Tips Mudah Menyimpan Bagi Orang Boros


Risau rasanya bila baca yang negara kita mungkin akan alami kelembapan ekonomi menjelang tahun depan. 

Mengikut laporan berita Bernama, bank-bank pusat dah mula naikkan kadar faedah pada tahap yang tak pernah disaksikan sejak lima dekad lalu untuk melawan inflasi. Kesannya kita mungkin akan berdepan dengan kenaikan harga barang dan kadar pengangguran yang tinggi nanti. Aish, mak ghisau


Ditambah dengan isu pertelingkahan berpanjangan antara Ukraine dan Rusia serta pertumbuhan ekonomi yang sangat perlahan oleh tiga buah negara ekonomi dunia iaitu USA, China dan Eropah, penting rasanya untuk kita ambil berat tentang isu kelembapan ekonomi yang mungkin akan beri kesan pada kita nanti


Mula Menyimpan untuk Masa Depan

Walaupun pakar ekonomi jelaskan yang negara kita mungkin tak banyak terkesan dengan isu ini, tapi adalah lebih baik untuk kita mula sediakan payung sebelum hujan kan? Paling tidak, sekurang-kurangnya pada saat kritikal nanti kita masih ada daya untuk bertahan. Saya rasa solusi yang boleh kita buat pada masa ini adalah dengan menyimpan wang


Buat simpanan demi masa depan adalah antara langkah bijak yang boleh kita lakukan. Bak kata pepatah, 'bersusah dahulu bersenang kemudian' merupakan kata bijak pandai orang lama yang boleh kita ambil pakai. Meskipun rasa terbeban untuk menyimpan, namun pada akhirnya simpanan itulah yang akan membantu kita di saat sukar kemudian hari



Macammana nak saving? Asal ada duit je, habis. Memang tak sempat nak menyimpan pun.


Ha, saya faham sangat. Dalam situasi saya, baru je dapat pegang duit tiba-tiba duit habis. Nak kata saya boros tapi peliknya saya sendiri pun tak pasti barang apa yang saya dah beli. Disebabkan saya tak bekerja dan merupakan surirumah sepenuh masa dengan hanya suami sahaja yang bekerja dan menjadi bread-winner dalam keluarga ini, jadi bila takde duit memang terasa kepayahannya kat situ. Sebab itu saya paksa diri buat simpanan.
Walaupun tak bekerja, tapi sekarang saya dah berjaya buat simpanan kecemasan enam bulan gaji dan juga buat simpanan tetap setiap bulan. Macammana saya boleh buat simpanan walhal saya tak bekerja? Jom saya kongsikan tips yang saya gunakan untuk menyimpan. Semoga awak juga boleh mulakan simpanan tetap awak selepas ini. Let's go!


Tips Menyimpan Wang

Ada banyak tips yang saya nak kongsikan tentang bagaimana cara saya buat simpanan tapi rasanya saya kongsikan hanya yang penting sahajalah kan. Risau terlalu banyak, penat pula awak nak hadam. Marilah kita bermula dengan small steps dahulu sebelum ke langkah seterusnya.


1. Jangan simpan banyak duit dalam bank simpananMasalah saya adalah bila nampak banyak duit dalam akaun bank, terus diri terasa kaya. Bila dah rasa kaya, mulalah shopping tak ingat dunia. Kemudian datang rasa menyesal bila duit dah berada di paras kritikal. Ditambah pula sekarang semua boleh buat di hujung jari, jadi shopping online memang musuh nombor satu saat duit berkepuk dalam bank.


Cara saya untuk elak daripada ternampak seolah banyak duit dalam akaun bank sendiri adalah dengan buat potongan autodebit untuk simpanan. Melalui simpanan autodebit, saya secara tak langsung akan buat simpanan secara tetap setiap bulan dan duit dalam akaun akan menyusut tanpa perlu saya bazirkan ke tempat yang tak diperlukan.


Duit tersebut akan dipotong masuk terus ke dalam akaun unit trust saya. Dengan cara ini, susah untuk saya keluarkan duit tersebut kerana terikat dengan terms dan condition pengeluaran yang ambil masa selama beberapa hari serta melihat juga kepada untung rugi akaun pelaburan tersebut. 


2. Duit simpanan kecemasan letak dalam ASBKita diingatkan untuk ada simpanan kecemasan bagi tempoh tiga atau enam bulan gaji bagi menghadapi situasi yang tak dijangka seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan. Simpanan wang kecemasan penting bagi mengelakkan kita terpaksa meminjam daripada orang luar akibat kesempitan wang pada saat memerlukan.
Untuk elakkan masalah sukar kawal diri bila nampak jumlah duit kecemasan yang besar dalam akaun bank (duit banyak auto gatal nak shopping), jadi saya pilih untuk simpan duit kecemasan dalam akaun ASB. Tapi kenapa ASB? Ini kerana kadar dividen yang diberikan oleh ASB adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank biasa. Selain itu, proses untuk keluarkan wang daripada ASB juga mudah dan tak ambil masa yang lama sekiranya berlaku sebarang hal kecemasan. 


3. Asingkan duit simpanan sebaik dapat gajiBila dah pernah bekerja dan pegang duit sendiri, kita pasti akan mudah untuk berbelanja sebab kita tahu yang gaji akan masuk ke dalam akaun bank setiap bulan. Tapi bila saya dah tak bekerja ini, memang saya banyak korbankan nafsu untuk berbelanja barangan yang tak diperlukan. Saya paksa diri untuk buat simpanan sebanyak 50% daripada pendapatan yang saya perolehi melalui kerja freelance dan juga wang nafkah yang saya terima.


Saya gunakan nisbah 50% bagi simpanan, 20% komitmen dan 30% perbelanjaan. Syukurlah kerana semua perbelanjaan rumah diselesaikan oleh suami, jadi saya dapat buat simpanan dan sesekali berbelanja untuk keluarga. Dengan bantuan aplikasi Money Lover yang saya download daripada Play Store, bukan sahaja dapat bantu saya untuk track semua perbelanjaan bulanan malah dapat ingatkan saya untuk berhemah dalam perbelanjaan.


Jangan Lupa Bayar Zakat HartaAda yang cadangkan bila dah buat simpanan nanti, jangan ingat dan lupakan terus tentang duit yang disimpan. Cara itu baik untuk elakkan kita daripada berkeinginan untuk keluarkan duit simpanan. Cuma yang tak eloknya bila kita tak sempurnakan kewajipan zakat harta akibat terlupa tentang simpanan yang dah dibuat. Jangan ye, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jadi selesaikan kewajiban zakat harta sekiranya simpanan dah cukup haul. 


Bagi saya pula, bila selalu tengok perkembangan simpanan yang dah dibuat, saya jadi lebih teruja untuk lihat compounding effect yang bakal saya terima. Jadi saya cenderung untuk menyimpan lebih lagi dan lagi. Semakin bertambah nilai compounding interest, semakin banyak rasanya keinginan saya untuk menyimpan. Tapi jangan pula jadi kedekut untuk berbelanja kepada ahli keluarga dan bersedekah kerana itu juga merupakan salah satu punca rezeki.


Track Simpanan dan Compounding Effect di SavingsCalculatorMacam mana nak tahu berapa banyak compounding interest yang saya dah terima hasil simpanan saya? Mudah! Saya cari je SavingsCalculator.org di Google search. Tak payah download aplikasi dan tak payah bayar monthly commitment untuk dapatkan akses kepada laman web ini, hanya buka dan masukkan nilai simpanan serta beberapa maklumat lain dan tekan "Calculate". Saya boleh terus dapat tahu jumlah total simpanan termasuk compounding interest yang dah atau bakal saya terima!
Semakin lama menyimpan, semakin tinggi nilai compounding interest dan semakin banyaklah duit simpanan kita, sebab itu kita digalakkan untuk menabung seawal usia. Rugi rasanya sebab saya lambat tahu tentang compounding effect dan SavingsCalculator ni. Kalau tidak tentu saya dah mula menabung sejak habis belajar di universiti dulu lagi. Tapi takpelah, better late than never kan? Paling kurang saya dah bermula sekarang dan masih konsisten menyimpan. 


Macam mana pula dengan awak? Dah mula menyimpan? Kalau sudah, baguslah tapi kalau masih belum menyimpan, jom mula menyimpan hari ini. Masih belum terlewat untuk bermula.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/10/tips-mudah-menyimpan-bagi-orang-boros.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tips Cara Menyimpan Duit Gaji Rm1200

7 Tips Cara Menyimpan Duit Gaji Rm1200

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 400 hits
Kerajaan Malaysia telah umum kenaikan gaji minimum daripada RM1200 ke RM1500 Namun tidak semua syarikat yang mampu untuk memenuhi kenaikan gaji tersebut Justeru masih ramai rakyat Malaysia yang memiliki minimum gaji RM1200 Itupun belum dito...
Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 473 hits
Sejak akhir akhir ni banyak betul nak guna duit Harga barang pun banyak yang dah naik Si Hitam kesayangan pun dah pandai meragam Memang terasa sangat nak nak selepas pandemik covid 19 ni Nasib baiklah juga kita ni jenis suka selitkan duit p...
9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm Menjadi Bagi Yang Susah Nak Menyimpan

9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm Menjadi Bagi Yang Susah Nak Menyimpan

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 348 hits
9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan Selepas pandemik Covid 19 situasi kehidupan kita sedikit berubah Kos sara hidup mula meningkat Segenap lapisan masyarakat dan semua golongan terkesan dengan situasi kewa...
2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum 2022 SOP Baru Bersalin di HTAR Klang dan Tips Mudah Bersalin Tengok tajuk ada tips mudah bersalin ye Kemain ye ibu nak share tips mudah bersalin huhu Apa apa pon yang ni based on pengalaman dan pembacaan sis amalkan dan alha...
Berjimat Dalam Perbelanjaan Dan Menyimpan Dengan Mudah Menggunakan Savings Calculator

Berjimat Dalam Perbelanjaan Dan Menyimpan Dengan Mudah Menggunakan Savings Calculator

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 234 hits
Berjimat Dalam Perbelanjaan Dan Menyimpan Dengan Mudah Menggunakan Savings Calculator Assalamualaikum Hi korang Pagini KakYa nak kongsi tips berjimat dalam perbelanjaan dan menyimpan dengan mudah menggunakan Sebenarnya KakYa ni segan la jug...
Tips Dan Petua Untuk Gigi Kuat Dan Sihat Buat Ubat Gigi Sendiri Dengan 2 Ramuan Mudah Inii

Tips Dan Petua Untuk Gigi Kuat Dan Sihat Buat Ubat Gigi Sendiri Dengan 2 Ramuan Mudah Inii

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 201 hits
Selain Oil Pulling ketika ini juga berlaku FENOMENA UBAT GIGI BUATAN SENDIRI di pelbagai laman web perkongsian kesihatan seperti di blog atau website Dr Mercola dan juga di website atau blog popular Tentu ramai dari anda yang tahu dan perna...
Colourful Mantou Guna Natural Food Coloring Guna Sukatan Cawan Ibu Ini Kongsi Resepi Mudah

Colourful Mantou Guna Natural Food Coloring Guna Sukatan Cawan Ibu Ini Kongsi Resepi Mudah

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 199 hits
Kebiasaanya mantou hanya dibeli di kedai namun kali ini mama boleh cuba buat sendiri di rumah untuk anak anak dengan menggunakan resepi yang menggunakan bahan mesra kanak kanak Hi semua saya nak share resepi colorful mantou guna natural foo...
Cara Simpan Duit Asb Online Tanpa Ke Kaunter Mudah Cepat

Cara Simpan Duit Asb Online Tanpa Ke Kaunter Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 324 hits
CARA SIMPAN DUIT KE ASB SECARA ONLINE Sekarang ni banyak betul kes orang hilang duit dalam akaun bank Sampai ada yang beratus ribu duit lesap entah dipindahkan ke akaun mana Bila tanya dan report ke bank proses siasatan akan memakan masa da...
Tip Mudah Urus Kewangan Peribadi

Tip Mudah Urus Kewangan Peribadi

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 205 hits
Sebenarnya zaza bukanlah mahir sangat tentang pengurusan kewangan Kalau zaman remaja dulu memang zaza agak boros dan tak menyimpan Tapi bila usia dah semakin hari semakin bertambah barulah ada kesedaran untuk menyimpan wang Barulah sedar be...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan