Bahaya Merokok Tips Berhenti Merokok
Assalamualaikum semua.
Penyakit kronik berkaitan rokok seperti penyakit kardiovaskular dan kanser merupakan antara penyumbang utama kepada kematian di dunia dan di Malaysia. Sebanyak 22.8% atau 4.99 juta penduduk Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas adalah perokok. Dalam kalangan murid (13-17 tahun) yang pernah merokok, 71% adalah yang mula-mula mencuba rokok sebelum usia 14 tahun. Tembakau membunuh sehingga separuh penggunanya di Malaysia.
(Malaysia National Health Morbidity Survey 2015, Malaysia Global School-based Student Health Survey 2012)
Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan stroke dalam kalangan mereka di bawah 65 tahun. Perokok berisiko 4 kali ganda mati akibat serangan jantung berbanding bukan perokok.
Apa Ada Dalam Asap Rokok?
Antara bahan kimia yang ada dalam asap rokok:
Tar - bahan untuk membuat jalan rayaAmmonia - bahan dalam pencuci lantaiArsenik - racun anai-anaiNapthylamine - ubat gegatNikotin - bahan yang boleh mendatangkan ketagihanKadmium - terdapat dalam bateriButana - gas yang boleh membunuhMetanol - bahan pembakar untuk roketDDT - ubat nyamukToluene - bahan pelarutFormaldehyde - bahan mengawet mayatKarbon monoksida - gas beracunHidrogen Sianida - racun
Tabiat merokok mengakibatkan pelbagai jenis bahan beracun masuk ke dalam tubuh anda melalui paru-paru dan seterusnya meresap ke dalam sistem peredaran darah. Bahan kimia dalam rokok akan mengecilkan saluran darah yang menyebabkan alirannya tidak lancar dan meningkatkan mendapan bahan berlemak seterusnya menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Karbon monoksida yang terdapat dalam asap rokok akan merosakkan Hemoglobin dan menyebabkan kekurangan oksigen. Tekanan jantung darah akan meningkat dan jantung terpaksa bekerja lebih kuat, menghasilkan denyut nadi yang tidak normal seterusnya mengakibatkan serangan jantung.
Tips Berhenti Merokok:Melengah-lengah - tunggu 5 minit atau katakan sebentarMinum air - minum air masak, elakkan minuman berkafeinMenarik nafas panjang - tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahanMenyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiranMengunyah sesuatu - seperti gula-gula getah atau buah-buahanMembasuh tangan selaluMandi dengan kerapMeditasi atau bersukanMeregangkan otot - lakukan senaman ringkas apabila rasa mengantuk
Berhenti Merokok Lebih Mudah Jika Anda Tahu Caranya!
Perkhidmatan yang ditawarkan:Khidmat nasihat berhenti merokok
-Ujian Ketagihan Nikotin
-Ujian Kesediaan Berhenti MerokokTips berhenti merokokKhidmat Klinik Berhenti Merokok
Bahaya Merokok | Katakan TAK NAK Merokok!
Sayangilah diri anda. Ingatlah orang-orang yang tersayang. Semoga kita semua bebas dari asap rokok. Semoga Malaysia berjaya ke arah generasi yang bebas rokok. Semoga bermanfaat! Sharing is caring
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2018/12/bahaya-merokok-apa-ada-dalam-asap-rokok.html