Rantau Dr Streram Tak Sangka Tok Mat Fail Rayuan Keputusan



SEREMBAN: Bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr S Streram, tidak menjangka Datuk Seri Mohamad Hasan, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya sebelum ini.

Beliau berkata, Mohamad kelihatan yakin untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan selepas kemenangannya tanpa bertanding pada PRU-14 lalu diputuskan sebagai batal dan tidak sah, 16 November lalu.

“Saya tidak jangka beliau akan buat rayuan sebab nampak begitu yakin untuk lawan sebelum ini. Sebenarnya lebih elok beliau buat rayuan awal sebab proses boleh bermula lebih cepat, tapi mungkin beliau memang sengaja melambatkannya.

“Tidak dinafikan, perkembangan ini sedikit sebanyak menjejaskan momentum dan persediaan kita untuk menghadapi PRK di Rantau. Apa pun, kita tetap bersedia dan bekerja untuk masyarakat seperti biasa,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Semalam, Mohamad menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen PRU Ke-14 yang memutuskan kemenangannya di DUN Rantau, tidak sah dan terbatal di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR negeri, Mokhtar Ahmad, berkata keputusan Mohamad itu memberi kelebihan kepada pihaknya.

“Dari satu sudut, kita melihat keputusannya membuat rayuan bermakna PRK akan lebih lambat diadakan. Ini memberi banyak masa kepada PKR membuat persediaan dan mengatur strategi dengan lebih kemas dan tersusun.

“Malah, masa itu juga membolehkan perpecahan yang berlaku ketika menghadapi pemilihan parti sebelum ini bertaut semula, sekali gus membolehkan calon PKR menerima sokongan padu,” katanya.

Beliau berkata, gerak kerja menghadapi PRK berkenaan tetap diteruskan seperti biasa dan tumpuan ketika ini adalah mengenal pasti strategi paling sesuai digunakan untuk menentang Mohamad yang dianggap sebagai gergasi di Rantau. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/11/rantau-dr-streram-tak-sangka-tok-mat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Fail Rayuan Batal Keputusan Mahkamah Spr

Tok Mat Fail Rayuan Batal Keputusan Mahkamah Spr

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 278 hits
SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan mahkamah yang memutuskan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke 14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau adalah terbatal dan tidak sah...
Mohamad Hasan Fail Rayuan Keputusan Pru 14 Dun Rantau

Mohamad Hasan Fail Rayuan Keputusan Pru 14 Dun Rantau

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 426 hits
SEREMBAN Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytharkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau terbatal dan tidak sah Timbalan Presiden UM...
Tok Mat Kemuka Notis Rayuan

Tok Mat Kemuka Notis Rayuan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 318 hits
NORAFIDAH ASSANMohamad ketika sidang media di Bangunan Umno negeri hari ini SEREMBAN Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap keputusan Hakim Pilihan Raya Datuk Azim...
Tok Mat Berterima Kasih Pada Pas Kerana Beri Laluan Di Rantau

Tok Mat Berterima Kasih Pada Pas Kerana Beri Laluan Di Rantau

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 365 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan hari ini berterima kasih kepada PAS kerana kesediaan parti itu memberi laluan kepada Umno bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Mohamad berkata beliau turut menyambut baik hasra...
Dun Rantau Umno Sah Pertaruhkan Tok Mat

Dun Rantau Umno Sah Pertaruhkan Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 315 hits
Wartawan Watan Online Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Datuk Seri Mohamad Hasan akan dipertaruhkan kembali bagi mempertahankan kerusi DUN Rantau yang diisytiharkan kosong selepas kemenangan Timbalan Presiden UMNO itu dibatalkan ...
Tok Mat Mesti Dimenangkan Di Prk Rantau Dan Umno Mampu Bangkit Semula Dengan Syarat

Tok Mat Mesti Dimenangkan Di Prk Rantau Dan Umno Mampu Bangkit Semula Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 446 hits
Dengan syarat pemimpin umno Yang blacklist ctos Ccris korup penyamun disingkir pecat letak jawatan Dan dijauhi Tidak Ada sebab Untuk tidak sokong umno jika sudah bersih dalam Masa Yang sama elok diperhatikan sejauh Mana hadi Dan zahid mampu...
Pas Akan Beri Sokongan Undi Jentera Pada Tok Mat

Pas Akan Beri Sokongan Undi Jentera Pada Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 342 hits
MALAYSIAKINI PAS memutuskan akan memberi undi dan jika perlu menurunkan jentera partinya bagi menyokong Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menjadi calon pilihan raya semula Dewan Undangan Negeri Rantau maklum Setiausaha Agung PAS Tak...
Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Not By Accident

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Tips Menang Di Gudangtoto

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Asam Perut Lembu

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Penunggang Motosikal Maut Langgar Tembok Batu Tercampak Sebelum Jatuh Parit

Daqmie Korbankanlah Chord

Father S Day Chocolate Treats By Elevete You Can T Miss