Tokoh Sindhutai Sapkal Digelar Mother Of Orphans



Wanita tua ini bernama Sindhutai Sapkal, berasal dari Wardha, India. Kini usianya sudah menjangkau 72 tahun. Dia digelar "Mother of Orphans".

Dibenci ibu sendiri, pernah dipukul ketika sedang hamil, dibuang suami sehingga terpaksa berjuang hidup mati melahirkan anak di kandang lembu.

Sindhutai Sapkal dikahwinkan ketika berusia 11 tahun. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya.

Ketika usia 20 tahun, dalam satu perbalahan dia telah dibelasah oleh suaminya dengan teruk sekali.

Dia telah ditumbuk dan ditendang. Perutnya yang sarat mengandung itu juga ditendang oleh suaminya. Gila betul.

Kemudian dia diseret dengan rambutnya ditarik lalu dicampak keluar sebelum dihalau dari rumah.

Sindhutai Sapkal meraung kesakitan. Darah membasahi bajunya, tetapi tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada yang menghulurkan bantuan.

Dalam keadaan sarat mengandung, berjalanlah Sindhutai Sapkal perlahan menuju ke kandang lembu. Di duduk menangis kesakitan.

Pada malam itu sekali lagi Sindhutai Sapkal diuji. Bayangkan, dalam keadaan najis lembu dimerata-rata, bau busuk yang menusuk hidung, Sindhutai Sapkal bertarung nyawa seorang diri melahirkan anaknya.

Dalam keadaan terbaring bersama si anak yang sedang menangis kelaparan, dia meraba-raba dalam kegelapan mencari sesuatu untuk memotong tali pusat anaknya.

Dia mencapai batu lalu diketuk tali pusat itu sehingga hancur dan terputus. Dia terbaring menahan sakit. Si anak menangis menahan sejuk dan lapar.

Keesokan harinya, Sindhutai Sapkal bersama anak berjalan pulang ke rumah ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya juga tidak menerima, malah menghalaunya kembali.

Segala harapannya kini hancur lebur. Apa yang bermain dibenak fikirannya ketika itu, hanyalah mahu menamatkan segala kesengsaraan itu dengan membunuh diri.

Perlahan dia berjalan membawa diri mencari tempat perlindungan. Sehingga dia berhenti di tempat pembakaran mayat.

Dia melihat ada upacara pembakaran mayat sedang dilakukan. Dia duduk melepaskan lelah. Sudah seharian dia berjalan. Perutnya juga sudah lapar.


Habis upacara itu, dia melihat ada tepung yang ditinggalkan, dia ambil tepung itu, dimasukkan sedikit air, diuli menjadi roti lalu dibakar di atas tempat pembakaran mayat tersebut.

Dengan roti itu dia mengalas perutnya. Susunya mula keluar dan anaknya dapat minum sehingga ketiduran.

Dia melihat wajah anaknya, lalu dia membayangkan anaknya itu membesar menjadi orang yang luar biasa.

Berbekalkan kekuatan itu, dia meneruskan kehidupannya. Dia meminta sedekah di stesen keretapi dengan menyanyi untuk mencari sesuap roti. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh seorang ibu yang bersamanya 3 orang anak.

Pada waktu itu, dia melihat ramai anak-anak kecil yang hidup gelandangan tanpa keluarga.

Dia ambil anak-anak tersebut menjadi anak angkatnya. Dia jaga anak-anak itu walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang tidak mencukupi.

Semakin hari semakin ramai anak-anak jalanan dibantu oleh Sindhutai Sapkal. Dia memberi kesenangan kepada anak-anak itu walaupun hidupnya serba kekurangan.

Dari 5 orang anak yatim, kini Sindhutai Sapkal sudah memelihara lebih 1000 orang anak yatim.

Suaminya ketika berusia 80 tahun telah kembali memohon maaf dan memohon simpati serta belas ehsan dari Sindhutai Sapkal.

Dia telah memaafkan bekas suaminya itu dan menerimanya sebagai anak yatim jagaannya.


Sindhutai Sapkal telah menerima lebih 700 award. Ketika ditanya oleh wartawan " Kenapa puan bantu anak-anak itu sedangkan hidup puan sendiri miskin, makan sendiri pun tak tentu. Kenapa masih susahkan diri untuk mereka?"

Jawapan Sindhutai Sapkal sungguh luar biasa. Katanya "aku hidup selepas aku makan roti yang dibakar di atas tempat pembakaran mayat orang mati. Kini aku hidup untuk orang lain."

Bagaimana pula keadaan ketiga-tiga anak kandungnya. Pasti anda tertanya-tanya kan.

Ketiga-tiga anaknya itu mempunyai PHD dan mempunyai jawatan yang besar. Anaknya berjaya menjadi orang luar biasa sama seperti apa yang difikirkannya dahulu.

Walaupun anak-anaknya sudah kaya dan berjaya, Sindhutai Sapkal tetap meneruskan kehidupannya sama seperti dahulu bersama anak-anak jalanan.

Anak-anak jalanan dibawah jagaannya juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang berjaya menjadi manusia yang berguna. Ada yang jadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan sebagainya.

Sindhutai Sapkal telah menghidupkan jiwa anak-anak jalanan yang dulunya dipandang hina oleh masyarakat, kini telah dipandang mulia.

Jika Lata Kare dalam kisah sebelum ini hidupnya untuk suami, Sindhutai Sapkal pula, hidupnya untuk anak-anak jalanan yang langsung tiada hubungan kekeluargaan dengannya.

Atas dasar kemanusiaan, Sindhutai Sapkal menyerahkan seluruh hidupnya untuk melihat anak-anak ini membesar menjadi manusia yang berguna.

Hari ini dia dipanggil Dr. Sinthudai Sapkal.

Itulah Grand Why Sindhutai Sapkal. Kita pula hidup untuk apa? Apakah sekadar belajar tinggi lalu peroleh gaji dan pangkat semata.






Apakah sumbangan kita kepada ummah?

.
Sindhutai Sapkal telah mengajar kita beberapa perkara.

1. Besar macam mana sekalipun masalah hidup kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Usah cepat putus asa. Tuhan sentiasa ada bersama kita.

2. Hidup susah bukanlah alasan untuk tidak membantu dan memberi kepada orang lain. Sebenarnya itulah jalan terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup. Apabila kita mudahkan hidup orang lain, Tuhan akan permudahkan hidup kita pula.

3. Memaafkan itu pilihan terbaik. Dendam hanya membuat diri derita. Tidak pernah rugi hidup orang yang memaafkan orang lain. Bukankah itu juga telah diajar oleh baginda Nabi SAW.

4. Apabila sudah senang, jangan lupa diri. Jangan sombong. Usah cepat berubah kerana kesenangan dunia. Ianya tak memberi ketenangan pun.

5. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Jika kita berusaha maka Tuhan akan beri hasilnya. Tidak pernah rugi orang yang berusaha buat baik. Apatah lagi buat baik untuk kesenangan orang lain. Itu sifat yang mulia.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan terhadap orang lain.

Ingat, kita semua adalah khalifah di atas muka bumi ini. Setakat manakah kita telah mainkan peranan kita sebagai khalifah?

*Filem tentang Sindhutai Sapkal pada 2010 juga telah memenangi beberapa award.

#Share kisah ini jika ianya memberi inspirasi kepada anda.

Jemput follow saya Zul Fikarullah dan set SEE FIRST. Saya suka menulis tentang Motivasi Pembangunan diri, Motivasi Keluarga dan Cerita Inspirasi yang menyentuh hati.

#TukangCeritaMotivasi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/06/tokoh-sindhutai-sapkal-digelar-mother.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Blogger Di Bawah Naungan Bite Media Digelar Biters

Kenapa Blogger Di Bawah Naungan Bite Media Digelar Biters

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 347 hits
Alhamdulillah sekali lagi kita berkesempatan bertemu dalam edisi Throwback Thursday di blog Syu Sudah lama rasanya Syu tak coretkan bingkisan berupa throwback di sini dan akhirnya hari ini I ada kelapangan untuk ngobrol secara santai santai...
Vijay Singh Merajuk Digelar 039 Sampah 039

Vijay Singh Merajuk Digelar 039 Sampah 039

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 290 hits
BEKAS pemain nombor satu dunia Vijay Singh tidak mahu mengambil bahagian di Jelajah Korn Ferry Jun ini Golf Channel melaporkan Jelajah PGA mengesakan pemain berusia 57 tahun kelahiran Fiji itu mengambil keputusan untuk menarik diri dari men...
Perggh Pelajar Tak Kisah Digelar Pengemis Zaman Moden Setelah Dapat Peluang Naik Kereta Mustang Wak Doyok

Perggh Pelajar Tak Kisah Digelar Pengemis Zaman Moden Setelah Dapat Peluang Naik Kereta Mustang Wak Doyok

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 408 hits
Pelajar tak kisah digelar pengemis zaman moden setelah dapat peluang naik kereta Mustang Wak Doyok Janji harus ditepati Syakir memerlukan 20 000 retweet untuk merealisasikan impiannya IMPIAN bakal menjadi nyata Begitulah gambaran kisah seor...
Hiburan Telan Belanja Rm1 Juta Sheila Rusly Kecewa Bukan Gadis Biasa Digelar Drama Sampah

Hiburan Telan Belanja Rm1 Juta Sheila Rusly Kecewa Bukan Gadis Biasa Digelar Drama Sampah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 446 hits
Selepas tamat sahaja drama Bukan Gadis Biasa yang asyik terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang tayangannya pelakon Sheila Rusly membuat keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu ini Selain menggarap drama t...
Pantau Covid 19 Rapid Test Drive Thru Digelar Di Titik Pengecekan Jatijajar

Pantau Covid 19 Rapid Test Drive Thru Digelar Di Titik Pengecekan Jatijajar

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 227 hits
Pantau Covid 19 Rapid Test Drive Thru Digelar di Titik Pengecekan Jatijajar Tes cepat ini hasilnya akan langsung dikonfirmasi melalui aplikasi dan dilaksanakan hingga Jumat
Student Transferred Rm86 270 From Mother S Account Into Bogus Investment Scheme

Student Transferred Rm86 270 From Mother S Account Into Bogus Investment Scheme

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 185 hits
Excited about joining a gold investment scheme a student transferred RM86 270 from her mother s bank account not realising she had been scammed by someone she met on social media Pahang Commercial Crime Investigation Department head Mohd Wa...
The Love Of A Mother After The Assassination Of A Father

The Love Of A Mother After The Assassination Of A Father

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 330 hits
On June 7 FMT carried an article commemorating the death anniversary of my father the late inspector general of police Abdul Rahman Hashim whose murder remains a mystery I write this letter to express the love of my family for my mother Hal...
Pilkada Serentak Disepakati Digelar 9 Desember 2020

Pilkada Serentak Disepakati Digelar 9 Desember 2020

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 218 hits
Pemerintah DPR dan penyelenggara sepakat Pilkada serentak 2020 digelar pada 9 Desember 2020 Keputusan itu sekaligus menjadi kesimpulan rapat kerja Komisi II dengan Mendagri KPU RI Bawaslu RI dan DKPP RI
Fx Rudy Nilai Kualitas Pilkada Menurun Jika Tetap Digelar 9 Desember

Fx Rudy Nilai Kualitas Pilkada Menurun Jika Tetap Digelar 9 Desember

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 260 hits
Ketua DPC PDIP Solo FX Hadi Rudyatmo memastikan kualitas Pilkada serentak 2020 akan menurun jika tetap digelar tanggal 9 Desember Karena kondisi bangsa Indonesia masih dalam pandemi Covid 19
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Hidden Junk Fees Must Be Disclosed F T C Rule Says

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kelantan Pelanggan Hotel Lari Akibat Tebing Sungai Runtuh

Hadiah Birthday 2024 Handbag David Jones Dari Kaklong Aya

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Mystery Illness In Congo Was Malaria Plus Possibly Another Disease In Malaysia

Hmd Fusion Harga Tidak Kena Dengan Apa Yang Ditawarkan

Poco C75 5g Rasmi Di India Cip Snapdragon 4s Gen 2 Harga Bawah Rm500