Sprm Beri Amaran Parti Politik Ketika Penyokong Anwar Berusaha Raih Sokongan



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran kepada parti politik tidak menggunakan kaedah rasuah bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen daripada blok berlainan untuk membentuk kerajaan baru.

“Mana-mana ahli Parlimen yang menawarkan, memberi atau menerima apa-apa bentuk suapan daripada mana-mana pihak mengikut kepentingan diri bagi sesuatu jawatan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki kepada Bernama hari ini.

Ini susulan dakwaan tawar-menawar sedang berlaku ketika parti politik berusaha mendapatkan majoriti dalam Dewan Rakyat, selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan berusia 20 bulan dan 11 ahli Parlimen PKR meninggalkan parti itu.

FMT juga difahamkan penyokong Anwar Ibrahim berusaha meningkatkan perang saraf untuk menunjukkan presiden PKR itu mempunyai sokongan mencukupi daripada ahli Parlimen bagi meyakinkan Agong melantikannya sebagai perdana menteri.

“Ia adalah taktik lama ahli politik dalam permainan nombor,” kata seorang perunding politik di Pulau Pinang yang bekerja untuk pelbagai kumpulan lebih 2 dekad.

“Kami nampak itu berlaku pada 2008, apabila Anwar mendakwa beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan BN. Selebihnya ialah sejarah.”

Terdahulu, FMT difahamkan ahli Parlimen PKR diarah mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Ada juga laporan ahli Parlimen DAP diminta menulis nama Anwar sebagai pilihan mereka untuk PM dalam borang yang diberikan ketika menghadap Agong hari ini.

Ini berbeza dengan kenyataan pemimpin PH, termasuk DAP dan Amanah yang mereka akan mencadangkan Mahathir untuk kembali dan memulihkan gabungan itu yang berpecah minggu ini susulan spekulasi penjajaran baru politik.

Ahli Parlimen lain termasuk dari PPBM, Barisan Nasional, PAS dan Gabungan Parti Sarawak, serta 11 ahli Parlimen yang bersekutu dengan Azmin Ali yang dipecat PKR, menyuarakan sokongan kepada Mahathir, walaupun BN berkata sokongan itu bersyarat ketika pemimpin veteran terbabit menerima ahli Parlimennya secara keseluruhan.

Seorang sumber yang rapat dengan PKR berkata, sokongan bersyarat Umno untuk Mahathir ialah berita baik buat Anwar dan cita-citanya menjadi perdana menteri, tiada cara bagi Umno yang mewakili blok Melayu terbesar dalam lanskap politik negara ini akan menerima DAP dalam kerajaan.

“Buat masa ini, Anwar dan DAP tidak boleh dipisahkan, dan tiada persoalan untuk beliau meninggalkan parti itu,” kata sumber itu.

Disebabkan tiada pilihan kecuali mendapatkan sokongan ahli Parlimen Umno, seorang sumber berkata, ada usaha untuk menarik mereka menyokong Anwar sebagai PM.

“Buat masa ini, PKR sudah mendapatkan sokongan 2 ahli Parlimen Umno, yang diketahui rapat dengan Anwar.

“Kedua-duanya sudah menandatangani akuan bersumpah. Setakat ini, Anwar mempunyai 92 akuan bersumpah yang memihak kepadanya.”

Tetapi, sumber itu berkata, ia adalah tugas sukar untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen Umno yang lain.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/sprm-beri-amaran-parti-politik-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 521 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata gesaan PAS supaya kerajaan mengharamkan DAP adalah pemikiran dan pendekatan lama BANGI Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar PAS kerana menggesa Putrajaya mengharamkan DAP susulan beberapa pimpinan parti itu...
Tendang Keluar Dap Pertemuan Presiden Presiden Parti Politik

Tendang Keluar Dap Pertemuan Presiden Presiden Parti Politik

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 352 hits
Makan malam Azmin PAS Umno dan PPBM tamat tanpa umum kerajaan baru PETALING JAYA Majlis makan malam melibatkan pemimpin PKR yang bersepakat dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali Umno PAS dan PPBM berakhir tanpa pengumuman ketika negara...
Agong Panggil Pemimpin Parti Politik Hari Ini

Agong Panggil Pemimpin Parti Politik Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 351 hits
Yang Di Pertuan Agong dijangka memanggil para pemimpin parti politik ke Istana Negara pada jam 10 30 pagi Agong pada Selasa dan Rabu lalu mewawancarai semua anggota parlimen bagi mengetahui calon perdana menteri pilihan mereka namun mendapa...
Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 356 hits
Kuala Lumpur Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini Beliau berkata semua pihak...
Tian Chua Ditampar Dibaling Botol Dimaki Hamun Dan Dikasari Oleh Parti Tak Ada Tamadun Pimpinan Anwar

Tian Chua Ditampar Dibaling Botol Dimaki Hamun Dan Dikasari Oleh Parti Tak Ada Tamadun Pimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 740 hits
Naib Presiden PKR Sdr Tian Chua ditampar dibaling botol dimaki hamun dan dikasari oleh para penyokong parti tak bertamadun PKR pimpinan Anwar Ibrahim Selepas baca doa bersama Yusof Qardawi tapi pengikut masih dirasuk syaitan Mengapa hendak ...
Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 377 hits
Presiden Partai Keadilan Rakyat Malaysia Anwar Ibrahim kemarin mengatakan dia dikhianati oleh anggota partai koalisi Pakatan Harapan
Politik Melayu Majoriti Tolak Anwar Dan Tun

Politik Melayu Majoriti Tolak Anwar Dan Tun

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 288 hits
Jika Tun dan Anwar bergabung membuat serangan politik ke atas Muhyiddin dan jika Parlimen benar demokrasi MUSTAHIL Muhyiddin tidak tumpas Tetapi di mana kah keberuntungannya
Majlis Presiden Ph Percaya Anwar Dapat Sokongan Majoriti Pm Ke 8

Majlis Presiden Ph Percaya Anwar Dapat Sokongan Majoriti Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 248 hits
AKMAL MANAF Majlis Presiden Pakatan Harapan percaya calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dari kalangan Ahli Parlimen berdasarkan proses yang ditentukan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong tempoh ...
Dr Mahathir Anwar Belum Dapat Sokongan Minimum 112 Ahli Parlimen China Press

Dr Mahathir Anwar Belum Dapat Sokongan Minimum 112 Ahli Parlimen China Press

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 317 hits
Kedua dua kem yang masing masing menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri masih gagal mengumpul sokongan minimum 112 Ahli Parlimen Keadaan itu berlaku susulan perpecahan pendapat dalam UMNO sela...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior