2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin


 Assalamualaikum..
2022: SOP Baru Bersalin di HTAR, Klang dan Tips Mudah Bersalin | Tengok tajuk ada tips mudah bersalin ye. Kemain ye ibu nak share tips mudah bersalin.. huhu... Apa-apa pon yang ni based on pengalaman dan pembacaan sis amalkan dan alhamdulillah menjadi kat sis. Dah nama pon tips, korang boleh cuba and tak semua orang sama ye. Jangan datang kat sis claim apa punya tips tak menjadi pon haa sis siku sorang2 nanti.. Sebelum tu, korang boleh terjah entry ni untuk tips memilih perancang kehamilan.
Oklah, mesti rata-rata yang membaca ni ibu hamil yang dah aim HTAR, Klang sebagai tempat bersalin. So, jom kita start dengan cerita bersalin di HTAR dulu lah. Entry ni agak panjang xD
SOP Baru Bersalin di HTAR dalam Fasa Edemik
Masa masuk ward 13 May haritu first thing yang sis tanya kat nurse, "Nurse, suami boleh teman tak nanti kat Labour Room(LR)?" Mesti ramai nak tahu kan? Haa teruskan membaca sampai habis kayh.  

Masa ni tak ada tanda sakit cuma ada leaking cecair jernih lebih kurang sama macam Uwais haritu. Bila Doktor cek bukan air ketuban lepas 24 jam tahan kat wad sebab Doktor nak monitor and confirmkan. Pastu kena balik, so jomlah beraya sebulan xD. Kenapa sis insist ajak husband pergi cek? Sebab hati tak sedap risau jadi macam kes Uwais masa bersalin kat HTAR 2020.
Ok, maaf lari tajuk dah ni so, mohler kita sambung. Untuk pengetahuan semua, husband boleh teman di LR janji kena buat swab test dulu. Kit swab test bawak sendiri ye and make sure yang saliva punya bukan yang swab hidung. Bawak pergi PAC kat HTAR and swab depan dia. Lepas dah tahu keputusan negatif baru boleh teman wife berjuang kat LR. Macam husband sis post covid tapi kena buat swab jugak. 
Sama juga ibu yang bakal melahirkan kena buat swab tapi yang ni pakai hospital punya swab test kit. Macam sis tak perlu swab sebab post Covid Mac 2022, so masa pergi May tu diorang lepas je sis masuk tanpa perlu swab test. Tak sure post covid punya duration berapa lama yang dibenarkan masuk tanpa perlu swab. Lupa nak tanya =p. Husband sis pon kena covid Mac 2022 tapi tatau kenapa kena swab plak sis tak perlu swab test. =p

Sumber: freemalaysiatoday.com
So, agak-agak korang dah sakit and ada tanda cepat-cepat pergi PAC HTAR and buat swab. Sebab kalau dah sakit sangat nak beranak and bukaan dah besar, jangan harap diorang kasi husband teman. Macam kes sis haritu jam 3.30 pagi 30 May 2022 dah rasa dah sakit tiap 5 minit tapi boleh tahan sakit and call husband suruh balik dari Muar ke Shah Alam nak pergi sama-sama. Cuwit la konon husband teman kan.
Last-last jam 4 pagi lebih macam dah tak tahan ada tanda lendir and darah sikit, so ajak la atuk and opah yang ada kat rumah terus pergi HTAR. Husband dah gerak dari Muar 3 lebih pagi sampai je nak masuk parking nurse call, wife dah masuk LR jam 6.30,. Husband cakap nak teman sekali nurse cakap "Dah 8 cm dah encik. tak sempat sebab nak buat swab lagi kan". 6.41 pagi, 30 May 2022 alhamdulillah sis selamat bersalin baby boy berat 3.325kg. Pastu husband cakap "Nasib baik tak tunggu abang, mau terberanak dalam kete nanti" xD.
Kalau tengok jam tu sis lama tunggu kat PAC sebab kena daftar dulu, then diorang cek bukaan. Masa cek bukaan start dalam jam 5 lebih pagi dah daripada HO sampailah nurse duk cek banyak kali nak confirmkan bukaan. Masa cek time takde contraction tak sakit sangat. Tapi bila dia cek time contraction datang, fuh please lah rasa nak teran dah ni tapi diorang suruh tahan. 
Sis siap minta ubat tahan sakit masa mula2 cek diorang kata 3-4 cm macam tu. Sebab kalau nak ubat tahan sakit kena bagi awal so sis minta awal la. Sekali cek kejap je bukaan sampai lah 6 cm nurse cakap kalau puan ambil ubat tahan sakit tak rasa apa sangat. Sis pon berzikir golek2 jela tahan sakit. xD 
Sekali betul la sis nak beranak dah. Sis cakap kat doktor tu tataulah HO ke MO "saya nak terberakk" hahah.. Kelam kabut semua pastu cek lagi bukaan fuhh.. 8 cm!! cepat tolak patient..hurmm.. Bukan patutnya 5 cm da pergi LR ke..hahah sabar jelah. Maka berzikirlah sis sepanjang tu. Bila sampai LR contraction takde jap, elok je sis pindah katil sendiri pastu doktor siap tanya patient baru berapa cm? 
Bila nurse cakap dah 8cm barulah dia cek and dia bukak kan lagi kot entahla. Pastu dia suh teran, dua kali teran keluar lah seketul anak soleh Muhammad Uzair nama diberi. Kalini bersalin cepat sangat so diorang bagi masuk ubat Pitocin sebab nak elakkan pendarahan yang teruk. Elok je lepas jahit sis nak buang air besar. Nurse dah risau tapi sis ok je bangun pergi toilet diorang temankan kat luar toilet LR tu. 
Setel semua sis dipindahkan ke wad bersalin tanpa baby. Jangan risau sebab wad dia memang selesa. =) Masuk je wad ada 6 orang satu wad boleh la sembang-sembang promote bisnes. xD OK, setel part ni, jom tengok waktu melawat plak.
Waktu Melawat Pesakit di Wad

Baby Uzair lepas discharge day 2. =)
Time ni baby Uzair kena tahan wad katanya baby jantung laju sebab stress tadi masa sis tahan2 nak teran. Kalau tak dia terus letak kat sebelah ibu sama-sama ke wad bersalin lepas cuci baby. Wad baby dengan ibu lain. Lepas tahu je baby Uzair masuk wad mana, terus bagitahu husband untuk azankan baby Uzair. Yang ni tak kisah time bila bapa dibenarkan masuk untuk azankan baby di wad baby. Cuma kalau baby bersama ibu di wad bersalin, bapa boleh azankan baby masa time melawat je nanti.
So, ibu-ibu yang nak susukan baby boleh pergi wad baby jam 1-2 petang dan 5-7 petang. Korang tak boleh keluar sesuka hati mesti jena escort dengan nurse. Nak balik dari wad baby pon nanti nurse atau staff hospital akan datang ambil. xD Waktu melawat orang luar pon ada 12.30 sampai 2 petang, dan 5-7 petang. Tapi nak masuk wad tu sorang je boleh, suami atau sesiapa tapi sorang je so gilir-gilir lah. 
Ayuh Pulang ke Rumah dan Berpantang!
Sis bersalin 30 May 2022 and discharge hari yang sama bersama baby Uzair. Alhamdulillah,  baby Uzair baik-baik sahaja and membuang secara normal dan kuning pon tak tinggi. Bila kena tahan wad penyakit kuning tu lah yang paling dirisaukan tapi haritu Doktor siap cek G6PD apa semua. Tapi jenis darah takde kot. xD Setel je semua bil, malam tu baru sampai rumah. Agak kelam kabut sis dibuatnya tapi sempatlah berehat kat wad sementara husband setelkan hal lain. Lepas setel bil wad sis, barulah kita boleh pergi wad baby setelkan bil situ plak. 
Esoknya, husband lapor ke Klinik Kesihatan dengan surat dr HTAR and buat surat beranak kat JPN. Petang tu terus gerak balik kampung 2 jam dari rumah. Sis ada jahit sikit makanya nyilu lah tempat jahit sebab Uwais nak kat ibu padahal ibu duk pegang baby Uzair =') Demi anak-anak soleh ibu, ibu redha jelah. 
Ibu, abah, Uwais dan uzair =)Sampai je kampung esoknya lapor di Klinik Kesihatan berdekatan plak. Time ni nurse datang rumah cakap baby uzair ada kuning. Husband plak dah pulang ke Muar sempat la jugak teman sehari pergi KK, makanya atuk dan CL lah yang tolong teman bawak baby Uzair ke klinik. 
Alhamdulillah kuning tak tinggi sangat =') 3 hari pergi KK dah boleh discharge sama macam Uwais. Kalini di kampung kalau boleh tak nak susahkan sesiapa kecuali kalau terpaksa. So, husband dan sis melabur sikit untuk upah CL stay in kat kampung selama 14 hari. CL Yanti dari Dewi Kemangi sangat-sangat membantu terima kasih sangat2. 
Ok last but not least gittew, marilah tengok tips yang sis amalkan masa pregnant, masa bersalin dan lepas bersalin. Apa-apa pon ujian masing-masing tak sama =') yang penting doa lah banyak2 dipermudah dan diberi ketenangan walau apa ujian yang melanda. Allah uji tanda sayang =).
Tips Mudah Bersalin
Banyakkan doa. Cliche sangat kan tips ni. Tapi itulah senjata nak pergi bertarung. Bulan puasa sis tak putus-putus doa. Tapi jangan salahkan takdir bila yang kita minta tak dapat, Allah nak bagi lebih baik tu. Walaupun nampak macam sis kuat sepanjang pregnant tapi percayalah pesanan ni untuk sis jugak sebenarnya =').
Bila org post pergi mekah and boleh kirim doa korang kirimkan aje. Alhamdulillah ada few yang sis kenal and influencer tolong bacakan doa sis mudah bersalin. 
Then, bila orang post minta tolong doakan..kita doakan sekali. Sebab doa yang terbaik adalah doa orang muslimin kepada muslimin yang lain tanpa pengetahuannya dan para malaikat turut aminkan doanya. =') 
Banyakkan bersedekah walaupun singgit terutama kepada yang memerlukan.. Niatkan skali untuk orang yg kita kadang-kadang pernah terumpat. Ni sharing daripada Ust Asma Harun. Doa waktu mustajab bulan ramadhan, ketika berpuasa, dalam sujud, doa antara azan dan iqamah, malam jumaat dsb.
Terus berdoa dan minta maaf selalu kat suami, keluarga dan org sekeliling minta doakan sekali biaq pi la depa meluat kan hahahha... 
Masa sakit nak bersalin banyakkan zikir, istighfar (sayyidul istighfar atau istighfar pendek pon tak apa) dan doa nabi yunus sebab da sakit kan huhu mana yang mudah jela. Masa sakit tarik nafas dalam2 pastu hembus laju2.. Macam siti jamumall buat.. Tapi masa cek bukaan dan tengah contraction tu memang tak boleh nak buat apa makanya berzikir jelah ye 😂.

Lastly! Kalau nak intact tak kena jahit, kena start buat perineal massage masa 36 weeks tapi sis tak buat sangat. Korang google jela cara tak mudah koyak masa bersalin sebab baby kalau bawah 3 kg inshaAllah tak mudah koyak depends pada size ibu. Time nak membuang lepas bersalin make sure korang sengetkan sikit badan, angkat sikit punggung sebelah inshaAllah mudah membuang.
Sis just makan mamariam masa nak masuk 3rd Trimester sebagai supplement tambahan sampai lah dalam pantang untuk tenaga dan kesihatan dalaman. 
Alhamdulillah sepanjang pregnancy tiada GDM atau darah tinggi dan HB pon ok cuma awal-awal sis agak mabuk dan emosi tak stabil sampai la kena ambil cuti tanpa gaji sebulan. 
Then kena covid nasib baik tiada kesan yang teruk pastu suspek placenta praevia type 3 masa 28 weeks. Then sis just digalakkan WFH sampai bersalin. Alhamdulillah dapat bosses dan rakan sekerja yang memahami =') 
Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa korang. Masa pregnant Allah uji sebab Allah nak bagi mudah masa bersalin and selepas itu inshaAllah. Terima kasih ya Allah =')
Rasanya itu jelah perkongsian panjang daripada sis setakat ni. hewhew. Semoga bermanfaat buat semua dan dipermudahkan urusan bersalin dan membesarkan bayi yang sihat comel gebu soleh dan solehah aminn =)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cinqleafclover.com/2022/06/2022-sop-baru-bersalin-di-htar-klang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang

2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum Hye Nampaknya minggu ni dah hampir 7 bulan lebih usia putera sulungku yang bijak soleh dengan panggilan Uwais Syukur alhamdulillah Semoga yang masih menanti dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah Sebelum aku teruskan deti...
2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang

2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pengalaman sampai masuk ke LR Dari mula mula tanda nak bersalin sampailah masuk LR Korang boleh refer kat Kali ni aku nak cerita pengalaman sepanjang dalam LR termasuklah detik detik cem...
Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 656 hits
Baca Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022 Duhai penyimpan emas sebagai pelaburan Korang dah sampai tahap mana Dah dapat target 100 gram setahun Atau lebih rezeki dapatlah buat pelaburan 100 gram emas dalam masa 6 bulan Sekarang...
Mommy Looking Good Baru Bersalin Penampilan Tasha Shilla Maintain Cantik

Mommy Looking Good Baru Bersalin Penampilan Tasha Shilla Maintain Cantik

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 159 hits
Baru sahaja melahirkan anak kedua 5 September lalu penampilan Tasha Shilla yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata ini nampak seperti bukan orang dalam pantang Penampilan yang berseri dengan solekan nipis menambahkan kecantikannya Isteri ...
Tips Qadha Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal Ibu Bersalin

Tips Qadha Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 173 hits
Tips Qadha Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal Ibu BersalinTips Qadha Ganti Puasa Ramadhan Yang Tertinggal Ibu Bersalin Saya nak share pengalaman qadha puasa 30 hari Pada tahun 2014 Saya bersalin beberapa hari sebelum Ramadhan tahun tu Mak...
Ulang Tahun Ke 30 Aqua Japan Indonesia Rilis Produk Untuk Gaya Hidup Baru

Ulang Tahun Ke 30 Aqua Japan Indonesia Rilis Produk Untuk Gaya Hidup Baru

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 228 hits
AQUA Japan meluncurkan Air Conditioner terbaru WXW Series AQA KRV10WXW yang punya fungsi tambahan sebagai penjernih udara untuk berikan kesehatan sebagai salah satu kebutuhan terpenting keluarga Indonesia saat ini
Lepas Pantang Dah Macam Anak Dara Raikan Isteri Baru Lepas Pantang Hafiz Mahamad Di Puji

Lepas Pantang Dah Macam Anak Dara Raikan Isteri Baru Lepas Pantang Hafiz Mahamad Di Puji

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 183 hits
Suami mana yang tidak merindui isterinya selepas berpantang lama di kampung Bukan hanya rindukan anak bahkan isteri yang ditinggalkan lama bagi memberi peluang untuk berehat panjang Suami kepada usahawan dan influencer Syafiqah Aina Hafiz M...
Kadar Teksi Klia2 Ke Bandar Baru Salak Tinggi

Kadar Teksi Klia2 Ke Bandar Baru Salak Tinggi

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 210 hits
Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dari Pulau Langkawi di Kedah Darul Aman di Malaysia menggunakan penerbangan AirAsia AK6315 Pesawat AirAsia AK6315 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangs...
Langkah Membuat Nama Distro Baru Dan Menarik

Langkah Membuat Nama Distro Baru Dan Menarik

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 194 hits
Untuk membikin 259 nama distro yang belum dipakai keren dan unik 2022 atau variasi baru pada sebuah pernama distroan dengan merk dan paket yang bagus yang baru dan lain dari merk lama kita harus hati hati karena jika kita memakai nama lama ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids