Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat


freemalaysiatoday.com
Bernama
-November 16, 2021 7:15 PM
Mohamad Hasan berkata, BN dan Umno juga sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) sahaja.
MELAKA: Barisan Nasional (BN) meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berdasarkan kajian sikap yang dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN dilaksanakan, selain data pengundi yang konsisten memilih BN sejak pilihan raya umum ke-11 (PRU11) sehingga PRU14.

“Kalau boleh kita nak menang 20 kerusi…kita cuba untuk kekalkan yang 13 kerusi (dimenangi pada PRU14) dan kita punya sasaran adalah kepada tumpuan lima lagi kerusi, (menjadikan keseluruhan) 18 kerusi.

“Tetapi jika kita dapat lepasi jumlah 15 kerusi (majoriti mudah untuk membentuk kerajaan), pun dah syukur Alhamdulillah, kita boleh tubuhkan kerajaan kita sendiri.

“Jadi untuk mendapatkan satu kerajaan yang stabil, kita mesti tubuh kerajaan atas kekuatan kita sendiri. Jadi kita tak akan terus setiap hari diancam, diugut nak tarik diri. Kalau selagi perkara itu berlaku, kerajaan tak akan stabil,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama hari ini.

Pada PRN Melaka, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh MCA dan satu MIC.

Pada PRU14, Umno menang di kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Ditanya sama ada BN sedia membentuk kerajaan campuran bersama pihak lain sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi, Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata parti itu sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) sahaja.

“Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa…tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh… apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, Umno tak boleh. Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat,” katanya.

Selain itu, Mohamad berkata bagi meremajakan parti dan mempamerkan keterbukaan, BN mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan calon-calon muda bagi PRN Melaka bagi memenuhi selera pengundi.

“Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka yang sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.

“Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada Umno. Parti-parti lain menggamit anak muda seperti DAP, PKR,Bersatu, PAS… Umno masih duduk dalam gua dia…tak boleh.

“Jadi PRN ini melambangkan (bahawa) yang UMNO benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, but inilah wajah Umno yang nak saya bawa,” katanya.

Ditanya mengenai peluang BN di kerusi panas iaitu Tanjung Bidara yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata pertandingan di kawasan berkenaan dijangka sengit.

“Sengitlah, saya tak kata akan jadi kerusi Bersatu,” katanya.

Ab Rauf akan ditentang oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin mewakili PN dan Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH).

Bagi tiga kerusi iaitu Asahan, Duyong dan Gadek yang menyaksikan pertembungan enam penjuru, Mohamad berkata situasi berkenaan memberi kelebihan buat BN.

Mengenai Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori bersama PAS, beliau berkata meskipun tiada kerjasama membabitkan kedua-dua parti itu pada PRN Melaka, namun kerjasama boleh diadakan pada masa akan datang termasuk membabitkan soal penyatuan ummah.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini (20 Nov)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-bn-ramal-menang-18-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prnmelaka Pas Sudah Ditawarkan Kerusi Di Prn Melaka Tok Mat

Prnmelaka Pas Sudah Ditawarkan Kerusi Di Prn Melaka Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh Bamjekk Semua orang salahkan UMNO semua orang kata UMNO tamak tamak kuasa saya tak nampak tamak kuasa dimana Kalau kita tamak kuasa semasa Pakatan Harapan jatuh kita tak bagi orang lain menjadi perdana menteri kan Kita masa itu 43 keru...
Prn Melaka Pas Yakin Parti Dalam Kerajaan Akan Capai Kata Sepakat Hadapi Piliha Raya

Prn Melaka Pas Yakin Parti Dalam Kerajaan Akan Capai Kata Sepakat Hadapi Piliha Raya

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 320 hits
KUALA TERENGGANU PAS yakin kesepakatan antara parti parti di dalam kerajaan akan dapat dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata meskipun penaman calon bagi...
Prn Melaka Pkr Jangka Menang 6 Kerusi Dun

Prn Melaka Pkr Jangka Menang 6 Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 346 hits
Meskipun terdapat pelbagai tinjauan mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka terutama gabungan manakah yang akan membentuk kerajaan namun KEADILAN menjangkakan parti itu akan menang di 6 kerusi DUN pada 20 November nanti Menurut Pengerusi Majlis...
Prn Melaka Perikatan Nasional Tanding Kesemua 28 Kerusi Dewan Undangan Negeri

Prn Melaka Perikatan Nasional Tanding Kesemua 28 Kerusi Dewan Undangan Negeri

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 268 hits
SHAH ALAM Perikatan Nasional akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebanyak 15 kerusi Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia pula sebanyak lima kerusi...
Prn Melaka Penduduk Persoal Komitmen Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah Banjir

Prn Melaka Penduduk Persoal Komitmen Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah Banjir

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 364 hits
Penduduk Taman Bukit Beruang Bestari Ayer Keroh Melaka sekali lagi mempersoal Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kerana tiada langkah susulan berhubung masalah banjir di kawasan itu SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroaw
Ummah Ramal Pn Mampu Bentuk Kerajaan Melaka

Ummah Ramal Pn Mampu Bentuk Kerajaan Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 201 hits
Menurut Mohd Zai dapatan kajian tersebut menunjukkan 92 peratus daripada responden menolak gejala rasuah dan 54 peratus pula sukakan Presiden PN Muhyiddin Yassin kerana dianggap cakna kepada kebajikan rakyat semasa pandemik Covid 19 Kesimpu...
Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 327 hits
November 4 2021 Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerus...
Prn Melaka Kerajaan 18 Bulan Lebih Matang Kata Bakal Km Melaka

Prn Melaka Kerajaan 18 Bulan Lebih Matang Kata Bakal Km Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 345 hits
agendaily com8 11 2021Bakal Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berdepan saingan sengit di DUN Tanjung Bidara pada PRN Melaka Bakal Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan 18 bulan Barisan Nasional Melaka te...
Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 197 hits
MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka Sabtu ini Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbala...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis