7 Tips Cara Menyimpan Duit Gaji Rm1200


Kerajaan Malaysia telah umum kenaikan gaji minimum daripada RM1200 ke RM1500. Namun tidak semua syarikat yang mampu untuk memenuhi kenaikan gaji tersebut. 
Justeru, masih ramai rakyat Malaysia yang memiliki minimum gaji RM1200. Itupun belum ditolak dengan potongan KWSP dan SOCSO. Jadi berapa sahajalah yang tinggal selepas potongan. 
Dengan perbelanjaan yang sekarang ini bermacam-macam. Bagi yang hidup bujang mungkin ada lagi kesenangan. Bagaimana pula yang sudah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai? Cukupkah gaji RM1200 untuk menampung perbelanjaan sebulan?

Aku pernah bertemu dan bertanya dengan beberapa orang yang gajinya RM1200 sebulan sama ada bujang ataupun yang sudah mempunyai keluarga. Dan tanyakan kepada mereka cukup tak gaji tersebut untuk menampung perbelanjaan sebulan? 
Ramai yang menjawab tidak cukup bahkan ada yang berhutang sebelum sampai masanya tarikh penggajian. Bila sudah gaji, maka hutang pun dibayar dan perbelanjaan lain-lain. Lalu, berapa sahaja yang tinggal untuk disimpan? Adakah lagi baki gaji yang boleh disimpan atau langsung kosong?

Menurut kajian Bank Negara Malaysia, seramai 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM1000! Ini parah. Lagi-lagi ekonomi sekarang yang tidak stabil. Lalu bagaimana mengatasi masalah tersebut? 
Bagaimana kita hendak menyimpan dengan gaji RM1200?
Cara Menyimpan Duit Gaji RM12001. Buat Pengiraan BajetBajet ini penting untuk kita buat agar tidak terlebih dari yang apa yang kita ada. Bajet ini bermaksud korang memutuskan apa yang akan korang belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang korang akan simpan. 
Jadi kita perlu sediakan senarai keperluan dan nyatakan nilainya sekali. Asingkan 10% daripada gaji untuk kita simpan. Jumlahkan semua perbelanjaan dan simpanan yang telah disenaraikan tadi. 
Kalau lebih dari RM1200 maka tengok senarai bahagian belanja, tolak mana yang tidak perlu yang bersifat keinginan semata.

2. Sedar Kedudukan KewanganHidup ini kenalah bersederhana. Jalan rezeki setiap orang berbeza. Kita kena sedar kedudukan kewangan kita di mana. Jangan terlalu mengikut trend yang boleh membebankan hidup. 
Kita kena sedar yang gaji kita hanya RM1200. Maka kita juga kena berbelanja mengikut taraf gaji kita. Tak payahlah minum Starbuck, mungkin sekali sekala boleh tapi jangan hari-hari minum Starbuck. 
Makan pula makan di luar ataupun Grab Food. Jawapnya memang tiadalah baki tersisa untuk disimpan

Tetapi aku faham juga walau macam mana kita cuba berjimat cermat, kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Dan sangat menyukarkan kita untuk menyimpan duit apatah lagi yang mempunyai tanggunggan yang ramai

3. Tambah Pendapatan SampinganAda satu ayat aku jumpa dan selalu dengar yang bunyinya “kalau nak makanan mahal, pakaian branded macam Nike, kereta mahal macam Honda, kita kenalah cari kerja yang gajinya mampu beli semua tu”. 
Jadi nak cakap mungkin rezeki kerja hakiki kita adalah dengan bergaji RM1200 tapi menambah pendapatan sampingan adalah jawapan kepada persoalan kita “Bilalah dapat merasa makanan mahal? 
Bilalah boleh pakai kereta Honda dan sebagainya”. Gaji kita RM1200 tak cukup maka tambahlah pendapatan sampingan dengan kerja part-time bawa Grab Car, part-time bisnes, part-time menulis dan macam-macam lagi kerja sampingan yang kita oleh buat. 
Pilihlah mana yang korang rasa mampu dan boleh buat. Aku doakan agar kalian dikurniakan rezeki melimpah-limpah yang halal dan berkat.

Photo : https://www.rodiahamir.com/2020/01/cara-simpan-duit-paling-mudah.html4. Kekalkan MenabungMenabung adalah benda wajib. Ada satu pepatah berbunyi “simpan dahulu, barulah berbelanja”. Ayat ini betul. 
Cuma tabiat kita ni dapat gaji je terus belanja. Shopping lah, beli tulah, beli nilah. Macam-mcam kita belanja. Penghujung bulan habis duit gaji kemudian berhutang. 
Begitulah putaran hidup sekiranya kita tidak ubah akan kekal berhutang sehingga akhir hayat. Justeru, kita ubah tabiat. Nak hidup senang kenalah bina tabiat yang baik. Mulakan sikit-sikit. Bak kata pepatah Melayu alah bisa tegal biasa. Start now

Boleh menabung dengan cara asingkan duit RM5 & RM20. So far cara ini paling berkesan untuk menyimpan duit. Pada hujung tahun, korang kira dan masukkan ke akaun ASB atau Tabung Haji

5. Elakkan Membeli Kereta Tanpa KeperluanKita kan pantang sangat tengok orang pakai kereta tu kita pun nak pakai juga. Cubalah jangan terlalu memerhati dan membandingkan. Kereta ni besi buruk je. 
Gaji RM1200 tapi nak pakai Honda Jazz. Memang hutang keliling pingganglah jawabnya. Gaji rendah cukuplah sekadar pakai motor. Jimat minyak. 
Tak usah beli kereta sama ada terpakai ataupun baru. Kita cuba tingkatkan pendapatan dahulu baru kita fikir beli kereta. Bila rasa diri sudah mampu beli kereta, maka belilah kereta idaman. Utamakan yang perlu dahulu

Dalam erti kata lain, boleh beli kereta sekiranya kereta yang digunakan memang keperluan untuk pergi kerja, berniaga, mempunyai tanggungan yang ramai dan tiada kenderaan. 
Sekiranya dengan mempunyai kenderaan urusan kehidupan kita lebih mudah. Maka belilah kenderaan mengikut kemampuan. 
Bukan sebab orang lain guna kereta besar, kita pun nak beli kereta besar. Orang lain ada kereta baru, kita pun nak kereta baru sedangkan kita tidak mampu untuk bayar ansuran bulanan.

6. Jangan MelaburMemandangkan gaji kita rendah, jadi fokus utama kita sekarang adalah dengan menambah pendapatan untuk keperluan asas hidup seperti makan minum, sewa rumah, bil elektrik dan sebagainya. 
Bukan tak boleh melabur tapi gaji RM1200 hanya cukup untuk keperluan asas. Itupun kadang tak cukup dan terpaksa berhutang. 
Sebelum korang nak melabur pastikan anda ada 6 bulan gaji sebagai simpanan kecemasan. Sekarang ini ramai sangat scammer. Buat masa sekarang tambah ilmu pelaburan dulu. Bila dah ada ilmu, maka senanglah kita nak melabur di tempat yang betul

Pelaburan yang selamat ialah di ASB dan Tabung Haji. Dan sekiranya korang mempunyai ilmu pelaburan yang lebih baik, maka korang melaburlah di tempat yang betul dan sah pelaburannya. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya.  

7. Tambah Ilmu Berkenaan KewanganIlmu pengurusan kewangan ini kenalah kita asah setiap hari. Ilmu nak jana pendapatan sampingan dan ilmu menyimpan ini adalah fokus utama kita. Cari guru, belajar ilmu darinya dan praktikkan. 
Aku cadangkan korang follow Youtube Dr Adam Zubir dan Financial Faiz. Insya-Allah hidup kita akan bertambah lebih baik dan semoga menjadi orang kaya yang bertaqwa.

Hidup atas dunia memang untuk bersusah payah. Hidup senang itu hanya dalam syurga. Semoga kita digolongkan dalam kalangan ahli-ahli syurga. Aamiin

Bagaimana nak buat pengiraan untuk simpanan menggunakan Saving CalculatorSedikit info untuk korang yang ingin menyimpan tetapi tak tahu bagaimana nak buat pengiraan untuk simpanan. Korang boleh menggunakan Saving Calculator ini. 
Korang cuma pergi ke Saving Goal Calculator, masukkan amaun yang diperlukan untuk menyimpan atau melabur di ASB / Tabung Haji. 

Ia sangat mudah dan tidak dilengkapi rajah yang sukar difahami. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak bermula. Klik Savings Calculator untuk ke laman web tersebut




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/10/7-tips-cara-menyimpan-duit-gaji-rm1200.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 437 hits
Sejak akhir akhir ni banyak betul nak guna duit Harga barang pun banyak yang dah naik Si Hitam kesayangan pun dah pandai meragam Memang terasa sangat nak nak selepas pandemik covid 19 ni Nasib baiklah juga kita ni jenis suka selitkan duit p...
9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm Menjadi Bagi Yang Susah Nak Menyimpan

9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm Menjadi Bagi Yang Susah Nak Menyimpan

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 338 hits
9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan Selepas pandemik Covid 19 situasi kehidupan kita sedikit berubah Kos sara hidup mula meningkat Segenap lapisan masyarakat dan semua golongan terkesan dengan situasi kewa...
Buat Kira Kira Sebelum Menyimpan Duit Gaji Bulanan Agar Lebih Konsisten

Buat Kira Kira Sebelum Menyimpan Duit Gaji Bulanan Agar Lebih Konsisten

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum Selamat Petang BUAT KIRA KIRA SEBELUM MENYIMPAN DUIT GAJI BULANAN AGAR LEBIH KONSISTEN Menabung atau menyimpan wang bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya dalam kalangan mereka yang dah berkeluarga macam Fiza sendiri sebaga...
Hiburan Lihat Dengan Mata Hati Baling Duit Dalam Masjid Netizen Pertikai Cara Habib Ini Kongsi Rezeki

Hiburan Lihat Dengan Mata Hati Baling Duit Dalam Masjid Netizen Pertikai Cara Habib Ini Kongsi Rezeki

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 152 hits
Tular di media sosial TikTok hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang ilmuwan agama telah berkongsi rezeki dengan melemparkan duit kepada jemaah masjid Dalam video yang menjadi viral itu seorang lelaki yang digelar sebagai habib tel...
Cara Keluarkan Duit Asb Secara Online Untuk Tahun 2022

Cara Keluarkan Duit Asb Secara Online Untuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 219 hits
Urusan bagi pengeluaran duit ASB kini lebih mudah apabila anda boleh buat secara online sahaja dengan menggunakan aplikasi myASNB tanpa perlu beratur atau pergi ke mana mana cawangan pejabat ASNB Dengan itu urusan anda lebih pantas dan meny...
3 Cara Menyimpan Bahan Makanan Di Kulkas Dengan Benar Biar Awet Dan Tetap Segar

3 Cara Menyimpan Bahan Makanan Di Kulkas Dengan Benar Biar Awet Dan Tetap Segar

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 179 hits
Perlu sekali mengetahui tata cara penyimpanan makanan yang benar di dalam peti pendingin ini Berikut ini tiga cara yang bisa bikin bahan makanan agar bisa bertahan lama di dalam kulkas
Cara Untuk Menyimpan Kata Laluan Pada Iphone

Cara Untuk Menyimpan Kata Laluan Pada Iphone

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 171 hits
Kepada anda yang inginkan proses log masuk ke laman sesawang pada iphone menjadi lebih mudah dan pantas berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan fungsi Autofill kata laluan pada peranti Apple tersebut Pertama sekali masuk kemenu Setti...
Guru Ini Mengajar Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat L Jom Menyimpan Wang

Guru Ini Mengajar Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat L Jom Menyimpan Wang

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 274 hits
Guru Ini Mengajar Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat l Jom Menyimpan Wang kita semua tahu menyimpan wang adalah merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan Simpanan juga amat penting untuk masa depan dan kecemasan Ki...
Lihat Dengan Mata Hati Baling Duit Dalam Masjid Netizen Pertikai Cara Habib Ini Kongsi Rezeki

Lihat Dengan Mata Hati Baling Duit Dalam Masjid Netizen Pertikai Cara Habib Ini Kongsi Rezeki

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 154 hits
Tular di media sosial TikTok hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang ilmuwan agama telah berkongsi rezeki dengan 8216 melemparkan 8217 duit kepada jemaah masjid Dalam video yang menjadi viral itu seorang lelaki yang digelar sebagai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah