Rohingya yang ditahan pihak berkuasa Malaysia

Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen menyeru negara-negara lain turut sama menerima pelarian Rohingya dan beban itu bukan hanya perlu ditanggung Bangladesh sendirian

"Kita mengalu-alukan negara lain mengambil mereka dan memindahkan seramai 1.1 juta Rohingya yang kini berlindung sementara di Bangladesh," kata Momen

Bagaimanapun, ketika fasa awal perintah kawalan pergerakan, Ismail berkata polis sedang menyiasat lonjakan sentimen negatif secara tiba-tiba yang ditujukan kepada masyarakat Rohingya di Malaysia

Sumber: Malaysiakini

from Sehinggit Media https://ift.tt/30uhviL
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/tolak-pelarian-rohingya-ngo-gesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pfam Keputusan Kerajaan Jadi Tonik Berguna Buat Komuniti Bola Sepak

Pfam Keputusan Kerajaan Jadi Tonik Berguna Buat Komuniti Bola Sepak

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 281 hits
Barisan kepimpinan Persatuan Pemain Pemain Bolasepak Profesional Malaysia menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih buat kerajaan Malaysia apabila membenarkan aktiviti latihan bola sepak dimulakan bermula 15 Jun ini Badan yang bertindak m...
Rohingya Bukan Warga Bangladesh Tolak 269 Pati Dari Malaysia

Rohingya Bukan Warga Bangladesh Tolak 269 Pati Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 301 hits
Ditolak dan dihalau dari negara sendiri kini mereka tidak tahu mahu ke mana untuk teruskan kehidupan Inilah situasi yang berlaku kepada bangsa Rohingnya pada ketika ini di mana Malaysia juga sudah tidak boleh menerima lebih ramai pelarian d...
Malaysia Bertegas Tidak Lagi Terima Pelarian Rohingya Ismail Sabri

Malaysia Bertegas Tidak Lagi Terima Pelarian Rohingya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 328 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan bertindak tegas dalam isu melibatkan pelarian Rohingya yang menceroboh masuk ke negara ini termasuk tidak lagi menerima mereka selepas ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata antara tinda...
Ngo Minta Kerajaan Negeri Pahang Dedahkan Sop Angkut Bauksit

Ngo Minta Kerajaan Negeri Pahang Dedahkan Sop Angkut Bauksit

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 416 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang diminta mendedahkan laluan khas yang akan digunakan pengusaha lori untuk mengangkut bauksit ke Pelabuhan kepada rakyat Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit Ali Akbar Othman berkata operasi itu sudah m...
Kerajaan Pahang Minta Alliance Steel Nilai Semula Keputusan Pemberhentian Pekerja

Kerajaan Pahang Minta Alliance Steel Nilai Semula Keputusan Pemberhentian Pekerja

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 440 hits
KUANTAN Alliance Steel Sdn Bhd diminta menilai semula keputusan pemberhentian pekerja dan bebarapa perkara lagi yang dibangkitkan Semalam kira kira 500 orang wakil pekerja kilang terbabit telah membuat aduan ke Pejabat Jabatan Sumber Manusi...
Gesa Pm Serah Kerajaan Pemimpin Dap Terdesak Nak Kuasa

Gesa Pm Serah Kerajaan Pemimpin Dap Terdesak Nak Kuasa

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 297 hits
Negara rakyat akan tanggung rugi besar jika PH kembali jadi kerajaan BANGI Alasan pemimpin DAP Datuk Ngeh Koo Ham yang menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan Plus selepas gabungan itu m...
Kenapa Benci Kami Kata Ketua Ngo Pelarian Berdepan Gangguan

Kenapa Benci Kami Kata Ketua Ngo Pelarian Berdepan Gangguan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 195 hits
PETALING JAYA Pemimpin sebuah NGO tempatan berkata beliau berdepan banyak komen kebencian di media sosial selepas mendedahkan penderitaan pelarian dan migran Seorang pengguna Facebook menyuruhnya membunuh diri kata Heidy Quah pengasas Refug...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt