Borang Opsyen Sspa 2024 Berdasarkan Kategori Lampiran


Borang Opsyen SSPA 2024, Tempoh Opsyen, Kategori dan Lampiran G – P
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi membangun Malaysia MADANI.
Ia merupakan sistem baharu yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
Pegawai awam diminta untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024.
Tempoh opsyen adalah selama 40 hari, bermula dari 21 Oktober 2024 hingga 30 November 2024. Dalam tempoh ini, pegawai awam perlu membuat keputusan sama ada; Bersetuju menerima SSPA, atau
Tidak bersetuju dan kekal dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Pegawai perlu mengisi dan mengembalikan borang opsyen yang telah lengkap kepada Ketua Jabatan sebelum atau pada 30 November 2024.
Penting bagi setiap pegawai awam untuk memahami sepenuhnya implikasi pemilihan SSPA sebelum membuat keputusan dan mengisi borang opsyen dalam tempoh 40 hari yang diberikan.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
Borang Opsyen SSPA 2024 Borang opsyen SSPA 2024 merupakan mekanisme untuk penjawat awam membuat pilihan sama ada untuk menerima atau menolak sistem Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024.
Tawaran opsyen kepada semua pegawai yang layak akan diuruskan oleh Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. 
Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/Agensi hendaklah menyediakan borang opsyen yang berkenaan kepada pegawai mengikut kategori opsyen yang ditetapkan. 
Pegawai bertanggungjawab untuk membuat pilihan opsyen sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran opsyen yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan hendaklah mengembalikan borang opsyen berkenaan kepada Ketua Jabatan masing-masing sebelum atau pada 30 November 2024. 
Tempoh Penawaran Opsyen Tawaran opsyen SSPA dibuka selama 40 hari, bermula dari 21 Oktober hingga 30 November 2024. Semua penjawat awam perlu membuat keputusan dan mengembalikan borang opsyen yang telah dilengkapkan dalam tempoh ini.
Selama tempoh berkenaan, semua kementerian dan jabatan mesti melaksanakan urusan menandatangani opsyen SSPA selewat-lewatnya 30 Nov 2024.
Tempoh 40 Hari adalah tempoh yang munasabah bagi memberi peluang dan ruang masa yang mencukupi kepada pegawai untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam pemilihan opsyen.
Sekiranya anda menghantar borang sebelum 15 November 2024, anda akan menikmati pelarasan gaji bermula 1 Disember 2024. 
Namun, jika borang dihantar selepas 15 November 2024 tetapi sebelum 30 November 2024, pelarasan gaji hanya akan bermula pada 1 Januari 2025.
Harap maklum, borang yang dihantar selepas 30 November 2024 tidak akan diproses, dan anda akan dianggap kekal dengan SSM.
Bagi mereka yang tidak memilih SSPA akan kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), namun tidak akan menikmati pelarasan gaji dalam skim baharu yang berkuat kuasa 1 Dis. 
Apa yang Perlu Dilakukan? – Tanggungjawab KJ & Pegawai Dalam tempoh 40 hari, berikut ialah apa yang perlu dilakukan oleh KJ/PSM dan juga Pegawai (rujuk gambar rajah di atas).
KJ/PSM 
Cetak dua set borang (satu set KJ, satu set pegawai).  Lengkapkan A1 + A2.  Serahkan kepada pegawai  A1 + A2 + A3.  Menerima dan menyimpan A2 selepas pegawai tandatangan. Menerima dan menyimpan A3 dalam tempoh 40 hari selepas pegawai membuat pilihan.  Melengkapkan A4 >> kemudian, serahkan kepada pegawai. Kemaskini pilihan opsyen dalam HRMIS. Rekod pilihan opsyen dalam BPK & HRMIS. Rekod pelarasan gaji. Pegawai
Terima dokumen yang diserahkan A1 + A2 + A3 Simpan A1. Tandatangan A2 >> serahkan kepada KJ/PSM untuk disimpan.  Pilih Opsyen A3  >> serahkan kepada KJ/PSM dalam tempoh 40 hari.  Menerima dan menyimpan A4 selepas KJ/PSM lengkapkan borang tersebut. Semak maklumat dalam HRMIS. NOTA: 
A1 – Surat tawaran Opsyen A2 – Akuan Terima (Pegawai) A3 – Borang Opsyen  A4 – Akuan Terima (KJ) Kategori Opsyen Terdapat lima kategori opsyen SSPA yang berbeza bergantung pada keadaan skim perkhidmatan pegawai:
1. Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan: Untuk skim perkhidmatan yang tidak mengalami perubahan di bawah SSPA.
2. Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dinaik Taraf Dengan Kelayakan Masuk Peringkat SPM: Terbahagi kepada 3 sub-kategori:
a. Skim Perkhidmatan Yang Digabung Ke Skim Perkhidmatan Baharu
b. Skim Perkhidmatan Yang Dinaik Taraf Ke Skim Perkhidmatan Berkelayakan SPM
c. Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Ke Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa
3. Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Ke Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa: Untuk skim perkhidmatan yang akan dihentikan dan digabungkan dengan skim yang sedia ada.
4. Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Di Bawah SSM: Untuk skim perkhidmatan yang akan dihentikan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
5. Opsyen Bagi Pegawai Yang Kekal Dalam Skim Perkhidmatan Di Bawah Jawatankuasa Kabinet 1976 dan SSB Serta Jawatan Dihapuskan: Untuk pegawai yang masih berada dalam skim perkhidmatan lama atau jawatan yang akan dihapuskan.
NOTA: Setiap pegawai akan menerima borang opsyen yang sesuai dengan kategori skim perkhidmatan masing-masing. Penting bagi pegawai untuk memastikan semua maklumat yang diberikan dalam borang opsyen adalah tepat dan lengkap sebelum mengembalikannya kepada Ketua Jabatan dalam tempoh yang ditetapkan.
Borang yang Perlu Diisi Mengikut Kategori Opsyen Kategori A: Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan Penyeragaman dan penggelaran semua gred. 
Borang yang perlu diisi ialah Lampiran G (G1 – G4). 
Lampiran G
Berikut ialah set Lampiran G yang mengandungi 4 bahagian G1-G4, dan mempunyai 13 muka surat.
Muat Turun Lampiran G
Sila muat turun PDF Lampiran G di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_GMUAT TURUN Kategori B: Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dinaik Taraf Kelayakan Masuk SPM Borang yang perlu diisi ialah Lampiran H I, J K, L M. 
B1: Skim Perkhidmatan yang Dijumudkan dan Digabung ke Skim Perkhidmatan Baharu
Skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk PMR digabung dan dinaik taraf dengan kelayakan masuk SPM ke Skim Perkhidmatan Pembantu Khidmat Am Gred H1
Lampiran H1-H4 (memenuhi syarat) Lampiran I1-I4 (belum memenuhi syarat) Lampiran H
Berikut ialah set Lampiran H yang mengandungi 4 bahagian H1-H4, dan mempunyai 14 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang sudah memenuhi syarat, untuk kategori B1.
Muat Turun Lampiran H
Sila muat turun PDF Lampiran H di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_HMUAT TURUN Lampiran I
Berikut ialah set Lampiran I yang mengandungi 4 bahagian I1-I4, dan mempunyai 14 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang BELUM memenuhi syarat, untuk kategori B1.
Muat Turun Lampiran I
Sila muat turun PDF Lampiran I di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_IMUAT TURUN B2: Skim Perkhidmatan yang Dinaiktaraf ke Skim Perkhidmatan Berkelayakan SPM
Nama skim perkhidmatan dikekalkan tetapi kebanyakan kelayakan masuk dan gred di naik taraf ke peringkat SPM. Ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1.  Lampiran J1-J4 (memenuhi syarat) Lampiran K1-K4 (belum memenuhi syarat) Lampiran J
Berikut ialah set Lampiran J yang mengandungi 4 bahagian J1-J4, dan mempunyai 14 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang SUDAH memenuhi syarat, untuk kategori B2.
Muat Turun Lampiran J
Sila muat turun PDF Lampiran J di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_JMUAT TURUN Lampiran K
Berikut ialah set Lampiran K yang mengandungi 4 bahagian K1-K4, dan mempunyai 14 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang BELUM memenuhi syarat, untuk kategori B2.
Muat Turun Lampiran K
Sila muat turun PDF Lampiran K di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_KMUAT TURUN B3: Skim Perkhidmatan yang Dijumudkan ke Skim Perkhidmatan Berkuatkuasa
Skim perkhidmatan asal dijumudkan dan pegawai ditukar lantik ke sistem perkhidmatan seperti di bawah:
Pengawal keselamatan (KP11, KP14, KP18) >> Pembantu Keselamatan (KP1) Pengawas Hutan (G11, G14) >> Pengawas Hutan (G1) Pembantu Hidupan Liar (G11, G14) >> Pembantu Hidupan Liar (G1) Lampiran L1-L4 (memenuhi syarat) Lampiran M1-M4 (belum memenuhi syarat) Lampiran L
Berikut ialah set Lampiran L yang mengandungi 4 bahagian L1-L4, dan mempunyai 14 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang SUDAH memenuhi syarat, untuk kategori B3.
Muat Turun Lampiran L
Sila muat turun PDF Lampiran L di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_LMUAT TURUN Lampiran M
Berikut ialah set Lampiran M yang mengandungi 4 bahagian M1-M4, dan mempunyai 13 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang BELUM memenuhi syarat, untuk kategori B3.
Muat Turun Lampiran M
Sila muat turun PDF Lampiran M di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_MMUAT TURUN Kategori C: Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Ke Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa Skim perkhidmatan asal dijumudkan dan pegawai akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA seperti jadual di bawah (rujuk gambar rajah)
Borang yang perlu diisi ialah Lampiran N (N1 – N4). 
Lampiran N
Berikut ialah set Lampiran N yang mengandungi 4 bahagian N1-N4, dan mempunyai 16 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang tergolong dalam kategori C.
Muat Turun Lampiran N
Sila muat turun PDF Lampiran N di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_NMUAT TURUN Kategori D:  Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Di Bawah SSM Pegawai merupakan pegawai yang memilih SSM Pegawai tidak ditawarkan opsyen semasa penambahbaikan skim perkhidmatan kerana salah lantik Borang yang perlu diisi ialah Lampiran O (O1 – O4). 
Lampiran O
Berikut ialah set Lampiran O yang mengandungi 4 bahagian O1-O4, dan mempunyai 14 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang tergolong dalam kategori D.
Muat Turun Lampiran O
Sila muat turun PDF Lampiran O di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_OMUAT TURUN Kategori E: Opsyen Bagi Pegawai Yang Kekal Dalam Skim Perkhidmatan Di Bawah Jawatankuasa Kabinet 1976 dan SSB Serta Jawatan Dihapuskan Pegawai kekal dalam Sistem Saraan terdahulu
Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 Sistem Saraan Baru (SSB) Borang yang perlu diisi ialah Lampiran P (P1 – P4). 
Lampiran P
Berikut ialah set Lampiran P yang mengandungi 4 bahagian P1-P4, dan mempunyai 14 muka surat. Lampiran ini perlu diisi oleh pegawai yang tergolong dalam Kategori E.
Muat Turun Lampiran P
Sila muat turun PDF Lampiran P di bawah:
SSPA_LAMPIRAN_PDownload Borang Opsyen KPT, ATM, PDRM, SPRM Dan APMM Borang Opsyen Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) BorangOpsyenPP_KPTMUAT TURUN 2. Borang Opsyen Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
BorangOpsyenATMMUAT TURUN 3. Borang Opsyen Polis Diraja Malaysia (PDRM)
BorangOpsyenPDRMMUAT TURUN 4. Borang Opsyen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


BorangOpsyenSPRMMUAT TURUN 5. Borang Opsyen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

BorangOpsyenAPMMMUAT TURUN NOTA PENTING!!
1. Penting untuk diingat bahawa pegawai perlu membaca dan memahami sepenuhnya kandungan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 sebelum mengisi borang opsyen. 
2. Pegawai juga bertanggungjawab untuk:
Menerima dokumen opsyen mengikut kategori yang bersesuaian Mengembalikan Surat Akuan Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SSPA kepada Ketua Jabatan Membuat pilihan opsyen sama ada bersetuju atau tidak bersetuju Mengembalikan borang opsyen yang telah dilengkapkan kepada Ketua Jabatan sebelum atau pada 30 November 2024 Menyimpan salinan dokumen opsyen 3. Ketua Jabatan pula bertanggungjawab untuk memastikan semua pegawai di bawah seliaannya mengembalikan borang opsyen SSPA yang telah lengkap dalam tempoh yang ditetapkan.
Anda juga boleh merujuk  PANDUAN MENGISI BORANG OPSYEN SSPA melalui Youtube di pautan berikut: 
(sumber: USTP PPD KOTA BHARU) Syarat Opsyen Pegawai disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SSPA sekiranya;
Tidak buat pilihan  Membuat pilihan dengan syarat Membuat pilihan dengan pindaan Membuat pilihan dengan bantahan Membuat pilihan tidak jelas Tidak mengembalikan borang opsyen Opsyen dianggap tidak sah dan terbatal sekiranya:
Maklumat dikemukakan tidak tepat Pihak lain menandatangani bagi pihak pegawai Pelaksanaan Opsyen Penetapan urusan perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut:
(a) Pegawai dalam Tempoh Percubaan
Bagi pegawai yang dilantik tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan mulai tarikh kuat kuasa SSPA dan bersetuju menerima SSPA, tempoh percubaan pegawai adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.
(b) Pengesahan dalam Perkhidmatan
(i) Bagi pegawai yang masih dalam tempoh percubaan, pengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti yang berikut:
pegawai boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa SSPA tertakluk telah berkhidmat dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya satu (1) tahun atau lebih, dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan di bawah SSPA; atau pegawai yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama tiga (3) tahun tetapi belum memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan, dibenarkan untuk menghabiskan baki tempoh percubaan yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan pegawai boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan di bawah SSPA. (ii) Urusan pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai yang ditukar lantik adalah seperti yang berikut:
pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan asal dan memenuhi syarat pertukaran pelantikan disifatkan telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan baharu sehari selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan. Maklumat pengesahan dalam perkhidmatan pegawai hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai; atau pegawai yang masih dalam tempoh percubaan dan telah memenuhi syarat pertukaran pelantikan boleh disahkan dalam perkhidmatan di jawatan baharu sehari selepas memenuhi syarat-syarat berikut: memenuhi tempoh percubaan minimum dengan mengambil kira tempoh percubaan yang telah dilalui di jawatan asal; dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan di jawatan baharu. Sekiranya pegawai telah memenuhi semua syarat di jawatan asal, syarat pengesahan lain di jawatan baharu dikecualikan. Pegawai yang telah memenuhi sebahagian syarat pengesahan yang ditetapkan di jawatan asal, hanya perlu memenuhi sebahagian syarat di jawatan baharu. (c) Penetapan Tempoh Perkhidmatan Bagi Pegawai Dalam Skim Perkhidmatan Yang Diperuntukkan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK)
(i) Bagi pegawai di dalam skim perkhidmatan yang dipinda syarat kelayakan masuk daripada PT3/PMR ke SPM, tempoh perkhidmatan pegawai dalam skim perkhidmatan asal tidak boleh diambil kira bagi kenaikan pangkat secara TBK.
(ii) Bagi pegawai yang terlibat dalam pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang setara (dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama), tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan diambil kira.
Bagi pegawai yang kekal dalam skim perkhidmatan yang sama, tempoh perkhidmatan pegawai dalam skim perkhidmatan tersebut boleh diambil kira bagi kenaikan pangkat secara TBK.
(d) Penetapan Tempoh Pemangkuan Pegawai Yang Sedang Memangku
Bagi pegawai yang sedang memangku dalam skim perkhidmatan asal, pegawai boleh meneruskan pemangkuan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa kenaikan pangkat yang berkenaan.
(e) Penetapan Kekananan
Penetapan kekananan adalah seperti berikut:
(i) kekananan pegawai di jawatan asal dikekalkan, jika—
dipindahkan ke skim perkhidmatan yang sama dan gred yang setara; ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang baharu diwujudkan; dan ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang berlainan dan gred yang setara. (ii) kekananan pegawai dikira mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan jika ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang berlainan dan gred yang tidak setara.
Pelaksanaan opsyen bagi pegawai dalam keadaan tertentu adalah seperti berikut:
(a)Pegawai Yang Ditukar Sementara
(i) Bagi pegawai yang sedang dalam tempoh pelantikan secara pertukaran sementara—
opsyen hendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terkini; bagi pegawai yang menerima opsyen, pelantikan semula atas skim perkhidmatan dan gred yang berkuat kuasa di bawah SSPA perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan permohonan kepada Ketua Perkhidmatan mengikut baki tempoh pertukaran sementara sedia ada; bagi pegawai yang menolak opsyen, tempoh pertukaran sementara dipendekkan mulai tarikh kuat kuasa SSPA. Pegawai dikehendaki kembali ke Ketua Perkhidmatan untuk penempatan seterusnya; dan bagi keadaan seperti di perenggan (2) dan (3), notis pemendekan tempoh pertukaran sementara selama 30 hari adalah dikecualikan. (ii) Pegawai yang menolak opsyen tidak boleh dilantik atau dilantik semula secara pertukaran sementara bagi jawatan dalam skim perkhidmatan dan gred yang berkuat kuasa di bawah SSPA.
(b) Pegawai Yang Dipinjamkan
(i) Bagi pegawai yang sedang dalam tempoh pelantikan secara peminjaman ke Agensi Awam—
opsyen hendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terkini; bagi pegawai yang menerima opsyen, pelantikan semula atas skim perkhidmatan dan gred yang berkuat kuasa di bawah SSPA perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan permohonan kepada Ketua Perkhidmatan mengikut baki tempoh peminjaman sedia ada; bagi pegawai yang menolak opsyen, tempoh peminjaman dipendekkan mulai tarikh kuat kuasa SSPA dan pegawai dikehendaki kembali ke Ketua Perkhidmatan untuk penempatan seterusnya; dan bagi keadaan seperti perenggan (2) dan (3), notis pemendekan tempoh peminjaman selama 30 hari adalah dikecualikan. (ii) Bagi pegawai yang sedang dalam tempoh pelantikan secara peminjaman ke Agensi Swasta dan Antarabangsa,
opsyen hendaklah ditawarkan oleh Ketua Perkhidmatan; dan tempoh peminjaman sedia ada boleh diteruskan sehingga tamat tempoh. Pegawai yang menolak opsyen tidak boleh dilantik atau dilantik semula secara peminjaman. (c) Pegawai Dalam Penempatan Khas
(i) Bagi pegawai yang ditempatkan secara penempatan khas—
opsyen hendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terkini; bagi pegawai yang menerima opsyen, permohonan penempatan semula atas skim perkhidmatan dan gred yang berkuat kuasa di bawah SSPA perlu dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA; dan bagi pegawai yang menolak opsyen, penempatan khas ditamatkan mulai tarikh kuat kuasa SSPA dan pegawai dikehendaki kembali ke Ketua Perkhidmatan untuk penempatan seterusnya. (ii) Pegawai yang menolak opsyen tidak boleh dipertimbangkan untuk penempatan khas.
(d) Pegawai Yang Cuti Berkursus, Cuti Separuh Gaji Atau Cuti Tanpa Gaji Dalam Tempoh Opsyen
Bagi pegawai yang cuti berkursus, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji dalam tempoh opsyen, opsyen hendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terkini.
(e) Pegawai Yang Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti, Tanpa Kebenaran Atau Tanpa Sebab Yang Munasabah Dalam Tempoh Opsyen
Bagi pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh opsyen, perkara berikut adalah terpakai
(i) sekiranya pegawai dapat dikesan dalam tempoh opsyen,
Ketua Jabatan hendaklah menawarkan surat tawaran opsyen mengikut tempoh opsyen dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Disember 2024; atau
(ii) sekiranya pegawai tidak dapat dikesan dalam tempoh opsyen,
Ketua Jabatan hendaklah menawarkan surat tawaran opsyen hanya apabila pegawai kembali bertugas dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Disember 2024.
Tempoh opsyen bagi pegawai berkenaan adalah 40 hari daripada tarikh pegawai menerima borang opsyen. Tarikh kuat kuasa opsyen adalah pada tarikh pegawai itu kembali hadir bertugas.
Bagi pegawai yang terlibat dalam urusan pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA, pegawai tersebut akan dikekalkan di skim perkhidmatan asal pada gred jawatan asal secara KUP sehingga tarikh pegawai ditukar lantik.
(f) Pegawai Yang Dikenakan Perintah Tahan Kerja Atau Gantung Kerja
Bagi pegawai yang dikenakan Perintah Tahan Kerja dan/atau Gantung Kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sebelum 1 Disember 2024, apa-apa faedah yang layak diberi kepada pegawai akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Disember 2024.
(g) Pegawai Dalam Apa-apa Bentuk Perintah Sekatan Atau Pengawasan
Bagi pegawai yang dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri, deportasi atau apa-apa bentuk perintah sekatan atau pengawasan sama ada dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa sebelum 1 Disember 2024, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak
Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Disember 2024.
(h) Pegawai Yang Tidak Berkeupayaan Untuk Membuat Opsyen Dalam Tempoh Opsyen
(i) Bagi pegawai yang tidak berkeupayaan untuk membuat opsyen atas sebab sakit, tidak sedarkan diri atau koma dalam tempoh opsyen, pegawai akan dikekalkan di skim perkhidmatan asal pada gred jawatan asal secara KUP dan—
sekiranya pegawai kembali berupaya untuk membuat opsyen dan pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Disember 2024, Ketua Jabatan hendaklah menawarkan surat tawaran opsyen dan tempoh opsyen adalah 40 hari daripada tarikh pegawai menerima borang opsyen. Tarikh kuat kuasa opsyen adalah kekal pada 1 Disember 2024; sekiranya pegawai bersara selepas 1 Disember 2024, pegawai adalah disifatkan sebagai telah menerima skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan SSPA pada 1 Disember 2024; atau sekiranya pegawai meninggal dunia pada atau selepas 1 Disember 2024, pegawai disifatkan sebagai telah menerima skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan SSPA pada 1 Disember 2024. (ii) Bagi pegawai yang belum dan juga telah membuat opsyen tetapi telah meninggal dunia sebelum 1 Disember 2024, maka tawaran dan opsyen yang telah dibuat adalah dengan sendirinya terbatal.
(i) Pegawai Yang Dibuktikan Tidak Menerima Dokumen Dalam Tempoh Opsyen
Bagi pegawai yang dibuktikan tidak menerima dokumen opsyen atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka borang opsyen hendaklah diberi kepada pegawai walaupun tempoh opsyen telah tamat dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Disember 2024.
Tempoh opsyen bagi pegawai berkenaan adalah 40 hari daripada tarikh pegawai menerima borang opsyen. Tarikh kuat kuasa opsyen adalah kekal pada 1 Disember 2024.
(j) Pegawai Meletak Jawatan, Ditamatkan Perkhidmatan Atau Dibuang Kerja
Bagi pegawai yang telah menerima opsyen ini dan kemudiannya meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Disember 2024, maka tawaran ini adalah dengan sendirinya terbatal.
189. Pelarasan gaji bagi pegawai dalam keadaan tertentu hendaklah diberi mengikut kaedah seperti berikut:
(a) pegawai yang dipinjamkan, ditukar sementara atau diberi penempatan khas ke Kementerian/Jabatan/Agensi, pelarasan gaji hendaklah dilaksanakan mengikut gred gaji jawatan peminjaman, pertukaran sementara atau penempatan khas. Gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan;
(b) pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Perkhidmatan;
(c) pegawai yang cuti bergaji penuh, pelarasan gaji hendaklah dilaksanakan atas gaji hakiki yang diterima;
(d) pegawai yang cuti separuh gaji, pelarasan gaji hendaklah dilaksanakan atas gaji hakiki dan pegawai dibayar separuh daripada gaji baharu; atau
(e) pegawai yang cuti tanpa gaji, pelarasan gaji hendaklah dilaksanakan secara isyarat atas gaji hakiki. Pegawai dibayar gaji setelah mengambil kira gaji baharu yang telah diselaraskan apabila kembali bertugas.
Pengurusan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service)
Pegawai lantikan kontrak perkhidmatan (contract of service) tidak layak ditawarkan opsyen.
Pengurusan kontrak pegawai lantikan kontrak perkhidmatan (contract of service) bagi jawatan di bawah skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA adalah seperti yang berikut:
(a) sekiranya pegawai memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA, pindaan atau perubahan kepada perjanjian kontrak sedia ada hendaklah dibuat secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pegawai adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan di bawah SSPA; atau
(b) sekiranya pegawai tidak memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA, pindaan atau perubahan kepada perjanjian kontrak sedia ada hendaklah dibuat secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak bagi tujuan pelarasan gaji.
Walau bagaimanapun, pegawai masih tertakluk kepada skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan di bawah SSM serta kontrak pegawai akan diteruskan sehingga tamat tempoh kontrak.
Pelarasan gaji berdasarkan ketetapan di perenggan 59 hingga 66 hendaklah dilaksanakan oleh Ketua Jabatan bagi pegawai lantikan kontrak perkhidmatan (contract of service) tanpa tertakluk kepada opsyen SSPA.
Opsyen Muktamad
Opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad dan maklumat pemilihan opsyen pegawai hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.
Maklumat Lanjut Rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2024 untuk maklumat penuh mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan merangkumi skim perkhidmatan, urusan perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, persaraan dan faedah persaraan.
MUAT TURUN PDF PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2024:
Pekeliling Perkhidmatan SSPA Bil 1 2024_MUAT TURUN FAQ – Soalan Lazim Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024
Sekiranya mempunyai kekeliruan atau pertanyaan, anda boleh rujuk soalan lazim berkaitan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 dan muat turun PDF di bawah:
faq_urusanperkhidmatanMUAT TURUN
Atau, muat turun PDF di bawah untuk informasi tambahan:
Slaid_Sesi_Libat_Urus_SSPA_bersama_Warga_Kementerian_Jabatan_AgensiMUAT TURUN
Slaid_Taklimat_Panduan_SSPA_Bersama_PSM_-OPSYEN_SSPAMUAT TURUN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/borang-opsyen-sspa-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=borang-opsyen-sspa-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Calon Top 5 Setiap Kategori

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Calon Top 5 Setiap Kategori

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 105 hits
Anugerah Seri Angkasa 2024 iaitu anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi kini kembali lagi untuk menyemarakkan industri hiburan tempatan Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kategori pencalonan dan senarai pemenan...
Aina Abdul Bintang Paling Popular Berita Harian Abpbh 2024 Dan Mengekalkan Kejuaraan Kategori Penyanyi Wanita Poplar

Aina Abdul Bintang Paling Popular Berita Harian Abpbh 2024 Dan Mengekalkan Kejuaraan Kategori Penyanyi Wanita Poplar

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 346 hits
Gemilang malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 36 berakhir dengan kemenangan unggul Aina Abdul sebagai Bintang Popular anugerah itu di Auditorium MBSA Shah Alam Hadir dengan tema TEGUH pada tahun ini ia menterjemah keutuhan ABPBH ...
Mesyuarat Pembangunan Dewan Terbuka 2024

Mesyuarat Pembangunan Dewan Terbuka 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 120 hits
Mesyuarat Pembangunan Dewan Terbuka 2024 Kali ni lokasi di SMK Kelapa Sawit Seronok tengok sekolah dengan progress dah hampir siap untuk digunakan ni Terbaeekkk schoollife thecoloursoflife fyp IniStyleKita mknace mknaceunlimited dewanterbuk...
Program Kami Pemimpin Pendidikan Madani Pengetua Negeri Johor 2024

Program Kami Pemimpin Pendidikan Madani Pengetua Negeri Johor 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 111 hits
Program Kami Pemimpin Pendidikan Madani Pengetua negeri Johor 2024 bertempat di Sekolah Seni Malaysia Johor Bersama 3 pensyarah dari IAB Layan mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ...
Konsert The Journey Of Sound Dato Sri Siti Nurhaliza Judika Temui Peminat 14 Dis 2024

Konsert The Journey Of Sound Dato Sri Siti Nurhaliza Judika Temui Peminat 14 Dis 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 124 hits
Hi Korang Dua pesohor dunia hiburan dari dua negara serumpun dengan dua pesona tersendiri siap untuk memukau dan menggegarkan peminat di seluruh Nusantara Kedua duanya mempunyai magis tersendiri yang telah membawa kebahagiaan buat peminat l...
Pesta Buku Usm 2024

Pesta Buku Usm 2024

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 110 hits
PESTA BUKU USM 2024Berita baik kepada semua kedai buku syarikat buku penerbit buku dan semua yang menceburi industri penjualan buku anda dijemput untuk menjadi pempamer di Pesta Buku USM yang julung julung kalinya diadakan Tarikh 4 7 Novemb...
Famili Duo 4 2024 Senarai Peserta Juri Pertandingan Pengacara

Famili Duo 4 2024 Senarai Peserta Juri Pertandingan Pengacara

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 119 hits
Program hiburan Famili Duo kembali lagi buat musim keeempat dan dikenali sebagai Famili Duo 4 bagi ahun 2024 Program realiti ini dianggap unik kerana para pesertanya terdiri dari dua individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan seperti sua...
Kolokium Amalan Profesional Pengetua Johor 2024

Kolokium Amalan Profesional Pengetua Johor 2024

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 109 hits
Kolokium Amalan Profesional Pengetua Johor 2024 Dewan Seminar JPN Johor Sempat nyinggah bertanya khabar mana yang sempat mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifi...
Scientists Reveal The Untapped Potential Of Palm Oil

Kes Penipuan Jualan Emas Siti Hajartul Haini Ditahan Di Lapangan Terbang Selepas Pulang Dari Dubai

Self Awareness

No Plans To Reactivate National Petroleum Advisory Council Says Azalina

Sbdj Siri 215 Lembaga Hitam Tanpa Kaki

Resepi Bergedil Kentang

Hikmah Demam

Prep Bahan Mentah Seminggu


echo '';
5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Andai Tiada Dia Slot Megadrama Astro Ria

Famili Duo 2024 Senarai Peserta Keputusan Markah Lagu Tugasan Cara Undi Format Penjurian Hadiah Dan Segala Info Musim 4


Frances Bean Cobain Birth Chart

Aquarius Dates

Oh My Pet Bazaar Oct 2024

Drama Ifrit

Untuk Pengetahuan Wan Saiful Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya

Yovie Nuno Sampai Akhir Waktu Chord