Tok Mat Kemuka Notis Rayuan


NORAFIDAH ASSAN
Mohamad ketika sidang media di Bangunan Umno negeri, hari ini.   SEREMBAN - Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya terhadap keputusan Hakim Pilihan Raya, Datuk Azimah Omar berhubung petisyen pilihan raya Dun Rantau, pagi tadi.

Notis tersebut dikemukakan melalui Tetuan Hafarizam Wan    & Aisha Mubarak.

Katanya, setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan, beliau telah membuat keputusan untuk merayu terhadap keputusan yang dibuat oleh hakim yang mengisytiharkan keputusan PRU14 bagi kerusi N27 Rantau terbatal.

"Keputusan untuk merayu dibuat setelah meneliti alasan penghakiman yang diberikan secara lisan dan juga selepas nasihat yang diterima daripada peguam demi mempertahankan kerusi Dun Rantau.

[ARTIKEL BERKAITAN: Petisyen Dun Rantau: Tok Mat masih bincang]

"Rayuan ini juga adalah kesinambungan daripada rayuan yang dibuat oleh SPR  dan Pegawai Pengurus bagi Rantau, Amino Agos yang telah memfailkan Notis Rayuan pada 28 November lalu.

"Notis Rayuan ke Mahkamah Persekutuan ini telah difailkan pagi tadi sebelum tempoh 14 hari untuk memfailkan notis akhir yang mana akan berakhir hari esok," katanya pada Sidang Media di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Adun Rantau berkata, rayuan ini juga untuk membebaskannya daripada sebarang dakwaan salah laku terhadapnya semasa hari penanaman calon pada PRU14 lepas.

"Keputusan ini adalah demi kepentingan terbaik pengundi-pengundi di Dun Rantau dan juga sebagai benteng untuk mempertahankan posisi saya selaku Adun Rantau," katanya.

Terdahulu, pada 16 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Dun Rantau pada PRU 14 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan satu PRK diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding.

Petisyen ke atas kerusi Dun Rantau difailkan oleh ahli PKR Dr. S. Streram yang juga calon PKR bagi kerusi itu pada 23 Mei lalu.


 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/tok-mat-kemuka-notis-rayuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rantau Dr Streram Tak Sangka Tok Mat Fail Rayuan Keputusan

Rantau Dr Streram Tak Sangka Tok Mat Fail Rayuan Keputusan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 365 hits
SEREMBAN Bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke 14 Dr S Streram tidak menjangka Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya sebelum ini Beliau berkata Mohamad keli...
Tok Mat Fail Rayuan Batal Keputusan Mahkamah Spr

Tok Mat Fail Rayuan Batal Keputusan Mahkamah Spr

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 288 hits
SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan mahkamah yang memutuskan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke 14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau adalah terbatal dan tidak sah...
Rafizi Cabar Saya Sanggup Lawan Siapa Sahaja Tok Mat

Rafizi Cabar Saya Sanggup Lawan Siapa Sahaja Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 270 hits
KUANTAN Timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berikrar akan berusaha sehabisnya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau pada pilihan raya kecil yang akan diadakan Mohamad yang menyandang kerusi itu sejak tahun 200...
Pas Akan Beri Sokongan Undi Jentera Pada Tok Mat

Pas Akan Beri Sokongan Undi Jentera Pada Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 351 hits
MALAYSIAKINI PAS memutuskan akan memberi undi dan jika perlu menurunkan jentera partinya bagi menyokong Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menjadi calon pilihan raya semula Dewan Undangan Negeri Rantau maklum Setiausaha Agung PAS Tak...
Dun Rantau Umno Sah Pertaruhkan Tok Mat

Dun Rantau Umno Sah Pertaruhkan Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 324 hits
Wartawan Watan Online Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Datuk Seri Mohamad Hasan akan dipertaruhkan kembali bagi mempertahankan kerusi DUN Rantau yang diisytiharkan kosong selepas kemenangan Timbalan Presiden UMNO itu dibatalkan ...
Mahkamah Putuskan Kemenangan Tok Mat Di Dun Rantau Tidak Sah Dan Terbatal

Mahkamah Putuskan Kemenangan Tok Mat Di Dun Rantau Tidak Sah Dan Terbatal

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 501 hits
Mahkamah putuskan kemenangan Tok Mat di DUN Rantau tidak sah dan terbatalMahkamah Khas Pilihan Raya pada Jumaat memutuskan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau adalah...
Tok Mat Dicalonkan Semula Di Dun Rantau Ahmad Zahid

Tok Mat Dicalonkan Semula Di Dun Rantau Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 376 hits
16 November 2018 7 08 PM KUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau
Tok Mat Berterima Kasih Pada Pas Kerana Beri Laluan Di Rantau

Tok Mat Berterima Kasih Pada Pas Kerana Beri Laluan Di Rantau

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 378 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan hari ini berterima kasih kepada PAS kerana kesediaan parti itu memberi laluan kepada Umno bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Mohamad berkata beliau turut menyambut baik hasra...
Warga Emas Maut Dipercayai Dipukul Anak Guna Kerusi

Weaponising Disability An Assault On Dignity Zaid Torches Akmal

Kau Ni Siapa Cerita Macam Tahu Semua Guru Wanita Dikecam Buat Kenyataan Zara Diputar Dalam Mesin Basuh

Peruntukan Bumiputera Paling Tinggi Sejak Merdeka Hanya Madani Berani Beri Pm Anwar

August Power Rankings The Top 5 Bike Exif Custom Motorcycles

Socmed Marketing For Businesses

A Voice They Should Have Feared

3 Peranti Terbaru Cuktech Yang Awesome Sempena Hari Merdeka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Guna Printing Silkscreen Pada Guni Tanah Baja Murah Tahan Lasak Profesional

Seluruh Kampung Musnah Dalam Bencana Cloudburst

Terengganu Bot Bertembung Nelayan Maut Tercampak Ke Laut

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara

Kl Metropolis Park