Kerajaan Tuntut Najib Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Pendapatan


Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap Najib Razak bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.
Kerajaan selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 25 Jun lepas dengan menamakan Najib selaku defendan tunggal.

Loading… Dalam saman itu, kerajaan menuntut Najib membayar RM1,692,872,924.83, faedah atas jumlah wang berkenaan pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga kes selesai, kos dan apa-apa relif yang sesuai oleh mahkamah.
Dalam penyataan tuntutan itu, kerajaan berkata bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017, defendan telah ditaksirkan dengan Taksiran Tambahan masing-masing berjumlah RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; RM643,445.21 dan RM346,471.41 melalui Notis-Notis Taksiran (Tambahan) masing-masing bertarikh 20 Mac 2019.
Kerajaan mendakwa Notis Taksiran (Tambahan) itu telah dihantar secara pos berdaftar kepada defendan pada 25 Mac 2019 ke alamat terakhirnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dekat Kuala Lumpur.

Kerajaan juga mendakwa notis berkenaan tidak pernah dikembalikan kepada LHDN.
Dakwanya, oleh kerana Najib telah gagal untuk membayar kesemua cukai berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian notis taksiran itu kepada LHDN seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus masing-masing berjumlah RM11,617,337.41; RM32,092,993.23; RM89,157,346.54; RM11,914,465.55; RM1,687,950.00; RM64,344.52 dan RM34,647.14 telah dikenakan dan ditambah ke atas keseluruhan cukai pendapatan bagi Tahun-tahun Taksiran 2011 (Tambahan), 2012 (Tambahan), 2013 (Tambahan), 2014 (Tambahan), 2015 (Tambahan), 2016 (Tambahan) dan 2017 (Tambahan) yang masih belum dibayar.
Kerajaan mendakwa Najib juga masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan dan kenaikan 10 peratus yang masih terhutang dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.”Oleh demikian, kenaikan cukai sebanyak lima peratus masing-masing berjumlah RM6,389,535.57; RM17,651,146.27; RM49,036,540.60; RM6,552,956.05; RM928,372.50; RM35,389.48 dan RM19,055.92 telah dikenakan dan ditambah ke atas keseluruhan cukai pendapatan bagi Tahun-tahun Taksiran 2011 (Tambahan) sehingga 2017 (Tambahan) yang masih belum dibayar dan kenaikan 10 peratus tersebut,” dakwa plaintif.
Oleh itu, kerajaan berhak untuk mendapatkan kembali jumlah cukai pendapatan yang masih terhutang serta kenaikan-kenaikan yang dikenakan ke atas Najib sebagai suatu cukai yang genap tempoh masanya yang harus dibayar.

“Sehingga kini defendan (Najib) masih gagal membayar kepada plaintif amaun cukai pendapatan defendan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011 (Tambahan) sehingga 2017 (Tambahan) yang kesemuanya berjumlah RM1,692,872,924.83,” kata kerajaan.
Kes berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes Isnin depan (8 Julai) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Erry Shahriman Nor Aripin.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/kerajaan-tuntut-najib-bayar-rm1-69-bilion-cukai-pendapatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lhdn Tuntut Najib Bayar Cukai Tambahan Rm1 69b

Lhdn Tuntut Najib Bayar Cukai Tambahan Rm1 69b

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 372 hits
News Diterbitkan Hari ini 4 54 petangNajib Razak dituntut membayar cukai tambahan ditaksirkan berjumlah RM1 69 bilion membabitkan tempoh 2011 hingga 2017 Tuntutan itu dibuat LHDN selepas bekas perdana menteri itu gagal memberikan jawaban pa...
Hutang Negara Kini Cecah Lebih Rm797 Bilion Najib

Hutang Negara Kini Cecah Lebih Rm797 Bilion Najib

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 376 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa hutang rasmi negara kini telah meningkat kepada RM797 4 bilion Najib Razak juga mencabar Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk membuktikan saya salah bahawa hutang rasmi negara telah menin...
Kami Nak Bekal Internet Percuma Tapi Kerajaan Sanggup Bayar Pihak Lain Ytl

Kami Nak Bekal Internet Percuma Tapi Kerajaan Sanggup Bayar Pihak Lain Ytl

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 536 hits
Meskipun ada tawaran untuk mendapat perkhidmatan internet percuma tetapi kerajaan pilih pembekal lain walaupun terpaksa membayar dengan kos yang tinggi Itu pendedahan YTL Communications Sdn Bhd yang mendakwa bahawa Kementerian Pendidikan te...
Apa Punya Bangang Kerajaan Ph Ini Marah Najib

Apa Punya Bangang Kerajaan Ph Ini Marah Najib

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 576 hits
Ini tak boleh dimaafkan Rakyat wajib marah Bulan Mac ribuan mangsa di Pasir Gudang memerlukan rawatan akibat terkena pencemaran gas toksik Ratusan sekolah ditutup Selepas hampir dua minggu menteri menteri PH memberi jaminan bahawa segala pe...
Dulu Pas Tuntut Najib Rosmah Isytihar Harta Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah

Dulu Pas Tuntut Najib Rosmah Isytihar Harta Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 538 hits
Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan pada 15 Mei lalu memberi keyakinan pimpinan dan ahli Pas terbuka untuk mengisytiharkan harta dan aset mereka Pas tiada masalah untuk isytiharkan harta dan aset seperti arahan yang dikeluarkan Perda...
Fuhh Najib Haji Hadi Jadi Penasihat Kerajaan Kj Tiada Dalam Senarai

Fuhh Najib Haji Hadi Jadi Penasihat Kerajaan Kj Tiada Dalam Senarai

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 739 hits
Takiyuddin jadi menteri pertahanan dah boleh start belajar pasal ketenteraan tu Lokman Lobak pulak ada dalam kabinet Kabinet bayangan dikeluarkan
Pm Cadangkan Cukai Perniagaan Atas Talian Bagi Tingkatkan Pendapatan

Pm Cadangkan Cukai Perniagaan Atas Talian Bagi Tingkatkan Pendapatan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 432 hits
BANGKOK 23 Jun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad semalam mencadangkan cukai perniagaan dalam talian diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan dalam kalangan negara anggota Asean Dr Mahathir menyifatkan bahawa perniagaan dalam talia...
Pengurusan Kes Tuntutan Cukai Najib 25 Julai

Pengurusan Kes Tuntutan Cukai Najib 25 Julai

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 343 hits
Tuntutan kerajaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau membayar cukai pendapatan sebanyak RM1 69 bilion yang masih terhutang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017 telah ditetapkan untuk penguru...
Kali Pertama Najib Puji Kerajaan Ph Wow

Kali Pertama Najib Puji Kerajaan Ph Wow

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 429 hits
SYABAS kerajaan PH Hutang rasmi negara telah cecah RM800 bilion hari ini Idaman PH untuk hutang rasmi negara RM1 trilion semakin hampir Hari ini Guan Eng pinjam lagi RM3 5 bilion Bayar balik tahun 2034 Hari Khamis lalu Menteri Kewayangan pi...
Gaslighting With Education Quota System

Quick Beef And Pork Dog Food Recipe

11 Rekomendasi Tempat Wisata Di Taipei Yang Wajib Dikunjungi Turis

Beli Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe By Grab Food Delivery

Kisah Cinta Indah Antara Zulaikha Dan Nabi Yusuf As

Dari Mana Sebutan Adidas Terhasil

Soul Monologue Silent Time

Ayam Goreng Abah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Automatik Buat Sale Dengan Email Marketing

Situs Uni4d Mengapa Pemain Togel Memilih Kami

Umur Pm 70 Tahun Ke Bawah Hadi Hantar Mesej Kepada Mahiaddin

Sunday Staples Dari Singapura Kini Membuka Kedai Fizikal Pertama Malaysia Di Pavilion Bukit Jalil

Fatwa Terkini Mufti Wp Hukum Beli Barang Kemas Pakai Dulu Bayar Kemudian

Majlis Resepsi Dewan Merak Kayangan