Tips Mudah Buat Burger Malaysia Viral Sukatan Cawan Yang Lembut Gebus Sedap Dan Menjadi


 As Salam,
Dengan Bismillah,
Resepi Burger Malaysia Viral @ Pau Sambal Sukatan Cawan Yang lembut, Sedap dan Gebus-Mungkin ramai yang mencari resepi Burger Malaysia Viral dengan sukatan cawan kan.Orang lain saya tak tahu, tapi saya memang sejak dulu suka mencuba resepi jika dibuat dengan sukatan cawan.Sebabnya dah tu je yang saya reti.haha.


Burger Malaysia yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga:) tips nak bagi pau burger ni lembut dan gebus ada saya kongsikan kat cara menyediakan di bawah. Baca sampai habis tau:)
Burger Malaysia yang sedap mestilah mempunyai pau atau roti yang lembut, gebus, tidak kering.Inti sambalnya juga harus lebih sesuai dengan saiz pau atau burger.Sementara daun salad, timun, telur rebus atau ikan bilis goreng adalah pilihan mengikut kesukaan masing-masing

Beberapa hari ini saya perasan ramai yang share kat FB stories, grup masakan dan juga Instagram akan keenakan Burger Malaysia ni.Kalau ikut saya yang "budak kampungan ini" (walaupun sebenarnya dah pangkat mak budak ) saya lebih kenal kuih ni sebagi pau sambal sahaja.Tapi tulah, ada juga yang kenal kuih ni dengan panggilan Burger Malaysia, jadi kita raikan semua orang mengikut kesukaan masing-masing kan.


Ada beberapa kali saya share resepi dan cara saya buat Burger Malaysia ni dalam Blog, cuma kali ini saya update post dengan refresh namanya kepada Resepi Burger Malaysia.Kalau nak tengok post-post saya yang sebelum ini boleh cari kat "search box" dengan nama Pau sambal. Boleh tengok sini entri terdahulu saya tentang step by step buat Pau Sambal Gebus dan Sedap @ Burger Malaysia sedap dan gebus.


1.Cara Mudah buat pau sambal ( step by step)
2.Resepi pau sambal yang gebus dan sedap
3.Petua mudah buat pau sambal yang lembut dan gebus.


Jom, kita tengok resepi Burger Malaysia Viral Sukatan Cawan Yang lembut Gebus, Sedap dan Menjadi dengan menggunakan sukatan cawan.Yeahh.


Sebelum kita nak hiris burger Malaysia ni, kena pastikan pau dia ni kena benar-benar sejuk.Kalau tidak, hirisan di bahagian tengah tak cantik dan tidak kemas.Presentation nak bagi suami dan anak-anak makan kenalah ala-ala restoran kann.muehee


Resepi Mudah  Burger Malaysia Viral @ Pau Sambal Sukatan Cawan Yang lembut, Sedap dan Gebus
Sumber Resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan Untuk Doh ( dapat 18-20 pcs)
5 cawan tepung gandum
2 sudu besar buttercup/ marjerin/planta
3 sudu besar gula halus
1 biji telur ( tak letak pun boleh jika alergik telur )
1/2 sudu teh garam
Bahan-bahan Untuk Yis ( Kembangkan yis)
1 paket instant yeast 11g
2 sudu makan gula halus
2 sudu makan susu pekat/ susu cair
1 cawan air suam
Cara Menyediakan Kuih Burger Malaysia yang sangat sedap dan lembut gebus


1. Sediakan bahan-bahan untuk kembangkan yis.Campurkan semua bahan dan biarkan sehingga yis berbuih.Jika Yis tidak berbuih ia menunjukkan yis sudah tidak elok digunakan atau sudah expired.


2. Dalam bowl lain, masukkan tepung gandum dan bahan-bahan untuk buat doh.


3. Selepas yis dah kembang atau berbuih, masukkan larutan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam tepung.Uli tepung hingga sebati.Saya guna mixer untuk uli doh supaya lebih cepat lembut dan gebu.


4. Apabila doh sudah lembut dan elastik, biarkan sehingga 40-45 minit atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Balut bowl doh dengan plastik wrap atau penutup yang sesuai. Jangan pula biarkan doh mengembang melebihi masa, ia akan menjadi lembik dan menyerap minyak apabila digoreng.


5. Selepas doh mengembang dua kali ganda, boleh bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki.


6. Biarkan doh yang sudah dibulat-bulatkan tadi mengembang sekali lagi dalam sekitar 20-30 minit.


7.Kemudian, panaskan minyak dengan sukatan agak banyak supaya doh Burger Malaysia kita dapat digoreng dengan cantik.Gunakan api perlahan supaya isi dalam masak elok.


Cara Menyediakan Sambal Bilis Untuk Inti Burger Malaysia.
Bahan-Bahan kisar/ tumbuk
2 cawan cili kering blend ( 15-20 tangkai cili kering )
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
setengah gengam ikan bilis
1 sudu teh paste asam jawa abadi / perahan air asam jawa
1 labu bawang besar dihiris
setengah cawan air suam/ air masak
minyak yang secukupnya
Bahan Untuk Hiasan : Timun, Daun Salad. telur rebus, ikan bilis goreng.


Burger Malaysia lebih sedap kalau dapat roti burger yang jenis lembut tapi padat berisi dan sedikit lemak manis.Resepi yang saya kongsi ini akan dapat roti burger seperti yang saya maksudkan, InshaAllah :)
Penyediaan Sambal Tumis (Inti Burger Malaysia )


Mula-mula, panaskan minyak.Masukkan hirisan bawang besar.Biarkan sehingga naik bau.Masukkan bahan yang dikisar dan kacau hingga sebati. Masukkan air masak atau air suam. Perasakan dengan garam, gula dan paste asam jawa adabi atau perahan air asam jawa.Kacau lagi sehingga sebati.Perlahankan api dan biarkan sambal hingga terbit minyak barulah tutup api


Langkah Demi Langkah bergambar Cara Buat Burger Malaysia Yang Sedap Dan Gebus

Orait, gambar pertama ini menunjukkan campuran bahan seperti tepung gandum, butter, telur, gula dan secubit garam.Gaul sampai jadi macam kat bawah

Gambar kedua ni menunjukkan campuran tepung dan bahan-bahan yang kita dah gaul sebati



Ini pula penyediaan yis.Yis kita biarkan sehingga berbuih seperi dalam gambar supaya burger kita boleh mengembang dengan baik dan menjadi gebus


Gambar ini pula menunjukkan hasil campuran bahan dengan tepung tadi dengan campuran yis yang sudah berbuih.kita uli sehinnga lembut seperti ini.uli sehingga tepung tidak melekat di tangan ya.


Gambar ni pulak menunjukkan yang doh kita dah berjaya mengembang dengan jayanya. Masa ni confident level kita sure dah 80 percent sebab kita tahu InshaAllah, roti burger kita ni bakal menjadi dengan hebat sekali.ceh gitu




bentukkan bulat doh tadi ikut saiz yang kita suka.kalau saiz camni, dapatlah dalam 18-20 biji.Kalau suka lagi comel-comel, bentukkan saiz lebih kecil lagi.Masa ni pau belum mengembang sangat ya


Bila pau atau doh roti burger tu dah mengembang, barulah kita goreng dengan minyak yang agak banyak tapi dengan api kecil sahaja.Tujuannya supaya isi dalam burger ni masak elok



Ini pula antara bahan hiasan dan juga sambal tumis yang saya dah siapkan untuk dimasukkan dalam kepingan burger Malaysia kita.Burger tu pulak, kalau korang nak senang, gunakan gunting di dapur untuk hiris bahagian tengah roti tu.Kadang kalau dapat pisau yang tak berapa nak tajam, herot-merot jadinya hirisan burger kita. 
Alhamdulillah.Dah siap.Bolehlah kita makan dengan happy sebab buat Burger Malaysia ni sangat mudah dan cepat, sedap dan nikmat.Yang penting kita tahu cara dan teknik buat roti burger yang lembut dan gebus

Jomlah makan, kalau tengok gambar memang tak boleh kenyang tau..hehe.Selamat mencuba ya

Tips Supaya Burger Malaysia jadi Lembut, Gebus dan Menjadi Sedap
1. Pastikan guna yis yang elok dan berkualiti supaya proses pengembangan doh roti menjadi cepat, mudah dan berkesan

2. Semasa proses pengembangan doh, pastikan doh kita mengembang sehingga dua kali ganda.Doh juga hendaklah diuli sehingga benar-benar lembut.Jika ada stand mixer, boleh gunakan mixer untuk menguli

3.Selepas proses membentuk saiz doh, biarkan doh mengembang sekali lagi.Jangan terus goreng doh tersebut.Bagi doh rehat sebentar selepas kita bentukkan dia saiz bulat tu

4.Bagi pastikan isi dalam burger masak elok, goreng dengan minyak banyak tapi gunakan api perlahan sahaja.Boleh balik-balikan roti burger yang digoreng supaya dapat warna keemasan yang sekata

5. Roti burger yang sedap haruslah padat tapi lembut bukan yang jenis kering.Nak dapatkan roti burger yang padat tapi lembut, bermula dari proses menguli doh.Uli dengan perlahan dan lembut, jangan "paksa" doh untuk cepat sebati.Jika guna mixer, boleh guna pilihan slow speed

Tips yang saya kongsikan ini jika korang menggunakan tepung gandum biasa untuk buat doh.Jika resepi yang korang ikut guna tepung roti atau tepung superfine, mungkin tidak berkaitan dengan tips ini.
Okies, selamat mencuba sehingga berjaya ya!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2021/06/tips-mudah-buat-burger-malaysia-viral.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Cawan Mudah Sedap Guna Blender Dan Sukatan Cawan Jer

Kek Cawan Mudah Sedap Guna Blender Dan Sukatan Cawan Jer

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 440 hits
Kek Cawan Mudah Sedap Guna Blender Dan Sukatan Cawan Jer Assalamualaikum salam hari minggu Bila PKP dan tak kemana mana memang perut sentiasa lapar dan teringin nak makan itu ini Tengah malam pu terasa nak makan kek Apalagi zasss sediakan b...
Tak Perlu Susah Uli Doh Guna Roti Mantou Dah Jadi Burger Malaysia Gerenti Sedap

Tak Perlu Susah Uli Doh Guna Roti Mantou Dah Jadi Burger Malaysia Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 546 hits
Dalam tempoh PKP kali ni tak disangka sangka ramai peminat Burger Malaysia yang nak mencuba buat sendiri di rumah Walaupun sebelum ni resipi Burger Malaysia orang tak kisah pun tetapi disebabkan tular di media sosial masing masing nak buat ...
Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup

Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 480 hits
As Salam Dengan Bismillah Popia Sayur Rangup Dengan Inti Yang Sedap Alhamdulillah Semalam petang saya ada buat Popia sayur untuk minum petang sekeluarga Sejak PKP dan bekerja WFH rutin makan di rumah saya dah berbeza Kami tak ambik lunch se...
Donat Kentang Gebu Bam Bam Mudah Sukatan Cawan

Donat Kentang Gebu Bam Bam Mudah Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 396 hits
Allhamdulillah Esok dah mula PKP jangan stress ye kawan kawan adik adik semua Anggaplah apa yang berlaku untuk kebaikan kita semua Saya doakan sahabat di luar sana banyak sabar jangan merungut dan itu adalah masa terbaik juga untuk kita men...
Resepi Cucur Roti Viral Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Cucur Roti Viral Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 694 hits
Cucur roti antara resepi viral yang menjadi perkongsian ramai di media sosial Bila ada dua tiga orang rakan di Facebook berkongsi gambar hasil percubaan mereka dan memberi pendapat mengatakan resepi dari lebihan roti tersebut sedap apalagi ...
Burger Malaysia Kayangan Viral Gebu Sambal Power Bilisnya Ranggup Buat Confirm Jadi

Burger Malaysia Kayangan Viral Gebu Sambal Power Bilisnya Ranggup Buat Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 599 hits
Berilah pelbagai resipi yang sedap dan menarik pun kuih tradisional tetap menjadi kesukaan Sesekali nak cuba resipi kuih moden ok je tapi orang kata kuih tradisional auranya lain macam sikit Bagi anda yang gemar makan burger Malaysia kali i...
Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan

Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 245 hits
Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan Siapa yang tak pernah makan Kek batik kan Gabungan Biskut Coklat dan Milo memang menaikkan rasa keenakan kek batik Kalau sebelum ni kek batik hanya dibuat menggunakan resipi asas sahaja...
Puding Susu Kotak 3 Bahan Mudah Amp Sedap Makan Sejuk Sejuk

Puding Susu Kotak 3 Bahan Mudah Amp Sedap Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 236 hits
Resepi puding susu kotak yang hanya menggunakan 3 bahan ini menjadi viral apabila ia telah dikongsi dan dicuba oleh ramai netizen dalam musim lockdown ini Memang nampak sedap nak buat pun senang Ramai yang dah cuba dan berjaya buat malah ia...
2 Kuih Tradisional Yang Sedap Mudah Membuatnya Tak Rugi Cuba

2 Kuih Tradisional Yang Sedap Mudah Membuatnya Tak Rugi Cuba

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 683 hits
Pernah dengar Kuih Sopang dan Kuih Cememek Dulu kuih ini antara kuih wajib buat di bulan puasa atau bila ada majlis keraian Sesuai dengan peredaran masa kuih ini semakin dilupakan Sedangkan ia sangat sedap dan mudah membuatnya Apa waktu cut...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization