Tips Petua Cara Mudah Hilangkan Tangan Yang Pijar Dengan Cepat
Assalamualaikum
Tips/Petua : Cara Mudah Hilangkan Tangan Yang Pijar Dengan Cepat | Bila main masak-masak, pegang cili dan haa! Mula laa rasa pijar teruk tangan nie. Rasa panas je.. nie pulak tengah #stayathome, memang masak je laa. Aku pulak sejenis suka makan yang pedas. Tangan kerap pijar okay
Pernah tangan aku pijar teruk sebab pegang cili padi tu, aku buntu gila cari jalan nak hilangkan pijar nie. Sampai satu tahap aku genggam ais tau tapi tetap jugak tak hilang. Pijar tu sampai pedih je rasa tapak tangan. Disebabkan aku tahu macam mana rasa pijar tu, mehh sini aku kongsikan dengan korang cara mudah nak hilangkan tangan yang pijar tu dengan cepat
Cara 1: Lumurkan Garam Atau GulaSalah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan garam pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa. Ataupun korang boleh juga ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam. Rendamkan tangan ke dalamnya selama lebih kurang 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda. Selain menggunakan garam, ada juga yang menggunakan gula dengan kaedah yang sama untuk hilangkan pijar
Cara 2: Genggam BerasCara kedua korang boleh letak tangan korang yang pijar tu ke dalam bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Tapi pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya. Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.
Cara 3: Sapu Susu PekatSeterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus. Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.
Cara 4: Sapu Minyak MasakIni juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama iaitu dengan menggunakan minyak masak. Korang ambil sedikit minyak masak dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pijar tu
Cara 5: Guna Hampas KelapaKalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.
Cara 6: Rendam Dalam Air Asam JawaSatu lagi cara yang boleh korang cuba adalah menggunakan asam jawa. Letak sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.
Cara 7: Gosok Tangan Pada KeluliPetua yang akhir ini mungkin macam kelakar tapi berkesan tau! Korang boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega. Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eyqahasnan.com/2020/04/tipspetua-cara-mudah-hilangkan-tangan.html