Tok Mat Turun Pangkat




Pastinya ketika ini semua orang sudah mengetahui tentang rombakan kabinet sebagaimana telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim pagi tadi.


Secara kasarnya, tiada apa-apa terlalu mengejutkan dalam rombakan yang diumumkan itu, kecuali dua perkara:-


Pertama, perlantikan Amir Hamzah Azizan, bekas CEP KWSP sebagai Menteri Kewangan Kedua.


Namanya hampir tidak pernah disebut sebelum ini untuk dilantik menganggotai kabinet, meskipun tidak dinafikan beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam dunia korporat dan dunia kewangan swasta.


Ini kerana yang disebut-sebut sebelum ini paling sesuai menjadi Menteri Kewangan Kedua ialah Johari Ghani, seorang Naib Presiden UMNO serta pernah memegang jawatan tersebut ketika era pentadbiran Najib Razak dahulu.


Kenapa Johari tidak dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua?


Johari bagaimanapun diberikan jawatan Menteri Perladangan dan Komoditi.


Mungkin pengalaman Johari dalam dunia korporat dan sebagai bekas Menteri Kewangan Kedua sebelum ini lebih diperlukan untuk memantapkan sektor perladangan dan komoditi negara.


Cumanya, diharapkan Amir Hamzah, berdasarkan pengalamannya itu, mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada kerajaan melalui jawatan yang baru diberikan kepadanya.


Perkara kedua yang boleh dikira mengejutkan ialah pertukaran kementerian yang disandang oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan atau Tok Mat.


Beliau sebelum ini adalah Menteri Pertahanan, sebuah kementerian yang dianggap kanan, tetapi kini dipindahkan ke Kementerian Luar Negeri yang tidak diketahui entah kanan atau entah kiri status kementerian itu.


Menteri Luar Negeri sebelumnya ialah Zambry Abdul Kadir yang sekarang ditukarkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.


Menteri Pertahanan yang baru pula ialah Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO yang sebelum ini adalah Menteri Pengajian Tinggi.


Dalam rombakan ini bermakna, Khaled selaku Naib Presiden UMNO, jawatan nombor tiga dalam parti diberi tanggungjawab menerajui Kementerian Pertahanan, sebuah kementerian yang dianggap kanan, manakala Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO, pemegang jawtaan nombor dua dalam parti, dipindahkan untuk menerajui Kementerian Luar Negeri, sebuah kementerian entah kanan entah kiri.


Terutama di kalangan UMNO, pertukaran ini mendapat respon yang rata-rata menganggapnya sebagai turun pangkat, selain sebuah kementerian yang tidak ada benda boleh diberikan kepada penyokong-penyokong.


Selama ini, Kementerian Pertahanan sentiasa sentiasa diterajui pemimpin yang ada jawatan senior dalam parti, manakala Kementerian Luar Negeri pula biasanya hanya dipegang penjawat parti bertaraf biasa-biasa saja.


Dalam hal ini, ada yang mengatakan pertukaran Tok Mat itu bertujuan untuk menyibukkan beliau dengan urusan di luar negeri serta kekerapan mengiringi lawatan-lawatan Perdana Menteri, sekaligus menjarakkannya dengan aktiviti serta urusan dalaman UMNO yang akhirnya tidak mustahil akan melemahkan kedudukannya dalam parti.


Ia dikatakan ada kaitan dengan komen yang diberikannya selepas keputusan buruk diterima UMNO dalam PRK Kemaman baru-baru ini.


Dalam reaksinya itu,Timbalan Presiden UMNO tersebut dipetik sebagai berkata, keputusan di Kemaman adalah jelas bahawa UMNO masih jauh untuk berjaya dalam mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu.


Katanya lagi, tugas mengembalikan kepercayaan itu adalah tugas sukar tetapi bukan mustahil dan UMNO mesti menerima realiti orang Melayu masih jauh dari mempercayai parti itu sebagai wakil politik mereka yang berkesan.


Kenyataan beliau itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Zahid Hamidi yang mengatakan kekalahan calon BN di Kemaman adalah disebabkan “pengundi putih” tidak keluar mengundi.


Soalnya, gembirakah Tok Mat dengan jawatan barunya ini atau beliau merasakannya ia tidak lebih seperti perbezaan antara berada di Rembau dengan Rantau saja? – ShahbudinHusin 12/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/12/tok-mat-turun-pangkat.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/tok-mat-turun-pangkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persoalannya Kenapa Tok Mat Ditukar

Persoalannya Kenapa Tok Mat Ditukar

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 202 hits
Ada ura ura mengatakan Tok Mat bakal bertukar portfolio ke Kementerian Luar kalau betul maka persoalannya ialah kenapa nak tukar beliau Semua orang tahu Tok Mat sedang buat kerja yang cemerlang di Mindef Banyak masalah masalah di Kementeria...
Of Zahid S Self Denial Vs Tok Mat S Gracious Acceptance Of Umno S Kemaman By Election Defeat

Of Zahid S Self Denial Vs Tok Mat S Gracious Acceptance Of Umno S Kemaman By Election Defeat

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 222 hits
WHETHER this is merely a display of leadership style or a matter of personal opinion there is somehow a contrast in how the two top UMNO leaders perceive the party s defeat in the Kemaman parliamentary by election over the last weekend Part...
Betulkah Kj Ambil Berat Tentang Tok Mat

Betulkah Kj Ambil Berat Tentang Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 179 hits
Aku ada tengok sedutan podcast Keluar Sekejap KJ dan Shahir Dalam podcast tu nampaknya KJ macam ambil berat betul dengan Tok Mat Dia risaukan masa depan politik Tok Mat terancam bila dipindahkan ke Kementerian Luar Ye ke KJ risaukan Tok Mat...
Long Way To Go To Recapture Malay Vote Tok Mat Says After Kemaman Loss

Long Way To Go To Recapture Malay Vote Tok Mat Says After Kemaman Loss

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 161 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan says certain aspects in the party including its strategy and work ethics need to be looked into if it wants to regain the trust of the Malay community PETALING JAYA Umno deputy president Mohamad Hasan say...
Tok Mat Akan Ikut Pmx Keluar Setiap Kali Ada Lawatan Itu Akan Memberi Kelebihan Beliau Dikenali

Tok Mat Akan Ikut Pmx Keluar Setiap Kali Ada Lawatan Itu Akan Memberi Kelebihan Beliau Dikenali

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 159 hits
Aku diberitahu dah ada hasutan syaitan berkenaan rombakan kabinet Kononnya Timb Presiden UMNO Mohamad Hasan sedang dilemahkan oleh DS Anwar dan Zahid Hamidi dengan meletakkannya sebagai Menteri Luar Tapi bagi aku ia sebenarnya memperkuatkan...
No Peacekeepers To Palestine Without Un Mandate Says Tok Mat

No Peacekeepers To Palestine Without Un Mandate Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 231 hits
Defence minister Mohamad Hasan said decisions to send a peacekeeping force are not determined by the defence ministry but guided by foreign ministry policy KUALA LUMPUR The government cannot send a peacekeeping force to Palestine without ge...
Malaysia Bakal Terima Dron Bot Pemintas Dari Jepun Kata Tok Mat

Malaysia Bakal Terima Dron Bot Pemintas Dari Jepun Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 215 hits
Menteri Luar Mohamad Hasan berkata sempadan maritim negara adalah luas dan teknologi dron berkesan untuk membuat pemantauan dan bot pemintas yang laju untuk mengejar penceroboh TOKYO Peralatan yang bakal diterima Malaysia menerusi geran ban...
Cara Muat Turun Ios 15 Public Beta

Cara Muat Turun Ios 15 Public Beta

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 131 hits
Apple telah melancarkan iOS 15 public beta OS generasi terbaru diumumkan oleh syarikat teknologi itu pada persidangan WWDC pada awal bulan Jun Kemas kini akan membawa ciri dan peningkatan baru pada iPhone Apple seperti kemampuan mencari tek...
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinda Dania Katana Chord

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60

Makan Kenduri Di Telok Panglima Garang

3 Beranak Ke Ikea Cheras