Tolak Budaya Ugut Ilmuwan Kerana Mengkritik Kerajaan


Tolak budaya ugut ilmuwan
Malaysia sedang mengalami episod malang dan hitam dalam sejarah kebebasan akademik apabila seorang pensyarah muda membuat keputusan untuk tidak lagi menulis perkara berkaitan politik negara disebabkan tekanan politik terhadap dirinya dan kepimpinan pengurusan universiti.
Ini gara-gara penulisannya yang mendedahkan fakta dan data berkenaan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjual aset negara yang kini keseluruhannya berjumlah RM20 bilion dalam masa 400 hari.
Penulisan beliau membentangkan hujahan dan data yang menyimpulkan sikap kerajaan PH yang mengambil jalan mudah dalam mengurangkan tanggungjawab dan saiz kerajaan melalui amalan ekonomi neo liberal, serta tidak mengambil kira kepentingan strategik negara jangka panjang menyebabkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli politik kerajaan sehingga tekanan diberikan kepadanya.
Pada masa yang sama, tiada siapa di kalangan ahli politik kerajaan yang mampu menyanggah apa yang beliau utarakan. Secara tidak langsung ini membuktikan apa yang beliau utarakan adalah sesuatu yang benar.
Tatkala negara memerlukan bijak pandai dalam pelbagai disiplin ilmu bagi membawa Malaysia ke arah kecemerlangan pendidikan dan membangun negara bertunjangkan ilmu dan nilai, ancaman politik sepertimana yang berlaku kepada saudara Abdul Muein Abadi merupakan agenda pembunuhan kebebasan akademik yang juga membunuh suara bijak pandai di kalangan rakyat.
Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) merakamkan rasa kesal dan sedih atas perkara yang berlaku ke atas Saudara Abdul Muein.
Peristiwa ini tidak sepatutnya berlaku di era Malaysia baharu lebih-lebih lagi apabila Menteri Pendidikan memberi komitmen untuk menggubal akta baharu bagi memberi kebebasan akademik dan autonomi lebih luas kepada universiti.
Justeru, DPPM mengajak rakyat untuk menolak budaya mengugut rakyat khususnya para ilmuan yang jujur dengan ilmu mereka. Wacana dan perdebatan yang sihat berlandaskan fakta dan disiplin ilmu perlu dibudayakan di kalangan masyarakat agar tahap pemikiran rakyat dapat diangkat untuk menyumbang dalam pembinaan negara dan tamadun.
Wacana sihat berlandaskan ilmu dan fakta serta dipandu prinsip yang jelas menjadi salah satu tunjang dalam Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan oleh Pas.
Akhirnya buat kerajaan PH, didiklah masyarakat untuk menganalisa fakta berlandaskan disiplin ilmu daripada mendidik masyarakat menyebar fitnah dan membina persepsi yang hanyir.
Ir. Khairil Nizam Khirudin
Penulis merupakan Ketua Pemuda PAS
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/09/tolak-budaya-ugut-ilmuwan-kerana-mengkritik-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budaya Songsang Lgbt Antara Sebab Melayu Tolak Bersatu Annuar

Budaya Songsang Lgbt Antara Sebab Melayu Tolak Bersatu Annuar

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 354 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 09 malam Parti Bersatu bertanggungjawab terhadap penularan budaya songsang seperti Lesbian Gay Biseksual dan Transgender serta idea liberal dakwa Setiausaha Agung Umno Annuar Musa Beliau berkata itu antara sebab...
Rakyat Indonesia Saman Kerajaan Isu Pencemaran Udara Tak Jumpa Jalan Penyelesaian

Rakyat Indonesia Saman Kerajaan Isu Pencemaran Udara Tak Jumpa Jalan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 421 hits
Disebabkan tidak dapat lagi menanggung sabar mengenai pencemaran udara di Indonesia sekumpulan penduduk nekad menyaman presiden negara tersebut Kami telah mencuba setakat ini untuk menjelaskan kepada pemerintah betapa buruknya pencemaran di...
Data Pengundi Kerajaan Baru Tidak Telus

Data Pengundi Kerajaan Baru Tidak Telus

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 429 hits
Dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lepas Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan Pontian telah meminta data mengenai jumlah terkini rakyat yang belum mendaftar mengundi mengikut kaum Jawapan yang diberikan adalah sehingga 31 Mac 2019 jumlah war...
Teknologi 5g Kerajaan Akan Pastikan Keselamatan Kesihatan Rakyat Diutamakan

Teknologi 5g Kerajaan Akan Pastikan Keselamatan Kesihatan Rakyat Diutamakan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 408 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Azmin Felda Akan Bangkit Semula Di Bawah Kerajaan Baru

Azmin Felda Akan Bangkit Semula Di Bawah Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 371 hits
ROMPIN 7 Julai Felda akan bangkit semula dengan keyakinan peneroka kembali utuh di bawah pengurusan baharu kerajaan Pakatan Harapan bagi membela masa depan golongan peneroka kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Beliau...
Peka Dakwa Kerajaan Lembab

Peka Dakwa Kerajaan Lembab

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR 8 Julai Kerajaan didakwa tidak proaktif membuat pindaan terhadap undang undang sedia ada untuk memastikan khazanah alam dapat dikekalkan dipelihara dan diuruskan dengan mampan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Sekitar...
Pilihanraya Kerajaan Tempatan Tidak Sesuai Dilaksanakan Tok Mat

Pilihanraya Kerajaan Tempatan Tidak Sesuai Dilaksanakan Tok Mat

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 270 hits
Semalam Timbalan Menteri Perumahan dan Tempatan Raja Kamarul Bahrin Shah memaklumkan bahawa kertas kabinet berkenaan pelaksanaan pilihanraya tempatan akan dibentangkan akhir tahun ini Pilihanraya tempatan adalah salah satu janji Pakatan Har...
Kerajaan Tuntut Najib Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Pendapatan

Kerajaan Tuntut Najib Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Pendapatan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 320 hits
Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap Najib Razak bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1 69 bilion cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang masih terhutang bagi Tahun Tahun Taksiran 2011 hingga 2017 Kerajaan sela...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Feruni Farah Mohan Loka Made Cipta Kelainan Jubin Melalui The Transformative Power Of Art

The Conjuring Last Rites Penghujung Satu Legasi Seram

Sal Priadi Malang Suantai Sayang Chord

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati

Solidariti Rakyat Laungan Justice For Zara Bergema Di Tengah Kuala Lumpur

Sambal Ikan Bilis Tempoyak Menggamit Kenangan