Tolak Icerd 300 00 Dataran Merdeka Catat Sejarah Baru



PARA peserta memakai kain lilit kepala bertulis Langkawi Tolak ICERD ini antara ratusan ribu yang berarak menyertai perhimpunan #DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. semamalam.


KUALA LUMPUR 8 Dis. - Tarikh 8 Disember me­n­catatkan sejarah ba­haru negara apabila Dataran Merdeka hari ini berjaya menghimpunkan lebih 300,000 orang Melayu.Mereka sebulat suara menolak sebarang usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).Mungkin keterlaluan menyatakan ia sebagai perhimpunan terbesar dalam sejarah tanah air.
Namun, perhimpunan raksasa #DaulatHimpunan812 men­cipta rekod bahawa ia yang terbesar mengumpulkan orang Melayu dalam sejarah moden Malaysia.Meskipun perhimpunan itu cuba diperlekehkan dan digagalkan oleh pihak tertentu termasuk menggunakan bantuan dipercayai daripada Red Bean Army (RBA), itu tidak melunturkan semangat peserta untuk datang dengan pelbagai jenis pe­ngangkutan termasuk berkonvoi demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka yang hadir datang dari setiap pelosok negara tanpa mengira ideologi politik dan dialek bahasa, berhimpun di beberapa kawasan di ibu kota sebelum berarak ke Dataran Merdeka.Perhimpunan yang bermula seawal pukul 12 tengah hari dan berakhir pukul 6 petang itu dilihat mencapai matlamatnya apabila bukan sahaja berjaya menzahirkan kebimbangan orang Melayu terhadap ICERD.Lebih penting, ia dapat membuktikan orang Melayu boleh berhimpun secara aman tanpa mengganggu orang lain.Sesiapa sahaja pasti me­nganggap perhimpunan itu sangat berjaya dengan lebih 300,000 peserta kekal tidak berganjak untuk mendengar ucapan tokoh-tokoh yang hadir meskipun cuaca panas terik ‘membakar’ kulit.Antara kepemimpinan yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; dan Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya selaku penganjur serta beberapa pe­mimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Video Oleh MEDIA SOSIALKejayaan mengumpulkan ratusan ribu peserta itu pasti memberi isyarat jelas dan amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa isu ICERD tidak boleh dipermain-mainkan.Apa yang lebih istimewa, perhimpunan itu menggabungkan dua parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas yang selama ini sangat diimpikan oleh orang Melayu sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menge­tuai pentadbiran negara buat kali pertama sebelum ini.Himpunan tersebut yang mendapat liputan media antarabangsa juga menyaksikan semangat dalam kalangan orang Melayu yang tinggi dalam mempertahankan hak mereka sehinggakan ada yang hadir secara berkonvoi motosikal dan berbasikal.Apa yang menarik, boleh di­sifatkan #DaulatHimpunan812 adalah perhimpunan paling bersih dan berdisiplin diadakan membabitkan parti politik, apabila peserta yang hadir tidak mencetuskan sebarang provokasi, membuang sampah di tempat disediakan, mengikut arahan pihak berkuasa selain amaran turut diberikan oleh penganjur bawah perhimpunan itu dila­rang untuk me­rokok. (Utusan)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/tolak-icerd-30000-dataran-merdeka-catat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Any Meaningful Reason To Attend The Anti Icerd Rally At Dataran Merdeka Kuala Lumpur Tomorrow

Any Meaningful Reason To Attend The Anti Icerd Rally At Dataran Merdeka Kuala Lumpur Tomorrow

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 328 hits
Malays are reminded that there is no real and meaningful purpose in attending the Anti ICERD rally at Dataran Merdeka Kuala Lumpur tomorrow since the federal government has clearly indicated that they would not ratify to the ICERD Accord Al...
Icerd Bukan Perkara Baru Bn Pernah Kaji Dan Tolak Ratifikasinya Dr Noraini Ahmad

Icerd Bukan Perkara Baru Bn Pernah Kaji Dan Tolak Ratifikasinya Dr Noraini Ahmad

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR 1 Dis Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad menekankan bahawa penerangan berkenaan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu dibuat untuk memastikan ba...
10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan

10 Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 588 hits
SEMUA sedia maklum bahawa kerajaan telah menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Perkara ini dianggap sebagai kejayaan oleh kumpulan pendukung Perlembagaan dan seharusnya diraikan bagi...
Katanya 300 Pendekar Melayu Turun Himpunan Icerd

Katanya 300 Pendekar Melayu Turun Himpunan Icerd

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 543 hits
Ribuan orang dijangka membanjiri jalan jalan di Kuala Lumpur hari ini sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Perhimpunan ini anjuran N...
Peserta Himpunan Tolak Icerd Mula Memenuhi Kawasan Sekitar Jalan Raja Rileksmedia

Peserta Himpunan Tolak Icerd Mula Memenuhi Kawasan Sekitar Jalan Raja Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 432 hits
KUALA LUMPUR Peserta perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum mula memenuhi kawasan sekitar Jalan Raja lokasi acara itu berlangsung di sini tengah hari ini Tinjauan Bernama mendapati m...
Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm

Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 393 hits
December 9 2018 12 10 AMSHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini Perdana ment...
Himpunan Tolak Icerd 8 12 Cuti Umum K Tan 9 12 Allahu Akbar

Himpunan Tolak Icerd 8 12 Cuti Umum K Tan 9 12 Allahu Akbar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 320 hits
KOTA BHARU 27 Rabiulawal 1440H Rabu Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti peristiwa di negeri ini pada 9 Disember sempena perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di ibu negara sehari s...
Rafiq Catat Sejarah Bergelar Juara Dunia 2018

Rafiq Catat Sejarah Bergelar Juara Dunia 2018

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 437 hits
Sejarah tercipta lagi dalam sukan Malaysia apabila pemain bowling negara Muhammad Rafiq Ismail berjaya muncul sebagai Juara Dunia dalam Kejohanan Dunia Bowling Lelaki di Hongkong pada hari Sabtu lalu Pemenang pingat emas sukan Asia 2018 ini...
Perhimpun Icerd Perlu Masuk Buku Sejarah Ahmad Maslan

Perhimpun Icerd Perlu Masuk Buku Sejarah Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 303 hits
Wartawan Watan Online Jika sebelum ini Menteri Pendidikan Dr Mazslee Malik mahu memasukan skandal 1MDB sebagai subjek pendidikan Sejarah namun kali ini ada saranan supaya perhimpunan bersejarah ICERD dimasukkan dalam silibus berkenaan Cadan...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan