Hiburan Telan Belanja Rm1 Juta Sheila Rusly Kecewa Bukan Gadis Biasa Digelar Drama Sampah
Selepas tamat sahaja drama ‘Bukan Gadis Biasa’ yang asyik terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang tayangannya, pelakon Sheila Rusly membuat keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu ini.
Selain menggarap drama tersebut, wanita itu juga membawa watak Opah Aminah yang turut menerima kecaman hebat daripada penonton dek efek solekan dan lakonan yang dikatakan tidak nampak realistik.
Menepis dakwaan bahawa dia mahu bersara kerana kritikan berat yang dilemparkan kepada ‘Bukan Gadis Biasa’, Sheila Rusly menegaskan bahawa keputusan itu sudah pun dibuat sejak Oktober lalu ketika penggambaran naskhah tersebut sedang berjalan.
“Keputusan itu dibuat bukan sebab saya kecil hati dengan kritikan penonton terhadap watak Opah Aminah. Sekelumit pun saya tidak berkecil hati… Itu hak mereka bersuara dan saya tidak boleh menghalang.”
Selepas 35 tahun menabur bakti dalam industri seni, pelakon wanita tersebut merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk mengundur diri ke belakang dan berehat sebentar. Tegas Sheila Rusly, usianya yang sudah menggapai 50-an menguatkan lagi keputusan itu.
Berkenaan drama ‘Bukan Gadis Biasa’ yang menerima hencapan luar biasa daripada penonton, wanita itu mengakui tidak melatah kerana sudah faham dengan respons sedemikian. Pun begitu, dia agak terkilan apabila ramai yang bersikap kurang ajar sehingga maki hamun dan mencaci ketika mengkritik drama itu.
“Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang. Tetapi saya juga tidak boleh memaksa orang menonton cerita saya.”
Makin terkilan apabila ada yang menggelar naskhah lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak itu sebagai ‘drama sampah’.
“Tiada siapa yang sanggup keluarkan bajet RM1 juta dan menjalani penggambaran sehingga tiga bulan untuk menghasilkan karya dilabel ‘sampah’.”
Pun begitu, berkat pengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini, Sheila Rusly mengakui bahawa dia mampu menerima segala tohmahan tersebut.
Sumber: BH Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/05/hiburan-telan-belanja-rm1-juta-sheila.html