Cara Membuat Blog Cepat Mudah Dan Percuma 2020
Cara Membuat Blog Cepat, Mudah dan Percuma 2020
Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blog. Aku selalu dapat rungutan daripada member-2 dan pembaca blog. Amer Macam mana nak buat blog ini. Saya pun nak berblog. Saya pun nak generate income, saya pun nak tu nak ini. Tapi kebanyakkan mereka ini tak tahu nak start macam mana.
Untuk buat blog ini aku guna plateform BLOGGER. Aku guna platform ini sebab ianya semestinya free untuk mereka yang memilih untuk bekerja di rumah. Aku tahu di musim Corona ini mesti ramai yang banyak masa terluang. Sama juga dengan aku ini. Aku akan ajar korang cara buat blog A to Z.
Dalam post ini aku akan mengajar benda basic. Cara untuk membina blog. Daripada Sign Up ke Set up Blog.
Mari... Kita.. Mulakan ... Sekarang...Ikut step by step di bawah. Tak faham, silalah ke ruangan comment saya dan tanya ye.
1. Pergi laman web blogger.com dan click Create Your Blog.2. Sign In. Kalau korang ada google or gmail account. Teruskan sign macam biasa. Kepada yang tiada Gmail. Sign Up seperti biasa. 3. Blogger Profile. Lebih kepada username korang. Korang nak letak nama apa. Macam aku amerjaya. 4. Create Your Blog. Click tu untuk mula membuat blog.
5. Title tu tajuk blog korang. Seperti Amerjaya, EncikLimau, CikKiah, etc. Address tu adalah laman web. amerjaya.blogspot.com cikkiah.blogspot.com. kalau ada address keluar perkataan merah (the adress had been taken or used) korang kena modified sikit address korang tu seperti. amerjaya2020.blogspot.com.
p/s. Macam aku ni amerjaya.com sebab aku berbayar setiap tahun. Macam korang. Untuk permulaan. Guna yang percuma dulu. Nanti dah maju baru tukar ke domain sendiri.
Theme korang boleh pilih kat bawah tu. Tu theme yang disedikan oleh google. Which is so ugly and yesterday. I cant stand my eyes to stare at that theme. haha. So buat permulaan ini. Korang focus dengan blogging or post barang. Asahkan bakat. Jangan fikir pasal template dulu ye. Kita slow-slow.
Dah pilih theme. Korang click Create Blog.
6. Blog anda sudah tercipta. Tahniah. Click New Post untuk menulis post. (selepas post dipublish. untuk lihat post yang korang taip tu. Korang click View Blog dekat bawah nama amerjaya tu. (refer gambar 6)
7. Menaip post,entry. Pekara yang mudah. Nak masukkan gambar. Click icon gambar tu tepi perkataan link.
8. Labels tu. Korang letaklah diary le. kisah ke. So senang nanti nak cari balik post tu. Macam, blog saya. tips kurus, tips jana duit, so senang nak cari nanti.
Untuk member2 saya yang baru membuat blog. Kena take time ya. Bukan terus esok dapat jana duit. Macam aku dulu, nak ambik masa sebulan jugak lah sebelum dapat job dalam dunia blog ini. Apa2 nak tanya, silalah tanya di ruangan comment ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.amerjaya.com/2020/04/cara-membuat-blog-cepat-mudah-dan.html