9 Cara Mudah Simpan Duit Confirm Menjadi Bagi Yang Susah Nak Menyimpan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
9 Cara Mudah Simpan Duit, Confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan | Selepas pandemik Covid-19, situasi kehidupan kita sedikit berubah. Kos sara hidup mula meningkat. 
Segenap lapisan masyarakat dan semua golongan terkesan dengan situasi kewangan sekarang. Bahkan hal ni bukan berlaku kat negara kita je, tapi satu dunia
 Walaupun MF kerja kerajaan, tapi suami MF orang bisnes. Buat perniagaan sendiri. Sangatlah terkesan bila berlaku krisis kewangan macam ni. 
Tapi, itu tak menjejaskan kehidupan cuma kena bijak merancang kewangan dan simpan wang dan ubah cara hidup. 
Mungkin yang ada yang kata, “alaa... MF kerja kerajaan, mana nak terkesan... gaji jalan je walaupun pandemik...”.. 
Eh, MF terasa juga kesannya, perbelanjaan meningkat. Anak empat kot... Yang semakin membesar ni kan... 
Suami MF kerja sendiri... Gaji hari... kadang gaji minggu yang tak menentu... Kadang sebulan income tak sampai seribu.
. Tapi itu bukan alasan untuk kita menyimpan... MF dan suami tetap usaha untuk menabung dan menyimpan walaupun sedikit. 
Ini MF nak kongsikan... 
Pengalaman dan cara mudah simpan duit, confirm menjadi bagi yang susah nak menyimpan... Sebab apa MF kata gitu.. sebab ini pengalaman MF dan suami buat, memang menjadi... Kami memang jenis yang susah nak menyimpan.. sebab kehendak pun tinggi... Tapi... insha Allah boleh...
1. Asingkan akaun gaji dan simpanan.Sumber gambar: google images

Bila dapat gaji, perkara pertama MF buat ialah bagi pada ibu bapa untuk keberkatan gaji kita. Selepas tu, MF akan letakkan target simpanan gaji di akaun lain... Yang bukan akaun gaji atau akaun yang kita mudah guna. 
Mungkin boleh pindahkan ke ASB atau Tabung Haji... Atau bank lain yang jarang kita guna. Jangan biarkan duit tu kekal dalam akaun biasa kita guna. Kalau tak memang tak kekal lama. Hehe... itu MF punya amalan lah... 
2. Selesaikan hutang dan keperluan serta hadkan kehendakSumber gambar: Facebook

Dah selesaikan point nombor 1, MF akan selesaikan semua keperluan dan hutang yang ada. Ada sebahagiannya, suami yang take part bab ni... Ini tak jadi masalah bagi kami sebab kami laki bini memang dah buat persetujuan bersama. 
3. Buat tabung ikut warna duitTabung macam nilah kami buat. Sumber gambar : google... Cari gambar sendiri tak jumpa pula sebab dah lama tak buat tabung gini.. 

Yang ni MF dan suami pernah buat... Tahun 2017 kami buat cara ni sebab tengok kat FB orang buat. Dia letak dalam balang, kami letak dalam botol 100plus je... Senang nak masukkan duit tapi payah nak keluarkan. Kami buat 3 tabung ikut jenis warna duit. 
Tabung warna oren untuk duit RM20, tabung hijau untuk duit RM5 dan tabung warna biru untuk RM1. 
Memang dapat buat sehingga duitnya penuh. Alhamdulillah... bila dapat je duit kecil kan, ada je warna-warna tu masukkan je... Duit tu kami dah guna pun lah... buat pergi bercuti... 
4. Guna tabung yang susah nak korek duitnyaBagi kami yang susah nak menabung kan ni lah cara kami. Beli tabung yang susah nak korek... Kami beli tabung tin kat kedai RM2 je... Tapi memang takde tempat nak buka... Tunggu je lah duit penuh baru pecahkan tin tu. Anak-anak pun kami belikan tabung tu sorang satu. 
Letak tabung tu di tempat yang senang nampak. Contohnya atas meja kerja... Ada duit masukkan... Duit jumpa ke... duit lebih beli FoodPanda ke, duit dalam mesin basuh ke... Masukkan dalam tabung tu. 
5. Guna sistem Goal di perbankan internetCara MF menabung di Maybank, confirm menjadi... Orang kata main kutu dengan akaun bank sendiri

Ini cara yang paling best MF pernah buat. MF guna sistem GOAL di Maybank. MF pernah buat.. dan Alhamdulillah berjaya menabung. Masa tu MF menabung untuk buat perbelanjaan sekolah anak. Dan juga untuk buat akikah. Perlukan duit yang banyak... Jadi, simpan duit kat akaun sendiri dengan cara ni... confirm menjadi... 
Seronok sebab bila dah masuk goal ni, duit kat akaun tu tak nampak dah. Jadi, kita boleh guna tanpa was-was. 
6. Banyakkan sedekah dan belanja keluarga makanGambar: Google Images

Bersedekah juga salah satu cara menabung... Tabungan di akhirat. Tapi di dunia juga kita akan dapat Cuma secara tak sedar. Jadi, jangan takut nak bersedekah... MF paling suka guna e-Wallet... sehari seringgit pun dah ok kan... Kat ShopeePay ada, kat Boost ada, ataupun Touch n Go e-Wallet. 
Kalau suami pula, biasanya dia belanja makan lah... ada rezeki lebih dia belikan anak-anak dan mak dia... Alhamdulillah .. memang akan ada lebihan lagi untuk simpan duit

7. Tukarkan duit kepada emasKalau kita jenis payah juga nak menabung guna duit, tukarkan duit kepada aset yang bernilai seperti emas. Sekarang ni seratus pun dah boleh beli emas. Tapi tak pernah buatlah yang ni. Tapi ni satu tabungan yang bijak dan berkesan juga. 
8. Manfaatkan duit syilingDuit syiling mungkin orang tak pandang sangat kan... Tapi duit syiling ni bernilai. Simpanlah duit syiling... Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nak best lagi asingkan ikut nilai... Seronok kumpul syiling. Bila dah banyak, kita akan kira duit simpanan tu kan. Itu akan menambah keseronokkan tu. Nak mudah guna je saving calculator online untuk kira... Lagilah teruja.... 
Ajak anak-anak sekali join.. baru meriah. 
9. Tambahkan pendapatan sampingan
Bagi yang bergaji tak tetap... nak menyimpan satu cabaran kan. MF pun sama juga walaupun ada gaji tetap sebab komitmen banyak bantu suami. 
Sebab tu MF jadikan kelebihan MF dan kebolehan MF berblog, bersosial dan juga handphone kita tu untuk jana pendapatan sampingan. Selain blog, MF buat survey berbayar dan juga affiliate untuk tambah lagi duit poket. 
Apa pun, ini hanyalah pengalaman MF menabung dan simpan duit. Ni cara mudah la MF rasa sebab MF pun bukan jenis yang mudah nak simpan duit sebab banyak komitmen dan dugaan juga. Kadang, time kita simpan, itulah anak nak sakit, kereta rosak dan sebagainya. 
Tapi itulah guna simpan duit sebenarnya, kita nak guna time macam tu lah. Kalau tak simpan, susah juga kan. Nak pula MF dan suami kaki shopping... Jadi, kami memang simpan juga walaupun susah. Moga perkongsian ni bermanfaat untuk semua. 
Satu je MF nak kata... Rezeki ni milik Allah, yakinlah dengan Allah... Doa dan teruslah doa moga ditunjukkan jalan rezeki terbaik dan halal buat kita... Insha Allah... 

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2022/10/9-cara-mudah-simpan-duit-confirm-menjadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

Cara Menyimpan Duit Paling Bijak Dan Mudah

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 436 hits
Sejak akhir akhir ni banyak betul nak guna duit Harga barang pun banyak yang dah naik Si Hitam kesayangan pun dah pandai meragam Memang terasa sangat nak nak selepas pandemik covid 19 ni Nasib baiklah juga kita ni jenis suka selitkan duit p...
Cara Simpan Duit Asb Online Tanpa Ke Kaunter Mudah Cepat

Cara Simpan Duit Asb Online Tanpa Ke Kaunter Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 302 hits
CARA SIMPAN DUIT KE ASB SECARA ONLINE Sekarang ni banyak betul kes orang hilang duit dalam akaun bank Sampai ada yang beratus ribu duit lesap entah dipindahkan ke akaun mana Bila tanya dan report ke bank proses siasatan akan memakan masa da...
Ketahui 4 Penyebab Kulit Kering Amp Cara Mudah Nak Mengatasinya

Ketahui 4 Penyebab Kulit Kering Amp Cara Mudah Nak Mengatasinya

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 218 hits
Bila bangun saja dari tidur terus rasa tak bersemangat Bukan sebab kena pergi kerja tapi sebab kulit terasa sangat kering sampai nampak kesan rekahan Kadang kadang tu bila cuaca terlampau panas kulit akan jadi pedih dan gatal gatal Bila gar...
7 Tips Cara Menyimpan Duit Gaji Rm1200

7 Tips Cara Menyimpan Duit Gaji Rm1200

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 391 hits
Kerajaan Malaysia telah umum kenaikan gaji minimum daripada RM1200 ke RM1500 Namun tidak semua syarikat yang mampu untuk memenuhi kenaikan gaji tersebut Justeru masih ramai rakyat Malaysia yang memiliki minimum gaji RM1200 Itupun belum dito...
Periuk Rentung Lepas Terlupa Tutup Api Begini Cara Mudah Nak Bersihkannya Memang Berkilat

Periuk Rentung Lepas Terlupa Tutup Api Begini Cara Mudah Nak Bersihkannya Memang Berkilat

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 293 hits
Periuk berkerak lagi lagi selepas hangus dan rentung dek kerana terlupa tutup api buat kita rasa down Memang payah hendak membersihkannya Tak perlu sental lebih lebih kaedah mudah dengan air rendaman bahan ini sebenarnya sangat membantu Jom...
Laksa Ibu Paling Mudah Nak Buat Tak Perlu Carik Isi Ikan Rebus Kisar Dan Terus Masak Confirm Tak Ada Tulang

Laksa Ibu Paling Mudah Nak Buat Tak Perlu Carik Isi Ikan Rebus Kisar Dan Terus Masak Confirm Tak Ada Tulang

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 203 hits
Teringin nak makan laksa tetapi untuk buat sendiri terasa renyah kerana ikan perlu direbus kemudian dicari isi ikan dan dikisar halus Namun empunya resipi Ameera berkongsi cara paling ringkas untuk menyediakan laksa
Ibu Ini Kongsi Cara Lagi Mudah Bersih Kencing Anak Atas Tilam Sofa Atau Karpet

Ibu Ini Kongsi Cara Lagi Mudah Bersih Kencing Anak Atas Tilam Sofa Atau Karpet

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 261 hits
Antara masalah sering dihadapi para ibu bapa ialah anak kencing atas tilam Kadang kadang bukan bayi sahaja yang terlepas tetapi anak yang dah besar pun boleh terkencing atas tilam Ada yang tanya macam mana kalau anak kencing atas tilam sofa...
4 Tips Simpan Duit Dan Berjimat Cermat

4 Tips Simpan Duit Dan Berjimat Cermat

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 221 hits
4 tips simpan duit dan berjimat cermat Memang tahun 2022 ni tahun yang mencabar buat kita semua Specially dari segi kewangan dan untuk kelangsungan hidup Selepas diuji dengan wabak Covid 19 ramai yang terkesan dan kehilangan punca pendapata...
Cara Keluarkan Duit Asb Secara Online Untuk Tahun 2022

Cara Keluarkan Duit Asb Secara Online Untuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 219 hits
Urusan bagi pengeluaran duit ASB kini lebih mudah apabila anda boleh buat secara online sahaja dengan menggunakan aplikasi myASNB tanpa perlu beratur atau pergi ke mana mana cawangan pejabat ASNB Dengan itu urusan anda lebih pantas dan meny...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game