Tips Memilih Kursus Selepas Spm Dan Panduan Memilih Ipt


Tips Memilih Kursus Selepas SPM - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diumumkan dalam beberapa hari lagi. Ada yang gelisah, takut, tidak boleh tidur dan sebagainya bila memikirkan perihal keputusan yang bakal diumumkan. Jika berjaya, semua pihak gembira. Jika gagal, kemanakah arah tujuan seterusnya?

Sebenarnya berjaya atau gagal bukanlah penamat masa depan anda! Langkah anda baru bermula NAMUN pastikan anda memilih kursus yang tepat untuk meneruskan perjuangan anda dalam bidang pendidikan atau jurusan yang diminati.
Tips Memilih Kursus Selepas SPM
1. Kelayakan
Hampir semua kursus diploma memerlukan syarat 5 kredit dalam SPM dan lebih dari 5 kredit di peringkat matrikulasi. Bahkan lebih banyak kredit atau gred A akan membuka peluang lebih cerah untuk mendapat tempat. Ini kerana anda berdepan dengan saingan daripada rakan SPM yang mendapat keputusan lebih cemerlang. Subjek khusus yang berkaitan dengan kursus pilihan selalunya akan menentukan sama ada kita dipilih atau tidak. Lihat beberapa contoh berikut di mana jika anda mendapat A atau kredit yang baik dalam subjek khusus akan memudahkan anda mendapat tempat.


Kita lihat subjek khusus dan kursus pilihan yang sesuai;

Bahasa Malaysia
Hampir semua kursus diploma /matrikulasi memerlukan kredit dalam Bahasa Malaysia.
Bahasa Inggeris
Semua kursus yang menggunakan kemahiran bahasa yang tinggi memerlukan keputusan Bahasa Inggeris yang cemerlang. Contohnya, kursus Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Undang-undang, Lingguistik, Komunikasi, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perbankan, Kewangan, Pengurusan Pejabat, Ekonomi, Pengurusan Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia, Hubungan Antarabangsa,
Matematik
Semua kursus yang menggunakan kemahiran mengira yang tinggi mesti mendapat keputusan yang baik untuk Matematik seperti Perakaunan, Perbankan, Kewangan, Pengurusan Perniagaan, Sains Aktuari, Sains Komputer, Ukur Bahan, Pengurusan Hartanah,
Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia
Kursus-kursus Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Kimia.
Biologi, Kimia dan Matematik
Kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Kesihatan, Sains Gunaan, Lukisan,                    Kursus Seni Bina, Hiasan Dalaman, Seni Landskap, Seni Reka danSeni Lukis, Grafik, Fotografi, Bangunan,
Perakaunan, Ekonomi dan Perdagangan
Kursus-kursus Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Perbankan, Kewangan,
Bahasa Arab, Pengetahuan Agama Islam
Kursus-kursus Agama seperti Syariah, Usuluddin, Al-Quran dan As-Sunnah, Bahasa Arab, Tafsir, Hadis dan lain-lain kursus berkaitan dengan agama
Anda boleh melayari laman web Universiti dan Kolej serta pergi ke menu Fakulti, Program dan lihat syarat kelayakan.

https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015/ 
ATAU
https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015/fipta/index.php
2. Minat
Dengan kelayakan yang baik atau cukup sahaja belum membolehkan anda memilih kursus dengan betul dan tepat. Anda perlu mengambil kira faktor minat. Minat penting kerana ia boleh menyebabkan anda fokus, memberi tumpuan sepenuhnya, seronok dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam bidang kursus yang anda ikuti. Minat merujuk kepada kecenderungan, kesukaan, kegemaran, keseronokan anda dalam melakukan sesuatu. Jika anda berminat mendaki gunung, anda akan berusaha sedaya upaya dengan penuh yakin untuk sampai ke puncak walaupun anda berdepan dengan berbagai cabaran.

Ramai pelajar gagal untuk menamatkan pengajian di universiti kerana

>>>Mereka memilih kursus yang sebenarnya mereka kurang minat. Bahkan ada pelajar perubatan yang berjaya menamatkan pengajian tetapi tidak mahu menjadi seorang doktor. Inilah kesannya jika tidak berminat dengan kursus yang dipilih. Itulah sebabnya anda perlu benar-benar faham apakah minat anda sebenarnya.

>>>Kurangnya maklumat tentang sesuatu kursus. Anda perlu ada maklumat yang luas dan mendalam tentang sesuatu kerjaya yang anda minati, ini kerana ia ada kaitan yang langsung dengan kursus yang hendak ambil. Contohnya jika anda meminati bidang guaman, anda perlu faham apakah kerja atau tugas seorang peguam, budaya kerjanya, tempat dan suasana kerja, pendapatan, cabaran-cabaran, ciri personaliti yang sesuai sebagai peguam, peluang meningkatkan kerjaya, peluang untuk membuka perniagaan sendiri dan sebagainya.

>>>Tidak tahu cara mendapatkan maklumat. Banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mendapat maklumat tersebut, seperti dengan menonton rancangan TV yang berkaitan dengan kerjaya seorang peguam, hakim atau kes-kes mahkamah. Jika ciri-ciri personaliti anda menepati ciri seorang peguam atau hakim dan anda memang meminati bidang kerjaya ini, maka bolehlah anda membuat keputusan untuk memilih kursus undang-undang.

>>>Anda juga boleh mengambil ujian minat kerjaya untuk mengesahkan adakah minat anda itu boleh dipercayai. Berjumpalah dengan kaunselor anda, mereka boleh membantu anda dengan baik. Anda juga boleh mengambil ujian minat secara online dalam internet dan membincangkan hasil ujian dengan kaunselor untuk kepastian.

3. Bakat
Bakat merupakan ciri-ciri istimewa , luar biasa atau dorminan yang ada pada diri seseorang. Ada setengah bakat diwarisi dan ada juga yang dipelajari. Lazimnya orang berbakat dalam sesuatu bidang juga meminati bidang itu. Bakat melukis, mengira, berpidato, bersukan, menyanyi, main alat muzik, berkarya, kepimpinan, mereka cipta dan sebagainya adalah di antara bakat yang ada pada diri anda. Cuma tahapnya mungkin berbeza. Ada yang berbakat besar dalam berpidato sehingga mewakili sekolah, daerah, negeri atau negara dalam pertandingan pidato. Kepetahan dalam berhujah ini amat sesuai dengan kursus undang-undang. Begitu juga jika anda ada bakat melukis, anda akan lebih berjaya dalam kursus seni bina berbanding dengan mereka yang kurang bakat melukis.

PANDUAN MEMILIH KURSUS SEBELUM MEMOHON UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN: 
SECARA UMUM:1. Kenali KELAYAKAN anda – anda perlu tahu tahap anda kelulusan anda sebelum memohon sesuatu agar anda tidak membazirkan masa memohon sesuatu yang pasti anda tidak akan dapat

Kaji setiap SYARAT KELAYAKAN MINIMUM supaya anda tidak rugi memohon sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.

2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Bisnes? Sastera? Sains? Teknikal? – amat penting agar anda tidak tersilap langkah demi masa depan anda jua. Kebanyakan pelajar gagal adalah kerana mereka tidak meminati kursus yang mereka ambil.

3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DENGAN DIRI ANDA – ramai yang tidak gemar berjauhan dengan keluarga dan ini boleh menyebabkan anda terganggu semasa belajar. Maka pilihlah tempat yang jauh atau dekat berdasarkan kemampuan anda menahan “homesick”.

4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan BINCANGKAN dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda – minta pendapat mereka.

5. Jangan sesekali ambil kursus yang anda TIDAK MINAT LANGSUNG kerana akan melemahkan semangat untuk belajar.

6. KENALI KEMAMPUAN anda – jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan tetapi pastikan anda juga mencurahkan usaha yang 100%.

7. Setelah mendapat keputusan tetapi masih keliru dan dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH – semoga ALLAH membantu anda.

FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:~ Pencapaian akademik pelajar
~ Cita-cita (kerjaya)
~ Minat dan keinginan sendiri
~ Kehendak ibu bapa
~ Pengaruh rakan sebaya
~ Lokasi IPT dan pilihan program pengajian
Faktor pemilihan kursus boleh bergantung kepada semua yang di atas atau hanya 1 atau 2 sahaja yang berkaitan. Namun, harus diingat tiada siapa mempu memuaskan hati semua pihak. Perbincangan yang baik perlu terutamanya di kalangan ibu bapa yang bertentangan kehendak dengan anak-anak. Tolak ansur dan muafakat amatlah perlu agar tiada pihak yang akan menyesal di kemudian hari.

STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
1. Tentukan aliran anda;
2. Pastikan syarat minimum kursus tersebut mencukupi;
3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan – letakkan pilihan pertama di atas sekali
4. Pilihan program pengajian diperluaskan – jangan terlalu berharap kepada satu pilihan
5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan

PANDUAN MEMILIH IPTS:
1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
2. Kemudahan fizikal
3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
5. Bantuan kewangan – cuba dapatkan bantuan kewangan dari dana-dana negeri mahupun syarikat atau pertubuhan tertentu.
6. Tanya rakan-rakan yang pernah belajar di situ.
7. Kemudahan penginapan – pastikan selesa untuk dijadikan tempat tinggal anda buat jangka masa yang lama walaupun tidak mewah.

Rujukan:

1 : Panduan Memilih Kursus Sebelum Memohon (Lepasan SPM, STPM atau matrikulasi) 2 : Panduan Memilih Kursus Lepas SPM

Sebarkan info, sebarkan ilmu...Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/02/tips-memilih-kursus-selepas-spm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nota Panduan Dan Tips Beli Smartphone Baru Yang Lebih Berbaloi

Nota Panduan Dan Tips Beli Smartphone Baru Yang Lebih Berbaloi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 326 hits
Dah dekat sebulan telefon hilang dekat taman permainan sekitar rumah nih bukan tak cari tapi masa patah balik ke sana pun tak jumpa maybe terjatuh di kawasan yang saya tak nampak Apa maksud Telefon Flagship sesuatu brand Nak tak nak pakai s...
Tips Panduan Keselamatan Ketika Mendaki

Tips Panduan Keselamatan Ketika Mendaki

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 273 hits
Kemaskini pada 22 02 2020Entri kali ini saya ingin kongsikan tips dan panduan keselamatan semasa melakukan aktiviti pendakian secara solo ataupun secara berkumpulan Panduan ini khas untuk sesi pendakian secara harian sahaja Kelengkapan yang...
Tips Kurus Selepas Bersalin Ikut Cara Ibu Ini Untuk Turun 40kg Dalam Pantang

Tips Kurus Selepas Bersalin Ikut Cara Ibu Ini Untuk Turun 40kg Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1476 hits
Tips Kurus Selepas Bersalin Ikut Cara Ibu Ini Untuk Turun 40Kg Dalam Pantang Setiap ibu mahukan body yang solid Nak perut yang kempis dan langsing Hajat untuk kurus selepas bersalin makin membuak buak bila lihat mama lain boleh gojes dengan...
Tips Memilih Sofa Untuk Desain Rumah Minimalis

Tips Memilih Sofa Untuk Desain Rumah Minimalis

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 288 hits
Desain rumah minimalis tentu berbeda dengan standar biasa ukuran yang agak kecil juga mempengaruhi penataan dan pemilihan furnitur Berbagai jenis sofa minimalis terbaru dan beberapa furnitur multifungsi di Fabelio akan sangat membantu kegia...
Tips Memilih Nama Bayi Perempuan

Tips Memilih Nama Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 329 hits
Tips memilih nama bayi perempuan Alhamdulillah nampaknya tahun 2020 ni ramai yang umi nampak menimang cahaya mata Umi pulak rasa The post appeared first on
Tips Memilih Sepatu Dan Rekomendasi Sepatu Vans Us Slip On Checkerboard

Tips Memilih Sepatu Dan Rekomendasi Sepatu Vans Us Slip On Checkerboard

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 344 hits
Sekarang ini sepatu sudah menjadi salah satu kebutuhan primer bagi kebanyakan orang Karena hampir sebagian besar aktivitas yang dilakukan oleh Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Hak Hak Isteri Selepas Bercerai Mati Ramai Yang Tak Tahu

Hak Hak Isteri Selepas Bercerai Mati Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 468 hits
Hak hak isteri selepas bercerai mati Posting ini adalah mengenai hak hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri di Mahkamah selepas kematian suami dibawah adalah hak seorang isteri jika bercerai mati 1 Tempat tinggal Sepanjang tempoh eddah...
Berang Selepas Bertengkar Wanita Buat Laporan Palsu Covid 19 Terhadap Kekasihnya

Berang Selepas Bertengkar Wanita Buat Laporan Palsu Covid 19 Terhadap Kekasihnya

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 323 hits
Seorang wanita di China berbohong kepada pihak polis dengan membuat laporan palsu dan mengatakan bahawa kekasihnya dijangkiti Dia melakukannya kerana teman lelakinya tidak mahu untuk memohon maaf kepadanya selepas mereka bertengkar Wanita 3...
Ucapan Penuh Dato Rizalman Di Konsert Kesuma Jiwa Umum Undur Diri Selepas 30 Tahun Membina Jenama

Ucapan Penuh Dato Rizalman Di Konsert Kesuma Jiwa Umum Undur Diri Selepas 30 Tahun Membina Jenama

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 403 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii