Tips Panduan Keselamatan Ketika Mendaki


Kemaskini pada 22/02/2020



Entri kali ini saya ingin kongsikan tips dan panduan keselamatan (yang saya amalkan) semasa melakukan aktiviti pendakian secara solo ataupun secara berkumpulan.

Panduan ini khas untuk sesi pendakian secara harian sahaja (Day Pack Hiking). Kelengkapan yang dicadangkan hanya asas sahaja. Terpulang kepada anda untuk membawa apa yang dirasakan perlu.

Hanya lagi kurang barang yang perlu dibawa, lagi baik. Kita tidak mahu membawa banyak bebanan semasa mendaki. Nanti cepat letih.

Sebelum Mendaki

Tips 1: Persediaan

Pilih lokasi pendakian yang menjadi tumpuan umum. Tidak pasti dimana? Tekan SINI untuk melihat senarai bukit dan gunung yang telah saya jelajahi (mendaki).

Dapatkan maklumat asas lokasi yang ingin didaki. Aktiviti ini penting bagi membantu diri membuat persiapan rapi sebelum memulakan sesi pendakian. Bagi saya, cukup setakat mendapat gambaran secara kasar tentang lokasi yang ingin didaki.

Rancang perjalanan sebaiknya. Supaya kita tahu bila waktu terbaik untuk mendaki. Ingin lihat matahari terbit? Pastikan anda sampai ke puncak sebelum matahari naik.

Pastikan rehat @ tidur secukupnya sebelum memulakan aktiviti mendaki. Aktiviti mendaki ini meletihkan fizikal dan mental. Dengan berehat secukupnya sehari sebelum mendaki, ia dapat membantu kita mengharungi cabaran yang mendatang.

Pakai kasut khas (sekiranya boleh) untuk aktiviti pendakian. Terdapat kasut khas direka untuk aktiviti pendakian. Ini dapat menggelakkan kasut terkoyak ketika mendaki. Pemakaian jenis kasut yang betul dapat memberi keselesaan dan dapat mencegah kecederaan pada kaki. Jangan lupa pakai stoking sekali.

Tips 2: Kelengkapan            

Berikut adalah senarai kelengkapan yang saya guna khas untuk aktiviti mendaki.

1. Beg 10L (Bukit) @ 20L (Gunung)
2. Baju Hujan
3. Air Minuman (2x 500ml)
4. Powerbank 2000kw & Kabel
5. Tongkat @ Sarung Tangan
6. Makanan (Mengikut Kesesuaian)
7. Telefon Bimbit
8. Dompet
9. Topi (Melindungi kepala dari cuaca panas)
10. Kain Lap
11. Ubat-Ubatan (Makan & Sapuan)
12. Pakaian Yang Sesuai & Tahan Lasak
Ketika Mendaki

Mulakan aktiviti mendaki pada awal pagi. Mendaki seawal waktu pagi bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi ia memberi anda lebih masa berbanding mendaki pada waktu lain.

Mendaki dalam kumpulan. Paling kurang dua orang (termasuk diri sendiri). Sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini (kemalangan atau sesat). Sekurang-kurangnya kita ada teman untuk membantu dikala memerlukan.

Mendaki ketika cuaca cerah. Cuaca memainkan peranan yang penting semasa melakukan aktiviti mendaki. Seboleh-bolehnya kita ingin mengelak dari berada dalam hutan ketika hujan turun. Keadaan ini akan meningkatkan lagi risiko terutama apabila terpaksa menempuhi laluan yang licin dengan jarak permandangan yang terbatas. Tidak digalakkan mendaki selepas hujan kerana kita akan mudah tergelincir semasa menempuhi laluan yang licin.

Ikut laluan yang telah tersedia (laluan pendaki). Ini bagi mengelakkan diri dari tersesat ketika dalam perjalanan menuju ke puncak. Amat mahal harga yang perlu dibayar apabila tersesat dalam hutan. Selain itu, kita juga dapat mengelak dari mengambil risiko yang tidak perlu semasa mendaki. Matlamat kita untuk sampai dipuncak, bukan untuk menerokai laluan baru.

Sentiasa berhati-hati ketika mendaki. Malang tidak berbau. Oleh itu sentiasa berhati-hati sepanjang pendakian. Jangan biarkan aktiviti riadah menjadi kisah tragedi dalam hidup.

Ikut Kemampuan. Bergerak dalam kelajuan sendiri. Setiap orang berbeza keupayaan. Kalau letih, berehat sebentar. Jangan paksa diri. Kelak nanti ia boleh mencederakan diri sendiri. Kita ingin menikmati keseronokan mendaki. Oleh itu tidak perlu tergesa-gesa.
“80% Kemalangan Terjadi Saat Turun Dari Puncak”

Selepas Mendaki

Bersihkan diri dan kelengkapan yang dibawa. Kemudian berehatlah sepuas-puasnya sehingga pulih dari sakit badan. Kemudian sambung balik. Buat sampai puas, buat sampai jadi.

Bagaimana dengan anda? Ada tips pendakian yang ingin dikongsi? Sila kongsikan diruang komen dibawah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mdfaiez84.com/2020/02/tips-panduan-keselamatan-ketika-mendaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Amalan Surah Yang Perlu Di Baca Ketika Hamil

Panduan Amalan Surah Yang Perlu Di Baca Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 416 hits
Panduan amalan surah yang perlu dibaca ketika hamil Kepada ibu ibu atau wanita cantik yang sedang hamil di luar sana tahniah diucapkan buat anda Pasti ia menjadi berita gembira buat seisi keluarga betul tak So untuk menambah kebaikan yg sed...
Nota Panduan Dan Tips Beli Smartphone Baru Yang Lebih Berbaloi

Nota Panduan Dan Tips Beli Smartphone Baru Yang Lebih Berbaloi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 331 hits
Dah dekat sebulan telefon hilang dekat taman permainan sekitar rumah nih bukan tak cari tapi masa patah balik ke sana pun tak jumpa maybe terjatuh di kawasan yang saya tak nampak Apa maksud Telefon Flagship sesuatu brand Nak tak nak pakai s...
Tips Memilih Kursus Selepas Spm Dan Panduan Memilih Ipt

Tips Memilih Kursus Selepas Spm Dan Panduan Memilih Ipt

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 310 hits
Tips Memilih Kursus Selepas SPM Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bakal diumumkan dalam beberapa hari lagi Ada yang gelisah takut tidak boleh tidur dan sebagainya bila memikirkan perihal keputusan yang bakal diumumkan Jika berjaya semua pi...
Doa Ketika Anak Batuk Dan Pilek

Doa Ketika Anak Batuk Dan Pilek

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 807 hits
Asalulallahu Azhiim robbul arsyil szhiim ayyasyfiyakArtinya Aku memohon kepada Alloh Dzat Yang Maha Besar Tuhan Yang Mempunyai Arasy Yang Maha Besar smoga Dia berkenan memberi kesembuhan padamu Itulah doa anak sakit panas batuk pilek sehing...
5 Tipe Cowok Jika Dilihat Dari Hal Yang Mereka Lakukan Ketika Kangen Kamu Masuk Tipe Apa

5 Tipe Cowok Jika Dilihat Dari Hal Yang Mereka Lakukan Ketika Kangen Kamu Masuk Tipe Apa

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 219 hits
Coba pastikan dulu cowokmu tipe yang mana kalau dilihat dari cara menyikapi rasa rindunya
Good News For Malaysia Reaksi Dato Mahfuz Ketika Disoal Wartawan

Good News For Malaysia Reaksi Dato Mahfuz Ketika Disoal Wartawan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 310 hits
Kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa ingin tahu akan keputusan dan pengakhiran yang akan terjadi setelah semuanya selesai Selepas Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Dr...
Hukum Berjabat Tangan Ketika Masuk Ke Majelis

Hukum Berjabat Tangan Ketika Masuk Ke Majelis

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 300 hits
Pertanyaan Apakah berjabat tangan ketika masuk kepada orang orang yang duduk di majelis ada dalilnya dari Kitabullah dan Sunnah atau fi il perbuatan Rasulullah shalallahu alaihi wasallam semoga Allah membalas Anda dengan kebaikan Jawaban ol...
Sprm Beri Amaran Parti Politik Ketika Penyokong Anwar Berusaha Raih Sokongan

Sprm Beri Amaran Parti Politik Ketika Penyokong Anwar Berusaha Raih Sokongan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi amaran kepada parti politik tidak menggunakan kaedah rasuah bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen daripada blok berlainan untuk membentuk kerajaan baru Mana mana ahli Parlimen ya...
Perghh Wartawan Tak Sengaja On Filter Wajah Ketika Lapor Keadaan Cuaca Secara Langsung

Perghh Wartawan Tak Sengaja On Filter Wajah Ketika Lapor Keadaan Cuaca Secara Langsung

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 298 hits
Wartawan tak sengaja on filter wajah ketika lapor keadaan cuaca secara langsung Justin tidak menyedari filter pada wajahnya semasa bersiaran langsung ketika membuat laporan mengenai keadaan cuaca Foto Facebook SEORANG wartawan Justin Hinton...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia