Titipan Akhir 2024
Last post aku pasal Tatula Type-R custom tu dah agak lama,awal 2024. Sekarang dah hampir ke penghujung 2024, dan sepanjang tempoh tu ada beberapa pembelian alatan pancing yang aku dah buat
1. Rod Expert Graphite Black Stone Fortitude 6-18lb- rod ni adalah rod ‘termahal’ yang ada dalam koleksi aku.Harga RM445. Nampak kan barang mahal bagi aku tak mahal mana pun.Rod ni patah top section semasa kali kedua dibawa ke kolam Delek Fishing Park akibat kesilapan teknik melambung ikan
- Aku peram agak lama sebelum disambung semula menggunakan blank yang disalvage dari rod Hasamu Ikarus.Malangnya blank Hasamu tersebut terlalu nipis dan sambungan gagal
- Aku berjaya keluarkan semula blank yang patah tu dan kali kedua aku gunakan blank yang diambil dari rod Storm Adventure.Hasil ujian nampaknya sambungan berfungsi dengan baik
- Rod ni kembali berkhidmat dan dipadankan dengan Tatula 100 + Asuka Bravo 8X 25lb
2. Rod Asuka Marksman ni entah macamana aku terbeli sebab pengaruh Tiktok dan juga racunan kerabat keluarga. Team adik beradik aku semua ambil rod ni dengan saiz 4-10lb, aku sorang je beli 6-12lb
- Dengan harga RM268 aku rasa berbaloilah dengan kualiti dia. Tapi kalau dibandingkan dari segi kekuatan, aku rasa rod one piece ni kena beli satu level bawah dari target kekuatan rod yang kita nak. Contohnya rod aku beli 6-12lb,kekuatan dia setara dengan rod 6-17/8-17lb two piece
- Atau kalau nak kekuatan 6-12lb,cukup dengan beli rod berpoundage 4-10lb.Boleh faham kan
- Rod ni aku padankan dengan reel dari ATC Kraven 100
3. Reel ATC Kraven ni pun pembelian yang tiba-tiba juga. Aku tak ingat sebab apa,yang aku pasti wife aku yang belikan. Harganya RM335 dan macam biasa kayuhan kanan
- Dari segi spec tiada apa-apa yang amazing kecuali drag plate multi stack.Drag clicker?None. Walaupun main gear dia aluminium dan main body dari carbon, overall weight dia tidaklah ringan macam ATC Combat CF BFS. Dengan berat 190g, angkanya tidaklah mengkagumkan. Tapi real usage semasa dipadankan dengan rod Asuka Marksman, aku boleh katakan beratnya agak selesa
- So far inilah pair yang aku kerap bawa ke kolam air masin buat masa ni. Padanan dengan mainline Asuka Bravo 4X 20lb cukup memadai untuk melayan ikan-ikan kolam air masin
4. Pembelian terakhir tahun ni ialah rod dari jenama baru iaitu DASH. Spesifikasi yang aku beli ialah 4-10lb one piece. Memandangkan kategori 4-10lb aku cuma ada two piece Rentaka BlackHeart, maka aku lengkapkan kelas 4-10lb dengan rod ni
- Harganya ialah RM288, kemasan agak cantik dengan handle monocoque ala-ala carbon fiber dan pengunci reel seat aluminium beserta ‘clicker’ (useless feature sebenarnya)
- Sayangnya rod ni agak berat untuk kategori 4-10lb iaitu 134g. Kebiasaannya bawah 100g adalah berat normal untuk kelas ini. Aku suspek berat berlebihan ni kerana binaan blanknya agak tebal sebab rod DASH ni memfokuskan permainan di kawasan heavy cover. - Sensitiviti rod pula ialah extra fast, amat kejung untuk lontaran umpan-umpan ringan
- Tapi dari segi kekuatan lifting power aku boleh kategorikan setara dengan rod 6-12lb one piece.
Tahun ni aktiviti memancing aku agak perlahan. Kekerapan memancing berkurangan kepada sebulan sekali. Aku ada banyak masa, cuma team adik beradik aku sibuk dengan urusan masing-masing
Semoga tahun mendatang, hobi memancing aku ni masih bertahan. Jumpa lagi tahun depan. Assalamualaikum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://blog5zal.blogspot.com/2024/11/titipan-akhir-2024.html