Tmj Jangan Campuri Hal Ehwal Politik Kata Khairuddin


Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diingatkan agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara termasuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur politik dan bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Bekas Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan Tunku Ismail agar belajar menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagaimana rakyat dan semua pihak menghormati Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.
“Saya harap TMJ harus belajar dan berdisiplin untuk tidak mencampuri hal ehwal politik negara! Adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara untuk beliau mencampuri mengenai isu-isu politik!
“Takkan TMJ tak faham Perlembagaan! Sungguh tidak tepat serta tidak molek untuk TMJ berterusan membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur politik!
“Untuk pengetahuan TMJ, apa yang kami sedang usahakan ini adalah untuk kestabilan politik negara seterusnya membina Malaysia baharu demi kesejahteraan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tunku Ismail melalui laman Instagram miliknya, Tengku Ismail berkata, di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terdapat pula kumpulan yang gilakan kuasa.
Meskipun tidak memetik secara jelas nama mana-mana pihak, tetapi perkara itu dituju kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru sahaja mengumumkan penubuhan parti barunya.
“Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.
“Semua dah kaya raya tetapi masih gila kuasa. Ada juga aku ‘backhand’ seorang-seorang,” katanya.
Dalam pada itu, Khairuddin juga mengingatkan Tunku Ismail bahawa apa yang sedang dilakukan pihaknya bersama Dr Mahathir melalui penubuhan parti baharunya itu untuk melawan semula unsur-unsur kleptokrasi yang sedang kembali dalam senario politik mutakhir tanah air.
“Budaya kleptokrasi wajib ditentang secara total dan tidak boleh dibiar untuk berakar semula! Jika ini berlaku semula keseluruhan institusi kenegaraan akan runtuh!
“Perjuangan kami adalah untuk menentang apa saja bentuk salah laku yang dilakukan tak kira oleh sesiapa pun! Sesiapa pun tak perlu ajar kami dalam hal ehwal politik! Sesungguhnya, kami adalah para pejuang tulen yang ingin selamatkan negara kita yang tercinta ini,” katanya.
Sementara itu, Majlis Raja-Raja Melayu harus menegur sikap Tunku Ismail yang sering kali suka membuat kenyataan-kenyataan politik dan secara tidak langsung mencampuri bidang yang tidak sepatutnya dicampuri pihak istana.
“Apa pun komen TMJ pada realitinya tidak terkesan langsung pada kami! Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami akan teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi masa depan bangsa serta negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
The post TMJ jangan campuri hal ehwal politik, kata Khairuddin appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/11/tmj-jangan-campuri-hal-ehwal-politik-kata-khairuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 330 hits
KOTA KINABALU Pengarah komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing berkata parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dan pernah ditandingi sebelum ini Selain itu katanya Umno Sabah juga...
Azmin Jangan Terlalu Banyak Main Politik Fokus Rakyat Ekonomi

Azmin Jangan Terlalu Banyak Main Politik Fokus Rakyat Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 448 hits
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan menyertai PN tidak menjejaskan kerajaan semasa KUALA PILAH Menteri Kanan ...
Ahli Politik Ini Nasihat Jangan Langgar Sop Covid 19 Kerana Beliau

Ahli Politik Ini Nasihat Jangan Langgar Sop Covid 19 Kerana Beliau

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 339 hits
Foto TTKMUcapan beliau Kalian tidak perlu berhimpun untuk saya kerana nyawa kalian sangat berharga Saya tidak sanggup melihat kalian dijangkiti virus maut Covid 19 semata mata kerana saya Cukuplah doa kalian untuk saya dalam menghadapi musi...
Ditinggal Partainya Sendiri Benyamin Davnie Politik Itu Jangan Baper

Ditinggal Partainya Sendiri Benyamin Davnie Politik Itu Jangan Baper

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 249 hits
DPP Partai Nasional Demokrat telah memberikan rekomendasi dukungan kepada pasangan bakal calon walikota Tangerang Selatan Muhamad dengan Rahayu Saraswati Djojohadikusumo di Pilkada Tangsel 2020 Menanggapi keputusan DPP NasDem Ketua Dewan Pe...
Macau Jangan Ambil Mudah Isu Jho Low Kata Kpn

Macau Jangan Ambil Mudah Isu Jho Low Kata Kpn

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 266 hits
Jho Low bukan saja dikehendaki pihak berkuasa bagi pembabitannya dalam kes penyelewengan dana 1MDB tetapi merupakan saksi penting perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak KUALA LUMPUR Pihak berkuasa Macau perlu mengambil be...
Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 481 hits
Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak Dua perkataan Jangan Mimpi Cadangan kepada PPBM Sabah Kalau nak bersahabat dengan UMNO buat cara bersahab...
Kronologi Kades Di Sulbar Bunuh Diri Dan Berpesan Ke Anak Jangan Masuk Politik

Kronologi Kades Di Sulbar Bunuh Diri Dan Berpesan Ke Anak Jangan Masuk Politik

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 404 hits
Kepala Desa Buangin Kabupaten Mamasa Sulawesi Barat Pelipus ditemukan tewas tergantung di kabel mikrofon yang terikat di batang pohon kopi milik warga Sebelumnya ia sedang dalam perjalanan ke kantor desa untuk menyalurkan bantuan langsung t...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan