Tips Untuk Berhenti Letup Jari


Tips Untuk Berhenti Letup Jari || Hi, siapa pernah?? saya pernahh... Hiihi..Amalan letupkan jari tangan sering dianggap berbahaya. Ada yang khuatir akan risiko radang sendi jika seseorang itu kerap meletupkan jari mereka.
Namun, bagaimana pula dengan kajian sains? Adakah perbuatan tersebut tidak elok jika dilihat pada bukti klinikal sedia ada?
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Kenapa ramai orang suka letupkan jari tangan?Bukan semua individu suka meletup-letupkan sendi jari tangan masing-masing. Namun kajian di Amerika Syarikat menunjukkan kira-kira 54% individu suka berbuat demikian.
Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa mereka suka meletupkan jari? Adakah kerana ia nikmat atau adakah tangan mereka sakit/lenguh jika tidak mengamalkannya?
 Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu suka meletupkan jari tangan:
Rasa puas/nikmat: Segelintir individu berasa sedap selepas meletupkan jari masing-masing berikutan ruangan di dalam sendi jari terasa seakan-akan ‘bertambah’. Perkara ini akan menyebabkan jari anda berasa lebih ringan. Resah gelisah: Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk menguruskan kegelisahan mereka. Ada yang suka bermain dengan rambut, goyang kaki dan ada juga yang suka untuk meletupkan jari mereka.Stres: Sama seperti apa yang dilakukan oleh mereka yang resah gelisah, amalan letupkan jari tangan boleh jadi cara yang berkesan untuk seseorang itu menghilangkan rasa stres.Bunyi: Walaupun bunyi seperti tidak masuk akal, ada individu yang hanya suka akan bunyi ketika sendi diletupkan.Tabiat: Apabila seseorang itu sering meletupkan jari mereka, akan tiba satu saat di mana mereka akan melakukannya tanpa disedari. Pada ketika itu, amalan mereka sudah bertukar menjadi tabiat. Kebiasaannya, mereka yang meletupkan sendi jari mereka lima kali atau lebih dalam masa sehari dikaitkan dengan faktor tabiat.Apa yang menyebabkan sendi jari meletup?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang menyebabkan sendi jari mengeluarkan bunyi meletup apabila ia dilipatkan?
Mekanisme di sebalik fenomena tersebut bukanlah sesuatu yang difahami sepenuhnya oleh pengkaji.
Walau bagaimanapun, antara teori yang paling lama dipegang oleh ahli akademik berkait dengan penghasilan dan penghapusan buih nitrogen di dalam cecair sendi.
Ada juga yang berpendapat bunyi tersebut merupakan implikasi daripada pergerakan ligamen di sekitar sendi jari.
Pada tahun 2015, kajian yang dijalankan di Universiti Nebraska menunjukkan letupan sendi jari menyebabkan terbentuknya rongga akibat daripada tekanan negatif yang dihasilkan daripada perbuatan tersebut.
Mereka beranggapan bahawa bunyi letupan sendi jari tersebut boleh jadi berasal daripada pembentukan rongga itu.
Walau bagaimanapun, teori tersebut hanya menerangkan penghasilan bunyi akibat pembentukan rongga. Ia tidak mengambil kira atau menerangkan kelantangan bunyi yang dihasilkan.
Pada tahun 2018, satu lagi kajian menunjukkan kemungkinan bunyi tersebut berasal daripada keruntuhan separa yang dialami oleh rongga berkenaan.
Kajian tersebut turut menunjukkan keruntuhan penuh rongga berkenaan akan mengambil masa 20 minit sebelum rongga baharu boleh terbentuk.
Ia menerangkan mengapa selepas anda meletupkan jari, anda tidak melakukannya sekali lagi dalam tempoh masa tertentu.
Adakah tabiat ini boleh membahayakan kesihatan?
Walaupun ramai beranggapan bahawa tabiat ini berbahaya untuk kesihatan, kajian menunjukkan ia tidak menyebabkan apa-apa kesan serius dalam tempoh masa panjang.
Walau bagaimanapun, jumlah kajian yang dilakukan terhadapnya agak sedikit. Jika ingin diuji ketepatan hipotesis ini, lebih banyak kajian perlu dilakukan.
Terdapat laporan yang telah diterbitkan di laman jurnal Artritis dan Reumatologi yang menunjukkan amalan ini tidak mendatangkan apa-apa kesan yang signifikan.
Subjek kajian tersebut, seorang doktor yang meletupkan jari pada tangan kiri 2 kali atau lebih sehari tidak menemui apa-apa kesan atau simptom artritis apabila dibandingkan dengan jari tangan kanan (tidak pernah diletupkan).
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna perbuatan tersebut tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan.
Umumnya, perbuatan letupkan jari tidak akan menyebabkan simptom seperti sakit, bengkak atau perubahan bentuk sendi.
Jika anda mengalami sebarang perubahan atau simptom tersebut, berkemungkinan ia disebabkan oleh proses patologi lain dan perlu disiasat.
Jarang sekali untuk anda mengalami masalah kecederaan ligamen jari akibat tabiat ini, namun ia tidak mustahil.
Ada beberapa tip yang anda boleh amalkan untuk menghentikan tabiat letupkan jari ini:
Kenal pasti punca mengapa anda mengamalkan tabiat ini dan cari jalan penyelesaian.Cuba kaedah kawalan stres yang lain seperti teknik pernafasan dalaman, senaman atau meditasi.Guna bola stress untuk bantu anda atasi masalah letupkan jari.Pakai gelang getah pada pergelangan tangan. Setiap kali anda letupkan jari secara sengaja atau tidak sengaja, tarik dan lepas getah tersebut sebagai hukuman.Awasi pergerakan anda dan berhenti jika anda tersedar hendak meletupkan jari tangan.KonklusiWalaupun tidak berbahaya, bagi mereka yang risau, anda boleh amalkan 5 tip yang diberikan untuk memudahkan proses berhenti daripada tabiat meletupkan jari.
Jika anda suka meletupkan jari, secara amnya, tabiat tersebut tidak berbahaya. 
Namun, jika anda mengalami simptom seperti sakit, sendi bengkak dan sebagainya, rujuk doktor perubatan untuk pemeriksaan dan khidmat nasihat kesihatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/03/tips-untuk-berhenti-letup-jari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Merokok Tips Berhenti Merokok

Bahaya Merokok Tips Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 586 hits
Assalamualaikum semua Penyakit kronik berkaitan rokok seperti penyakit kardiovaskular dan kanser merupakan antara penyumbang utama kepada kematian di dunia dan di Malaysia Sebanyak 22 8 atau 4 99 juta penduduk Malaysia berusia 15 tahun dan ...
23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat

23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 461 hits
23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat Bila memasak daging ni tak kira la nak buat daging goreng pasti rasa geram sebab makan daging liat dan jenuh nak dikunyah Masalah orang gigi penuh satu hal dan masalah orang yang ber...
Tips Sebelum Memilih Insurans Kesihatan Yang Terbaik

Tips Sebelum Memilih Insurans Kesihatan Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 336 hits
Tips Memilih Insurans Kesihatan Zaman sekarang memiliki polisi insurans kesihatan boleh dikatakan keperluan Bab kesihatan dan penyakit serta kemalangan kita tidak boleh jangka tips sebelum memilih insurans kesihatanHari hari datang bekerja ...
Tips Perawatan Ketika Mobil Terendam Banjir

Tips Perawatan Ketika Mobil Terendam Banjir

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 332 hits
Belakangan ini sering sekali hujan yang menandakan sudah memasuki musim hujan Terdapat daerah tertentu yang menjadi tempat rawan banjir ketika hujan melanda Ini merupakan suatu bahaya jika kamu This is a content summary only Visit my websit...
Tips Tinggal Di Inggris Biar Tetap Hemat

Tips Tinggal Di Inggris Biar Tetap Hemat

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 407 hits
Inggris merupakan salah satu negara yang menjadi tujuan favorit orang Indonesia untuk melanjutkan pendidikan setelah Amerika Serikat Tak bisa dipungkiri kualitas pendidikan di Inggris memang jauh lebih unggul bila dibandingkan dengan di tan...
Tips Konsisten Dalam Bisnes

Tips Konsisten Dalam Bisnes

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 305 hits
Kuatkan BIG why dan GRAND why kita apa Besarkan matlamat yang kita nak capai Niatkan buat bisnes ini sebab nak kasih sayang dan rahmat dari Allah Ingat orang tua kita dan nak balas jasa mereka Ingat pasangan hidup kita dan nak bantu antara ...
Tak Sampai Hati Wanita Sanggup Berhenti Kereta Amp Bantu Nenek Berkerusi Roda Tepi Jalan

Tak Sampai Hati Wanita Sanggup Berhenti Kereta Amp Bantu Nenek Berkerusi Roda Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 474 hits
Beberapa hari lepas sebuah video mempamerkan seorang pemandu kereta Perodua Myvi menjadi tular apabila dia dilihat membantu seorang nenek berkerusi roda di tepi jalan Menerusi video yang dimuat naik oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ Po...
Gibran Berhenti Blusukan Dulu Fokus Bahas Program Prioritas Dengan Kepala Dinas

Gibran Berhenti Blusukan Dulu Fokus Bahas Program Prioritas Dengan Kepala Dinas

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 219 hits
Wali Kota Solo Gibran Rakabuming Raka akan menghentikan aktivitas blusukannya untuk sementara Bahkan sejak 2 hari sebelumnya tak ada agenda rutin wali kota yang biasanya disampaikan kepada media oleh Bagian Humas dan Protokol Pemerintah Kot...
10 Tips Menjadi Ibubapa Terbaik Buat Anak Anak

10 Tips Menjadi Ibubapa Terbaik Buat Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 581 hits
10 Tips Menjadi IbuBapa Terbaik Buat Anak Anak Dalam Islam Assalammualaikum Salam Jumaa Sebagai ibu bapa kita pasti inginkan yang terbaik buat anak anak kita dan oleh itu kita perlu tahu beberapa perkara yang seringkali kita tidak berapa pe...
Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Opportunity For Improvement Loke Offers Maxim And Indrive Chance To Address Compliance Concerns

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Quiet Like Stone

5 Minit Je Perkongsian Lelaki Claim Bagasi Baru Di Klia Jadi Tumpuan

Frentastix Cari Jalan Pulang Chord

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe