Kenapa Benci Kami Kata Ketua Ngo Pelarian Berdepan Gangguan




PETALING JAYA: Pemimpin sebuah NGO tempatan berkata, beliau berdepan banyak komen kebencian di media sosial selepas mendedahkan penderitaan pelarian dan migran.
Seorang pengguna Facebook menyuruhnya membunuh diri, kata Heidy Quah, pengasas Refuge for the Refugees, menerusi satu catatan dalam talian yang menyuarakan kekecewaannya terhadap gangguan itu.
Katanya, beliau bingung dengan tahap kebencian sesetengah rakyat Malaysia terhadap pelarian dan migran.
Beliau berkata, tahap komen kebencian meningkat akhir-akhir ini, khasnya ketika perintah kawalan pergerakan.

Heidy Quah, pengasas Refuge for the Refugee “Saya sudah bekerja dalam bidang ini hampir 10 tahun. Saya pernah terima beberapa kritikan, tetapi tidak ekstrem seperti ini. Orang ramai menghantar segala jenis komen kebencian dalam ‘inbox’ saya dan bukan hanya menghina pemikiran serta pendapat saya. “Tak apa jika anda mahu melepaskan kemarahan, tetapi jangan sampai tahap mengugut keselamatan saya. Jangan sampai tahap menyerang keluarga dan bangsa saya,” katanya yang turut diberikan gelaran “pendatang dan “pengkhianat negara”.
“Saya cuba memahami kenapa sesetengah orang merasakan ia satu ancaman apabila saya bercakap mengenai apa yang berlaku di pusat (tahanan imigresen) itu,” katanya kepada FMT.
Individu lain dalam bidang itu turut mendapat komen kebencian sama. Katanya, beliau bercadang membuat laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Dalam catatan awal Facebooknya, beliau menceritakan pengalamannya bekerja dengan seorang wanita yang ditahan di sebuah depot tahanan imigresen sejurus melahirkan anaknya.
Quah mendedahkan kemudahan dan keadaan teruk di pusat itu. Katanya, wanita kekurangan tuala wanita dan makanan, serta Quah diminta mendapatkan susu dan lampin untuk bayi wanita terbabit.
Catatan itu mendapat reaksi bercampur-campur, dengan ada yang menyokong migran dan sesetengah pula mengutuk.
Bagaimanapun, seorang pengguna berkata: “Pergi gantung diri anda!”
“Nada perbualan berubah sedikit. Orang tidak terlalu ekstrem dahulu.”
Beliau merayu rakyat Malaysia melihat komuniti pelarian dan migran sebagai manusia dan mengenali mereka secara individu.
Katanya, ramai yang melarikan diri dari negara mereka untuk menyelamatkan diri, tetapi menjadi mangsa sindiket penipuan serta pemerdagangan manusia.
“Saya agak terkejut yang orang mempunyai tanggapan keadaan lebih baik untuk mereka di sini sedangkan bukan. Mereka masih hidup dalam ketakutan terhadap keselamatan diri.
“Kita benar-benar bertuah tidak lahir dalam keadaan sama seperti mereka, tetapi bagaimana jika kita seperti mereka? Bagaimana kita mahu dilayan dan ditangani?” soalnya.
Beliau menggesa pemimpin kerajaan mempertimbangkan sumbangan migran dan pelarian ke arah pembangunan negara, khasnya mereka yang bekerja berat.
Beliau turut menggesa Putrajaya mempelajari cara menggunakan sumber ini dan membangunkan kekuatan mereka kerana sebahagian ekonomi bergantung kepada komuniti ini.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/07/kenapa-benci-kami-kata-ketua-ngo-pelarian-berdepan-gangguan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kenapa-benci-kami-kata-ketua-ngo-pelarian-berdepan-gangguan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

Muhyiddin Akan Bebas Ahli Parlimen Berdepan Kes Rasuah Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 323 hits
Muhyiddin akan bebas ahli Parlimen berdepan kes rasuah kata Dr Mahathir Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 13
Tolak Pelarian Rohingya Ngo Gesa Kerajaan Pertimbangkan Keputusan

Tolak Pelarian Rohingya Ngo Gesa Kerajaan Pertimbangkan Keputusan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 301 hits
Beberapa NGO menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan keputusan untuk tidak lagi menerima pelarian Rohingya ke negara ini NGO hak migran Tenaganita berkata sangat penting bagi Malaysia untuk membincangkan perkara tersebut dengan Suruhanjay...
Saya Tak Keluar Parti Masih Ketua Wanita Ppbm Kata Rina Harun

Saya Tak Keluar Parti Masih Ketua Wanita Ppbm Kata Rina Harun

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 909 hits
May 30 2020 6 55 AMRina Harun berkata Wanita pimpinannya akan terus menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Rina Harun menolak dakwaan keluar parti dengan berkata beliau masih ketua Wanita...
Permohonan Maaf Dr Kamarul Tidak Ikhlas Saya Tolak Kata Ketua Awan

Permohonan Maaf Dr Kamarul Tidak Ikhlas Saya Tolak Kata Ketua Awan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 275 hits
Permohonan maaf Dr Kamarul tidak ikhlas saya tolak kata Ketua AWANHanya selepas beberapa jam Dr Kamarul Zaman Yusoff memuatnaik permohonan maaf secara terbuka permohonan tersebut telah pun ditolak Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara Nasiona...
Larangan Rentas Negeri Masih Kekal Sehingga Satu Kata Dicapai Dalam Masa Terdekat

Larangan Rentas Negeri Masih Kekal Sehingga Satu Kata Dicapai Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 436 hits
Larangan rentas negeri masih kekal sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekatMenteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan masih melaksanakan larangan mana mana individu merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawal...
Kata Kata Nasihat Imam Syafie

Kata Kata Nasihat Imam Syafie

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 2402 hits
Saling tegur menegur tu memang baik Tapi biar dengan betul caranya Dan berilah peringatan kerana sesungguhnyaperingatan itu mendatangkan faedah kepadaorang orang yang beriman 51 55
Perlu Ada Undang Undang Bendung Kutipan Derma Palsu Di Internet Kata Peguam

Perlu Ada Undang Undang Bendung Kutipan Derma Palsu Di Internet Kata Peguam

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Seorang peguam menggesa supaya undang undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma A Srimurugan berkata undang undang sedia ada hanya terpakai ke atas...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza